Ikut Belakang

Thursday, April 28, 2011

Order, Order

Nak makan ape untuk lunch hari ini? 
Pergi balik masak ke? 
Buang tebiat. Baik balik terus tak payah datang opis dah.

Nak order ke nak pilih je lauk pauk nasi campur kat kafe? 
Sudah muak makan nasi campur kembung goreng. 
Aku adalah fish person. 
Tapi kalau ada ayam goreng McD, aku akan jadi ciken persen jugak. Muahahaha.

"Kuetiau Tomyam pedas giler-giler kuah asing, bungkus satu kak".
Order, order. Telefon je akak tu.

Buasir.

Rambut gugur.

Cerry Berry sebab masam dan pedas.

PADAN MUKA.

Wednesday, April 27, 2011

Ilmu Memasak

Dulu : Aku bukan pandai sangat masak. Setakat masak air, masak nasi dengan dapo gas, maggi, (Sekarang) spageti goreng atau spageti berkuah bolehla.

Masa aku sekolah rendah, tak hirau pun bab-bab memasak. Kawan-kawan sibuk cerita aktiviti di dapur dan muka melepuh kena minyak panas masa goreng sayur (yeke?) pun aku buat tuli.

Kawan-kawan duk cerita dorang memasak sambil dukung adik pun aku kering hati. Sampai la kejadian aku kena marah dengan mak sebab tak boleh bezakan dan tak kenal halia dan lengkuas. Kunyit kacang je sebab dia kan lain daripada lain.

Bersungguh-sungguh mak marah sebab ada orang datang nak beli halia. Aku pulak bodoh piang tak kenal halia. Masa tu darjah 5 atau 6 la. Disebabkan itu, orang tersebut balik dan datang semula petang. Memang terasing la kejap jadi alien sebab adik aku yang lelaki pun kenal. Masa tu dia darjah 2 atau 3.

Antara memori kegagalan aku dalam bab memasak adalah seperti dibawah:-

Adik Lelaki :  Aku nak goreng keropok la. Aku tengok mak senang je dia goreng.
(Ya, dia darjah 3 masa itu dan cita-cita tinggi. *Keropok magic - Keropok ikan yang kembang apabila digoreng)

Aku : Ha? Kau biar betul. Aku tak pandai.
Adik Lelaki : Aku tahu. Aku tengok mak buat. Dia goreng dalam periuk.
Aku : Wei, mak goreng dalam kuali la, mana ada periuk.
Adik Lelaki : Periuk la, kau tak tengok ke pagi-pagi kita nak pergi sekolah mak goreng dalam periuk?
Aku : ...

Setelah dia ambil periuk...

Adik Lelaki : Apesal tak kembang macam mak buat hah?
Aku : Mana aku tahu. Aku tak pandai la. Kau biar betul?
Adik Lelaki : Betul la aku tengok mak buat. Aku tengok mak goreng guna periuk.

Disebabkan keropok tak kembang, maka dia mengadula dekat mak...

Adik Lelaki : Mak, nape keropok tak kembang masa orang goreng?
Mak : Hah?
Adik Lelaki : Orang dah buat macam mak buat, guna periuk pastu letak air...
Mak : (mak aku dah tak boleh nak completekan perbualan dia sebab ketawa berair mata, berguling-guling)
Aku : (sebab aku tahu proses tak jadi, aku pun ketawa juga. Pada masa sama, aku ketawakan diri aku sebab bodoh piang tak nak belajar masak)
Adik Lelaki : Hehe...patutla. (Sengeh je)

*Mak memang guna periuk untuk goreng tapi dia letak minyak masak OK?

 Selepas kejadian yang memalukan tersebut, aku try goreng keropok magic tu tapi banyak yang terhangit. Bila belajar lagi cara goreng keropok magic dengan tekun, maka aku berjaya tanpa was-was.

Tadaaa...

 Hasil ilmu memasak yang dibina selama ini. Ayam untuk projek nasi ayam.

