Ikut Belakang

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday - Busy

Perghhh. First time ikut tema. Eh tak boleh cakap banyak-banyak, lari tema.

Busy



Busy men-tagging
 Busy men-prison break. My fish-Micheal-miller.

Friday, June 24, 2011

Dejavu

Hai belog.

Aku suka hari ini sebab tahu Cik Ina Do Do Cheng buatkan entri untuk aku. Sukanya tak terkira.
 
"nampak sedapkan masak lomak cili api ikan keli yang dia masak , aku pun terliur.

Hati ni terubat bila budak emo ni ikut sebijik sebijik ajaran aku cara nak masak lemak cili api ikan keli.Salute ngan anak dara yang lebih kurang sebaya ngan anak aku ni.

Banyak lagi yang dia masak pada masa yang sama , kalau tak caya pegi blog emo tu. Sebenarnya aku nak bagitahu satu rahsia , tapi cam malu je,tapi tetap nak cakap gak.

Ell , sebenarnya cik ina memang tak pernah masak ikan keli masak lomak cili api, beli ikan tu pun tak pernah, tapi cik ina nak ajar ko gak, tu yang cik ina salute ko boleh masak ikan tu.Mesti ko ingat cik ina pernah masak ikan tu kan. Sebelum ko jadi emo ngan pengakuan berani mati ni baik cik ina larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk"
  jadi, setiap kali saya pandang keli, saya akan teringat cik ina dan doakan cik ina bahagia akhir hayat.

Semalam tak bukak blog sebab pergi kursus. Jadi hari ini baru tahu yang Cik Ina ada buat entri itu.
Hari ini aku bukak blog dia dan tak nak tutup sampai bila-bila page tu. 
Hati kecil aku terharu dan rasa sayang sangat kat Cik Ina biarpun hanya kenal dalam blog sahaja.

Dia cakap aku sebaya dengan anaknya, mungkin Yuyi (gambar ketiga). 
Ye la kot sebaya. Umur aku pun dah nak masuk 26 pada Disember ini.

Semalam, sebenarnya aku bermimpi ada seorang blogger yang buatkan entri @ review pasal aku tapi blur siapa. 
Biasanya aku tak ambil kisah dan tak fikir pun pasal mimpi. Tapi dejavu. 
Selalu berlaku macam tu. 
Akan bermimpi dulu dan esoknya 'eh, macam mimpi semalam'. 
Mungkin secara kebetulan atau mungkin juga satu kelebihan yang Allah kurniakan. 
Bila cerita pasal aku selalu dapat mimpi macam tu kat kawan-kawan, mana la dorang nak percaya. So, jangan emo.

Cerita pasal kursus semalam, ada ke tajuknya "Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi".
Isi dalamnya tentulah penampilan luaran, dalaman, sikap dan banyak lagi.

Slot kedua dikendalikan oleh fashion blogger Hafiz Mustapha pemilik blog Cute Carry.

Update :  Hafiz Mustapha Keluar dalam Oh! Bulan dengan tajuk fesyen Siti Nurhaliza. Tips warm and cool pun ada diajarkan semalam.

Mak aih ko mulut dia laser. 
Dan dia gov servant tapi stylo okay.
Sepanjang kursus, slot petang tu takde langsung orang yang tidur. 
Gegak gempita dengan gelak ketawa. 
Paling penting ilmu yang dia bagi.

Cakap pasal fesyen, pagi-pagi lagi aku dah nampak seorang kakak iaitu peserta kursus pakai baju sama macam aku.
Bukan ala-ala je tau. Exactly the same. Corak, warna. Perghhh. 
Masa nampak dia aku terus berdoa supaya dia tidak sama dewan kursus dengan aku.

Okay tak jumpa dia. Selamat.

Time lunch pergi solat. Perghhh, jumpa kat toliet pulak. 
Dah kitorang berdua bantai gelak tak ingat. Aku pulak still malu-malu kucing. Boria.
Dia cakap takpe, kan kain 'sekayu'. Kah Kah Kah.
Nasib baik dia kerja kat JAKIM dan bukan satu opis dengan aku.

Gambar tampalan nanti kemudian.
Tak snap gambar dengan kakak tu tapi aku ada gambar masa pakai baju tu. 
Nak jugak tunjuk baju.

Tweet : Cik Ina, nanti saya nak buat keli sambal (sambal resipi Cik Ina) makan dengan nasi lemak.

Wednesday, June 22, 2011

Membina Lemak

Entri ini di tuju khas untuk Cik Ina Do Do Cheng
 
Setelah berabad lamanya ikan keli 10 ekor disiang, dibersihkan, disimpan beku sehingga nak jadi pekasam,
maka suatu hari aku menuntut ilmu memasak dengan chef @ mama dan blogger fofuler Cik Ina Do Do Cheng

Kekeringan idea untuk menjadikan keli sebagai hidangan hebat memaksa aku kerja keras.
Lantas Cik Ina DDC men-sajes-kan menu Ikan Keli Masak Lemak Cili Api atau Ikan Keli Masak Sambal Luar Biasa (Resipi Sajes oleh Cik Ina)

Jadi aku pilih Masak Lemak Cili Api sebab sambal keli pernah buat sebelum ni.

