Ikut Belakang

Friday, May 20, 2011

My New Friend(s)

Hai blog.
Sudah seminggu saya dapat kawan baru.
Kalau tak saya sorang-sorang je dalam bilik.
Tidur tak berpelukan pun.
-Zira-

Sudah seminggu saya dapat kawan baru.
Kalau tak saya dua-dua orang je dalam bilik.
Tidur tak peluk dengan Tedi.
-Petrik-

Sudah seminggu saya dapat kawan baru.
Kalau tak saya dua-dua orang je dalam bilik.
Tidur tak peluk dengan Petrik.
-Tedi-

Tapi, sekarang kami bertiga.  
Zira biasalah tido dengan tuan dia.  
Petrik dengan Tedi tido berdua. 

Gila ke ape?
Toy(s) bercakap?
Gagagaga.

Ekceli, kazen aku (student UM yang cuti sem sekarang ini) tumpang barang dia kejap kat bilik.
So, babysit dia punya toy(s) kat bilik aku.
I do want your Tedi, can or not?

 Petrik and Tedi
 My Zira (takde nama lain ke ko nak bagi?). 
Abis tu, nak panggil Pah?

We are happy family. =P

Thursday, May 19, 2011

My Boss

Alkisahnya minggu lepas. Minggu yang penat dan banyak kerja.
Sekonyong-konyong aku bermesej-mesej dengan bos.
Perihal kursus yang bos in charge.
Dua tiga kali reply, masing-masing.

Tepat jam 5, aku terus siap-siap nak balik. 
Balik awal adalah paling afdhal ditanam dalam diri. 
Terus reply mesej
"Nak balik ni. Penat la hari ni. Produktif betul".

Send.

Tak semena-mena, "Delivered to : Boss"

Arghhh, maka aku sudah ketawa meroyan. 
Peluh menitik-nitik.
Dalam lif sampai terduduk-duduk.
Senyum kambing sorang-sorang.

Dalam diri menyumpah tak cek dulu inbox. Cek mesej sape yang first sekali.
Terus reply lagi "Maaf bos salah hantar mesej. Haha". Boleh pulak ketawa padahal leher dah tergantung ni.
Terus silent henpon sebab kalau mesej masuk nanti takut nak tengok bos reply apa.
Terus esoknya macam nak EL sebab dah malu dengan bos.
Tet tet. Bos reply "xpe".

Heh. Lega. Lenkali cemerkap lagi la.
Heh. Lega. Nasib baik bukan mesej "sayang, sayang".
Heh. Nasib baik bukan mesej kutuk bos.

Heheheheheheheh.

Monday, May 16, 2011

Kepochi

Hai.

Pagi-pagi dah jem. Ingatkan cuti sekolah ni tak jem la jalan ye tak. Tapi bukan jem di jalan raya. Jem dalam opis pulak. Laluan sempit kerana hari ini kan keputusan DSAI kat opis ni.

Trafik, polis, FRU, parabola tv3 pun ada melimpah ruah sampai ke lobi, kafe dan juga orang awam aka penyokong dsai tersesat ke opis terbuka.

Nasib baik tak turun kafe hari ini, kalau tak naya je nasi abis sebab orang ramai yang amat.

Nasib juga keputusan tu settle awal, kalaulah sampai petang, naya jem. Arghhh.

Saje je bikin kecoh. Padahal tak berkaitan pun. Jauh punggung panggang dari opis aku.
Ramai orang berlagak buat status macam-macam pasal dsai, aku pun boleh buat entri jugak. Ko ingat ko je yang keja dekat court? Hehe.

Tweet : Aw, jangan saman saya kerana entri ini. Awww.

Wednesday, May 11, 2011

Sedikit, Sekejap

Hai hai blog kepam busuk berkulat.

Lamanya tak mengadu kat blog ni. Sibuk sangat-sangat-sangat.

Balik ke rumah pun terus tido je. Memang tak ada masa.

Oleh kerana amat rindu nak emo sikit-sikit pun boleh la walaupun sekejap.

Bai. Tsk Tsk.

Tweet : Aku nak emo jugak kenapa ada orang awam selalu cakap orang gomen takde keja melangut, lembab, birokrasi? Aku ni rasa macam orang putus nyawa tak sempat catch-up kau tak nak kira? Huh. Marah ni.