 Tweet : Masih menggigil bila masak depan mak.

Tuesday, April 26, 2011

Belit-Belit Loyer Buruk

Arghhh. Sakit kepala. Sakit leher.

Dah menyampah taip hujahan lisan miss loyer buruk yang merepek meraban tak ada full stop nih. 
Koma pun tak ada.

Ulang sentence yang sama.
Masuk bab lain tapi tinggal macam tu je...

Tiba-tiba bab lain tiba-tiba pulak sambung yang previous.
Penat aku nak dengar, nak taip lagi.

Macam nak pergi sepak je muka dia sambil cakap
"Miss, boleh berhenti berak kejap tak?"

33minit29saat macam 33tahun bagi aku...

Arghhhhhhhhh
(Sambil mulut berbuih-buih)

Monday, April 25, 2011

Attention, Attention

Pay Attention

Ada pikir tak kenapa dorang suka ambil attention? Atau cari attention? Atau curi attention?

Nakkan sangat perhatian orang ye. Suka spotlight suluh atas muka?
Sukeee...

Kenapa : 

Bergaduh adik-beradik jeles-jeles buat hal konon garang ahhh?
Sebab nak kan attention

Pakai sexeh tunjuk dada, lurah bont*t etc.
Sebab nak kan attention

Budak-budak buat hal kat shopping complex, meraung-raung nakkan mainan kononnya
Sebab nak kan attention

Gossip, fitnah, huru-harakan hidup orang lain
Sebab nak kan attention
 
Rampas kekasih, tunang, suami orang
Sebab nak kan attention?

Pakai baju bling-bling, merelip
Sebab nak kan attention

Foto posing mendada menonggek, mulut daisy duck
Sebab nak kan attention

Pesal gedik tak habis-habis kau nih?
Sebab nak kan attention

Hei Drama Queen, buat muka ketat ignore hosmet lain, bajet aku nak tegur kau ke? Moody Bloody tiap masa, aku tahu kenapa...
Sebab nak kan attention? Takde keja lain ehhh.

Tweet : Pesal aku siyes sangat? Sebab nak kan attention ke weh?

Friday, April 22, 2011

Pagi Yang Gelap Hari Nak Hujan - Bukan Khurafat

Kemain panjang tajuk di Hari Jumaat Yang Mulia ini.

Nak citer pasal hujan. Bukan Noh Hujan dengan Miznina.

Orang tua-tua kata kalau hari nak hujan, tengok langit mendung ke tak. Tapi tak jugak. Kalau mendung je, Tuhan tak nak turunkan hujan time tu pun tak jadi hujan kan.

Orang tua-tua kata kalau hari nak hujan, kita akan rasa panas, berpeluh. Duduk tak kena, berjalan tak kena dan sebagainya. Try perati, rasa panas berpeluh padahal tengah malam masa tengah tengok tv, haaa... Esoknya nak hujan la tu. Tunggu la pukul 2 atau 3 pagi, turunla hujan. Insya Allah.

Orang tua-tua kata, harapkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari tu macamana pulak?
Macam ni...

Ikut kebiasaan, kalau pagi-pagi punggung kita rasa gatal-gatal dan kita pun dok tergaru-garu, terkeruk-keruk maknanya akan tibalah hujan sama ada tengah hari, petang dan bila-bila waktu pada hari tersebut. Insya Allah. Aku bukan ahli ramalan kaji cuaca atau apa-apa. Tapi Tuhan kan bagi kita cara...

Bak kata Maher Zain, show me the wayyy, show me the wayyy...
"Gatal punggung ah, nak ujan la ni"

Try la nujum pak belalang. LOL

Thursday, April 21, 2011

Tengah Cari Teman

Hai Belog Kepam

Sebenarnya *saya kesunyian. Saya nak cari teman. Saya tak ramai teman. Tak kisahlah teman tapi mesra ke, teman tapi manja ke. Siapa-siapa la. 