Lantas juga hari Jumaat lepas aku ke pasar mecari santan dan barang-barang lain (tak boleh bagitahu barang apa aku guna, takut salah guna barang bikin malu besar).

Maka, biarlah gambar berbicara...

 Tahu tak ini keli sebanyak 10 ekor? Naik lenguh nak menyiangnya.

 Cik Ina kata bakar dulu keli. Ini keli bakar stail aku. Letak foil atas kuali


 Cik Ina juga ajar bagaimana nak menumbuk cili dan barang lain. Dia cakap tumbuk cili dulu kemudian barang lain, barula cili lumat. Nampak tak alu lesung sudah bertampal tanda ianya pernah putus dua.
Hosmet yang patahkan. Dia juga yang tampalkan salotep.

 Cik Ina ajar juga menggoreng sayur menggunakan ikan bilis dan bawang putih sahaja.

 Ok Firdaus, Cik eLL dah pandai masak sayur.

 Taraaa.... setelah siap. Fuh. Lulus dah?

Ini rupanya ikan keli hidup-hidup berhabitat di tasik The Mines (yang kononnya ada naga besar). Tapi keli yang aku masak bukan dipancing disini ye.

Terima kasih Cik Ina Do Do Cheng sebab amat prihatin dengan ikan keli aku yang selalu bertanyakan "ikan keli emo kau, kau dah masak ke belum?" (Lebih kuranglah ayat tanya dari Cik Ina)

Sekian.

Tuesday, June 21, 2011

Once Upon A Time

Pada suatu hari
18 tahun yang lalu

Seorang budak tengah bermain "kereta-kereta" mengunakan botol minyak angin sebagai ganti kereta.
Oleh kerana dulu belum wujud duit yang banyak untuk beli kereta mainan maka harus dicari apa-apa perkara sebagai ganti. Lazimnya bongkah kayu, kotak Colgate, kotak rokok atau sebagainya.

Seorang budak tengah bermain "kereta-kereta" menggunakan botol minyak angin atas pagar beranda, yakni sebuah jalan lurus untuk bermain kereta-kereta.
Digelek botol yang tidak bertutup ketat, kadang laju kadang perlahan. 
Diulang-ulang, tiba-tiba terus kereta tersebut memecut laju, lalu terbabas dan jatuh ke bawah jambatan.

Budak tersebut pandang adiknya. "Syhhh. Jangan bagitau mak". 
Terus terjun ke tanah ambil botol minyak angin.
Separuh sahaja tinggal.
Langsung dia menjerit "Mak, adik jatuhkan botol minyak angin"
Muka adik dia dah berubah.

"Ni ha, dah separuh minyak ni tinggal"

Emaknya hanya pandang muka sorang-sorang.
Tanda tahu hal sebenar. Orang tua makan garam banyak.
Sama seperti perumpamaan, orang yang kentut mana nak mengaku bau kentut dia.

***

Budak main kereta-kereta itu aku.
Budak yang tumpahkan minyak angin itu aku.
Jahat tak. Kesian adik aku

Friday, June 17, 2011

Hello, Siapa Tu?

Telefon Cokia Nokia berbunyi .

Pemanggil A : Hello adik, kat sana hujan ke?
Aku : A'ah. Sape ni?

Terus dia letak telefon.

Aku emo. Terus mesej.
"Jangan nak kurang ajar sangat, dahla silap telefon orang, pastu terus letak macam tu je. 
Tak boleh nak mintak maaf ke?"

Pemanggil A reply.
"Jangan kurang ajar la!"

Wah, aku nak mengamuk ni. Kau yang kurang ajar.
Aku terus mesej
"Sape yang kurang ajar? Aku ke kau? Dah tua-tua pandai la hormat orang. Kan kau yang salah telefon!"

Reply
"Ok, dah la tak payah la panjang-panjang"

Aku ignore je. Mungkin masa tu pun aku tengah marah.

***
Pemanggil B : Akak, saya dah sampai kat stesen bas. datang ambil saya sekarang ye.
Aku : Sape ni?
Pemanggil B : Saya la, Wan. Saya dah sampai datang ambik cepat ye.
Aku : Sape Wan?
Pemanggil B : Ni sape? Bukan kakak ke?
Aku : Saya bukan kakak awak. Saya tak ada adik nama Wan.
Pemanggil B : Awak sape?
Aku : Awak tu sape? Telefon saya kenapa?
Tut, tut, tut, tut.

Dua tiga kejadian sama.

***
Pemanggil C : Hello, Asmah
Aku : Hello, saya bukan Asmah
Pemanggil C : Sape ni?
Aku : Awak sape, nak cari sape?

Tut, tut, tut, tut.