Ciri-cirinya teman yang saya nak cari itu? Seperti dibawah : 



Yang Boleh Temankan Saya Pergi Pesta Buku Antarabangsa 2011 minggu ini...

 (tengok, saya sorang-sorang je...)

  Eh. Silap gambar lak. 
Bukan temankan saya pergi ke pantai ye. Tapi kalo nak ikut pun boleh jugak.

.

.


 Ini maksud sebenar. Jom ramai-ramai...



Tahun lepas pergi dengan hosmet. Tapi tahun ini dia pergi hari weekday, jadi saya tak boleh ikut.

Tweet : Tiba-tiba "saya" berubah jadi baik.

Wednesday, April 20, 2011

Salah Faham

Hai Blog Busuk.

Selalunya, apabila aku dengar sesuatu cerita, lagu atau apa sahaja peristiwa yang berlaku mestilah aku first sekali blur. Sebab dengar sekali pintas je. Macam juga baca, apabila heading kecik-kecik, imbas sekali terus "pukul" lain.

Semalam dalam berita heading "Geng Jogang tumpas di Negeri Sembilan" lebih kurang la ayat. Aku baca Geng Jongang. Oh sudahlah macam Halimah pastu jahat pulak tu.

Heading "Edar Ketamin, wanita India digantung sampai mati". Aku baca "Edar Ketam, bla bla bla digantung sampai mati". "Apesal bisnes ketam pun kena dakwa gak".

Woahhh. Salah satu contoh yang salah lagi terbaik;

"Lebih tua dari ku, harap sabar menunggu" - Pagi Yang Gelap, Hujan.

Aku nyanyi;

"Lebih kuah dari sudu la la la" - Masa tu aku cebik bebudak yang nyanyi lagu Pagi Yang Gelap Hari Nak Hujan. Pada aku, lirik dia merepek meraban.

Padahal aku salah faham lirik. Masa keja kat KL baru aku tahu aku salah nyanyi. Aku diketawakan.

Tweet : Jangan Salah Lirik.

Tuesday, April 19, 2011

PMS

Hai blog tembam. Kadang-kadang orang pompuan PMS setiap hari. Bukan sekali setiap bulan. PMS tu kira-kira menyeksakan fikiran. Ada saja sakit sana sini. Yeah you PMS, like a b*tch I would know.

Sindrom PMS selalu memutuskan silaturrahim antara suami-isteri, kawan-kawan, boifren-gelfren dan sebagainya. Orang laki mana faham PMS. Mungkin dia tahu period sahaja. Tahu Kotex dan Libresse sahaja. Kalau sedang period, muka masam mesti dia cakap 'datang bulan la tu'.

Apa alasan kalau kita badmood (PMS) dan bila kawan lelaki tanya 'kenapa'? 


Kalau aku, aku jawab "Ahhh, periodla, awak mana tahu". Aku memang annoying.

...

PMS : Punish Man Severely

Monday, April 18, 2011

Bakal Hosmet Puaka II

Orait. Bab I dah setel. Hari Jumaat malam Sabtu, bakal hosmet datang tiba-tiba. Dia rupanya melilau kat depan rumah tanpa tekan loceng. Secara tiba-tiba nak masuk rumah dan servey siapa yang ada kat rumah masa tu. Masalahnya, dia hanya nak berjumpa dengan hosmet si student je.
Kebetulan my hosmet si student tu terserempak kat depan lif. Ayok cuak.

Memula tak nak bukak pintu. Tah macamana hosmet si student cair sedangkan sebelum ni dah berapi marahkan bakal hosmet puaka.

Bukak je pintu, dia masuk and cakap nak setel cara baik dan ambil kain baju. What? Setel ape. Nampak sangat kan. Apa lagi, kami semua jalankan kerja CSI kami. Macam cite Gerak Khas ala-ala Ebi Abadi menyoal saspek.

Habis semua kitorang tanya dia. Tapi bab laptop dan henset hilang dia cakap dia tak tahu menahu. Sebenarnya dia sakit, didampingi jin, masih dalam rawatan kat Darul Syifa'. OK. Aku confuse, sekarang orang-orang kat Darul Syifa' tu baik-baik ke jahat-jahat? Kata dalam badan dia ada jin bla bla bla.

Lagipun, kalau masih dalam rawatan, kenapa benarkan dia keluar dari situ? Memang tak logik.

Sepanjang-panjang soal siasat aku rasa macam nak pergi lempang muka dia. Kitorang siap record lagi. Pastu dia sibuk nak call orang tu, orang ni dan sebagainya. Kalau dah ada jin dalam badan, apa maknanya tu. Aku dah bengang, "OK, kitorang panggil polis, cakap sendiri kat polis". Then, tahu la kan polis camane. Bila call cakap ada kes lain tengah jalan la, tak boleh tangkap suspek (bakal hosmet) sebab tak ada maklumat lengkap etc. 

Telefon pak guard, then dorang datang. Lagi la panjang sesi perbualan. Dari pukul 10 malam lebih sampai ke pukul 1 pagi. Masalah tak setel jugak. Last-last, hosmet student lepaskan dia setelah dia berborak dengan seorang kawan bakal hosmet melalui telefon (yang duduk kat Darul Syifa'). Aku rasa dorang dah buat telepati awal-awal. Siapa yang lemah semangat senang sikit cair.

Aku tak tahu siapa yang masuk rumah tanpa kekerasan. Adakah...? Kak Limah?

Friday, April 15, 2011

Bakal Hosmet Puaka

Iklan mencari rakan serumah (sewa) dah ditampal di dinding lusuh *gajah menyusur di flat agak terkenal di KL. Selang sehari atau dua dapat panggilan bakal hosmet nak tengok bilik yang nak disewa. Pada malam bakal hosmet datang, macam confirm nak terus duduk dan bermalam sambil dilayang deposit booking RM50.

Agak misteri, ditanya kerja dimana katanya selalu tukar-tukar kerja. Ditanya umur berapa katanya sudah berusia tapi tiba-tiba cakap sama umur dengan aku iaitu 26 (aku agak bengang 26 bukan berusia, cik!)

Katanya lagi berguru dengan seorang pak Sheikh dalam ilmu batin. Ada rotan bersama dengan bakal hosmet. Dalam naskah Qurannya, ada cara-cara merotan dengan betul. Cuak.

Pagi semalam nak keluar bekerja, cuak-cuak sebab pintu grill ternganga luas. Mangga solex dah takde. Jadi, suspeknya ialah bakal hosmet : dia ada kunci rumah. Duit RM50 deposit booking dah hilang, duit bil hosmet lain RM23 hilang juga.

Bukan sahaja duit. Dikebasnya juga laptop student tersebut yang nak hantar thesis hari ini. Juga henpon. Maunya tak menangis kawan ni harta berharga diambil orang. Bala, bala.

Kelam kelibut, terus lodge report. Syak memang bakal hosmet. Tiada kesan umpil. Dilarikan juga solex sebab tak sempat nak kunci barangkali pukul 4 pagi dah ada hosmet lain bangun mandi. Abang polis tuduh kami cuai, tak kunci pintu. Kami cakap alibi masing-masing abang polis cakap jangan main tuduh-tuduh nanti berdosa. Abang polis cakap "saya tak nak bersubahat". Cilaka, sori.

Kesan cap jari tak diambil pun. Macam tu kerja polis? Sori lagi.

Malam tadi, tukar solex lain. Hanya satu kunci solex sahaja tiada duplicate. Bila doorbell di'ting-tong', kami dalam rumah cuak lagi. Kecut hati perut semua organ macam dehydrate habis. Rupanya bakal hosmet datang. Kami kat dalam menggigil. Diam je masing-masing taknak bukak pintu.