***
Aku tak tahu dorang yang telefon tu tak tekan nombor yang dah ada dalam henpon ke?
Tetap jugak nak tekan nombor sebijik-sebijik lepas tu salah tekan?
Lepas ni, confirm aku akan dapat panggilan lain lagi.

Dan nasib baik aku layan elok-elok semua. 
Lepas ni tunggu aku bebel "Masa awak tekan nombor tadi, awak cek ada cek ke tak?"

Tweet : Selamat hujung minggu. Marathon Series. Layan Prison Break & Vampire Diaries.

Tuesday, June 14, 2011

Jujur

Sebenarnya lagi best kutuk orang depan-depan atau belakang-belakang?

Bukan menumpat tapi mengata

Bukan mengata lah tapi memberitahu

Fine. End

Monday, June 13, 2011

Wajib Tayang

Haih.

Sekarang ini krisis identiti. Blog bertukar kadang-kadang setiap minggu. Tak puas hati dengan dekorasi dan latar belakangnya. Sekarang bukan nak tulis hal-hal dan kejadian menimpa tapi duk mengedit blog je hari-hari.

Minggu lepas punya la banyak aktiviti. Majlis kahwin tiga jemputan. 2 hadir tapi satu lagi jauh sangat kat Parit nun, lagipun bertembung dengan majlis kat Sabak. Gambar tampalan nanti-nantilah ye.

Banyak sangat kerja yang diada-adakan sampaikan leptop pun tak sempat nak format. Tunggu 'dia' meninggal dulu baru aku nak ambil berat kot. Sigh.

Masa pergi Sabak, ex-hosmet kahwin, lepas makan kenduri pergi mancing dekat BNO (Bagan Nakhoda Omar). 
Sempat lagi. Padahal tak pandai pun. Baling mata kail, terlepas ke belakang, nasib baik tak sangkut hidung orang. Jari pulak luka tersiat tali pancing sebab baling tak lepas.

Hidung ikan pun tak nampak, sejam melepak kat situ timbul bosan yang amat. 
Last-last pergi makan mee udang BNO. Tak sedap pun, udang 4 ekor tapi aku tak suka udang putih. Rasa lumpur.

Masa berjalan menuju ke kedai mee, nampak pulak ex-hosmet aku yang kahwin tadi photoshoot kat atas Storm. Ceh, jumpa lagi kat sini. 

Tengah-tengah menyantap, ada sorang budak pompuan pakai T-Shirt adik dia, tertonggeng-tonggeng melayan anak sedara dia agaknya. Kecoh meja bujang sebelah duk sweet-sweet. Sweet sebab nampak spender pompuan tu. Kalo G-String takpelah jugak sweet la aku sebagai pompuan nak tengok jugak kan. Tapi spender zaman bila tah, getah dah menggeleber je.

Sape suruh gov buat slogan wajib tayang?
Yang L' Amour pulak duk sibuk cakap pompuan depan dia tayang breast dada. Kecik pun tayang, besar pun tayang. Kan dah cakap, wajib tayang! Spender zaman bila tu, nak tayang jugak?

Tweet : Siriyes, tengah blur sekarang

Wednesday, June 1, 2011

Jamuan

Bulan April dan awal Mei yang lalu adalah besday my boss and my opismet (Dayah, April).

Jadi, as practice kitorang selalunya akan meraikan besday gurl dengan membuat sedikit jamuan.
Kali ini boss next door nak buat jamuan ringan-ringan je. 
Yelah, kesian kat penanggah kalau buat besar-besaran.

Tak cukup tangan, kaki pulak naik kang.

So, macam biasa, kalau yang ringan-ringan, gambar pun sekadar ringan-ringan jugalah.



 Aku dah tak tahu apa nama ketiga-tiga pizza ni wehhh...

 Nak jugak whore biar nampak pizza

 Kitorang snap sampai berkali-kali sebab muka masing-masing bulat, tak muat frame. *Nak juga nampak pizza derrr...

 Banyak gambar yang aku snap tapi semuanya separuh muka.
Ini last. Muka Dayah dah boring sambil peluk tubuh. Haha

Ini jelah makanan di hari jamuan tersebut. Lupa langsung nak beli kek. :(
Hadiah untuk bos aku sumbangan daripada kami berempat termasuk Dayah, Kak Ann dan Kak Aishah.

Happy Birthday Dayah dan bos. Semoga bahagia dunia dan akhirat.

Disclaimer:-
Sebenarnya, sumber hiburan aku di opis sudah dihapuskan dan diblock. 
Jadi selama beberapa hari tak online, tak update sebabnya tak boleh nak akses.
Aku tak nak guna internet kat rumah.
Aku nak benda free.
Kalau benda free kena catu maksudnya, ternganga jela kalo subsidi kena tarikkk.
Oleh kerana pihak atasan dah bukak semula line ni, masa untuk menggunakan harta benda kerajaan secara percuma telah bermula semula. Yay!