Telefon polis, telefon pak guard, telefon mak ayah, boifren, kawan dan sebagainya. Kami macam tahanan pula di dalam rumah. Pak guard datang tapi bakal hosmet dah pergi. Pergi buat projek kat rumah lain. Pak guard kata, dia memang wanted. Selalu merayau kat blok lain. Modus operandi nak curi barang sambil menyamar jadi penyewa. Misteri. 

Tak logik pula bila ada hosmet yang nak masuk menyewa tapi tak bawa bra & panties. Dua malam, tak tukar ke? Baju pun recycle yang sama.

Lagi cuak bila student cakap mukanya ada kesan calar-calar. Kami siasat, kuku dia pendek. Macamana boleh dicakar muka sendiri. Bakal hosmet ada ilmu batin? Divoodoo dari jauh? Sudahlah dia pinjam sweater student tu. Memang ada niat jahat. Cuak lagi.

Semalam, konon semua nak berjaga dan tidur di ruang tamu. Last-last semua masuk bilik, terbongkang dalam bilik masing-masing sebab penat fikir masalah dalaman rumah sewa.

Tweet : *Gajah menyusur ialah laluan pejalan kaki yang berbumbung. Pertama kali dengar masa di form 6, SMK Clifford.

Wednesday, April 13, 2011

Duduk Sorang-Sorang Dalam Bilik Gelap

Jangan sesekali percayakan manusia. Walau kawan baik anda. Walau suami anda. Sesiapa sahaja. Bila sedih, rasa macam nak duduk dalam bilik gelap sorang-sorang. Menangis sampai sesak nafas sebab hidung tersumbat.

Bila emo lain macam, cepat je nak tukar background jadi hitam kelam, konon oh my blog fahamilah perasaan aku ketika ini. Dem.

Hari ini sedih lain macam. Mata aku jahat, tak boleh tengok sesuatu yang mencurigakan, mulalah pikirkan yang bukan-bukan. Mata aku tak boleh baca yang bukan-bukan sebab aku pesimis.

Rasa disisih bukan perkara luar biasa buat aku. Last-last macam nak tegar sebab dah biasa kena dump. Tapi tak boleh sebab perasaan nak berkawan menebal.

Aku rasa tak perlu berbaik-baik sangat dengan manusia sebab bila-bila masa saja kamu akan kena tikam belakang. Sama saja perkara apabila dikeliling dengan adik beradik pun. Kalau depan kamu dorang cakap baik-baik dan tak mengumpat, belakang kamu pula kamu tahu? Aku selalu ngumpat kakak dan adik sebab rasa geram nak mamp ngan dorang.

Jadi, jangan BFF sangat dengan manusia. Kalau kamu berharapkan sesuatu dari orang lain, kamu tak akan dapat. Kamu baik macam kucing pun tak guna sebab dorang akan bagi tahi, tahu?

Sunset Lagi

Gambar ni semasa sunset di Pelabuhan Kelang. Air Laut Selat Melaka amatlah tidak menarik. Berbau busuk adanya juga. Memang tak sesuai la nak mandi atau aktiviti lain.

Makan-makan kat Muara Ikan Bakar yang agak terkenal pun tak best. Lebih prefer ke Jeram Tanjung Karang (Kuala Selangor) la beb.

Pape pun, masa makan kat Muara tu, lantai memang daripada kayu. Ala-ala jeti gitu. Sama konsep dengan Aroma Ikan Bakar di Jeram, Kuala Selangor...

Layan gambar sunset, update terkini...

 
Alamak. tak center la margin. =)






Kapal kontena tak lalu lagi masa ni...

Thursday, April 7, 2011

Kakak Kat Eskalator

Suatu hari, tengah berlari-lari anak nak kejar LRT 4 gerabak, aku pilih eskalator sebab macam cepat sikit. Walaupun sama dengan kaedah guna tangga, tapi guna eskalator adalah lebih cepat. 2X ganda bergerak.

Masa nak turun, ada kakak duduk line kanan dimana line kanan adalah line paling laju dan line memotong. Haha. Kaedah sama juga dijalan raya mengelak sesak dan kemalangan.

Aku dah usha kakak tu. Memang mulut gatal betul, aku cakap "Kak, tumpang lalu". Kakak tu blur. Aku cakap sekali lagi. Kakak tu still tak bergerak. Teragak-agak pikir nak ke kiri ke stay kat kanan. 
Pastu...

"Tak payah la nak turun dik, stay je la kat situ". Nada marah kat aku. Eh?
Dia sambung, "Akak takut nak berjalan sebab eskalator ni tengah bergerak".

Kak, saya tak suruh akak turun kak. Saya mintak laluan sebab saya yang nak turun. Kakak sepatutnya duduk di sebelah kiri.

Terpaksa la aku menyempitkan diri lalu di bahagian kiri. Tinggallah kak sorang-sorang kat belah kanan ye.

Tweet : Senda petang

Wednesday, April 6, 2011

Awek Dalam LRT

Semalam petang balik dari kerja, naik LRT di Masjid Jamek. Selepas sekonyong-konyong menunggu orang keluar dari perut LRT, aku masuk dan terus duduk di kerusi kosong sebelah Awek Dottie. Aku diapit oleh dia dan Auntie.

Masa nak duduk, mata tertancap di kerusi. Nampak sebelah side ruang kerusi aku dah takde. Takpelah, nanti dia pandai la alih sikit punggung dia.

Okay. LRT menghala ke Kelana Jaya. Aku dah makin terhimpit dan tersenget ke sebelah Auntie yang tengah baca paper Inglis Edukesyen. Aku tunggu jugak kot-kot dia nak turun di KL Sentral atau Pasar Seni tapi aku tetap terhimpit juga. Dalam pada terhimpit tu, kaki dia duk ber'gedik' (tak duduk diam).

Hati aku dah tak tenteram. Rasa macam nak tanya-tanya. Mulut dah gatal nak celupar. Sebelah kanan dia ada seorang lelaki.

Dah tak tahan. Aku tanya "Cik, kenapa you duduk senget?"
"Kenapa? Awak tak muat ke nak duduk?" Eh, tanya aku balik.
"Saya terhimpit ni. You dah masuk ke 'line' saya. Punggung you senget ke side saya."
"Bukan apa, I taknak terselisih paha I dengan paha lelaki ni. Malas la nak tegur-tegur dia untuk alih."

Aku dah start bengang gila bab dah. Sedap dia je nak kontrol paha takut terhimpit dengan paha laki tu abistu dia tak pikir yang aku ni terhimpit dengan tendangan lengan chubby dia lagi, punggung dia lagi yang mengalang aku. Dia memberi penerangan lebar siap tanya aku tak muat ke tak nak duduk.

Memang la tak muat. Sebab tu aku tanya kau. Kau boleh silang kaki tak, dengan cara itu paha kau muat la mangkuk.

Nasib baik dia turun dekat Bangsar. Kalau nak, mau selisih rusuk aku.

Tweet : Hari ni mintak-mintak bernasib baik.

Monday, April 4, 2011

Keywords Yang Pelik

Aku sesaje cek stats konon macam popular la orang view banyak kan.
Tapi terjumpa yang paling terpelik blog aku link keywords yang tak terpikir oleh akal cetek aku.

Contoh
...

chef asma nani rostam
-aku tak tahu ape kena mengena chef asma & nani rostam punya cerita. Tahu dorang berantam tapi aku takde nak tulis pasal dorang...

 
definisi hyposphagma/hyposphagma adalah
-okay. Aku google hyposhagma. Iaitu Subconjunctival hemorrhaging. Pasal jangkitan kat mata.

gambar sawah padi di kulim kedah
-dalam blog ni ada gambar sawah padi di Tanjung Karang/Kuala Selangor, Selangor sahaja. Bukan Kulim.

 
video emo cukur
-aku tak faham. Apa itu emo cukur? Adakah aku seorang pisau cukur?

 
Tweet : Nanti nak buat link cerita Miera Liyana.