Ikut Belakang

Wednesday, July 27, 2011

Silau

Baru-baru ni terai drive. 
Tapi tenyata tak boleh drive tanpa... sepek mata itam. 
Kah Kah Kah. 

Tapi bila pakai sepek mata itam, ada je makhluk yang aku nak langgar. 
Lagila tak nampak sebab gelap sepek tersebut.

Sebenarnya memang aku ada penyakit silau. 
Tah la tak sihat gamaknya mata aku ni. 
Masa buat test dengan doc, nak menangis aku duk teka apa kalerlah yang dipamerkan tu. 
Sikit lagi tak jatuh air mata. 

Macam budak tadika tak dapat jawab soalan kuiz. 
Rupanya kaler teka-teki doc itu purple light. (Padahal buta warna. Ha-ha)
Gila kalau kaler light-light memang tak nampak.

Cer bayangkan waktu siang pun aku takleh drive jugak sebab cahaya 'sun' begitu membakar biji mata.
Kalau dipanah 'sun', mulalah tangan yang pegang stereng asik duk nak jadi sunshade je. 
Cer bayangkan kalau dua-dua tangan menjadi sunshade? Ish.

Lain Sama cerita pulak je kalau malam.
Lagiiilah takleh drive sebab manusia kalau bawa kereta, segala jenis lampu kereta dia-orang nak bukak. 
Silau tak hingat time tu.

Jadi, sepatah dua kata - aku sesuai jadi penumpang je. 
Kah Kah Kah.

Sekarang ni, ditambah pulak lesen memandu bergambar penuh silau tersebut juga telah tamat tempoh.
Liat nih nak pergi baharukan. 
Ternyata pemalas tahap gaban.

Tweet : Setakat jalan taman @ kampung biasa bolehla. Padahal nak bagitahu memang kurang arif lagi memandu. Kah Kah Kah Kah. Gelakkan diri sendiri. Takde kena mengena dengan silau bagai.

Monday, July 25, 2011

Tak Ada Tajuk

Tak ada tajuk tapi itulah tajuk entri malas hari ini.

Mendapat perkhabaran my boss akan berpindah mulai 1 Ogos, hati jadi sayu dan malas nak fikir apa-apa.

Dalam kepala semak bercampur gaul semua rasa. Alangkah sedap kalau boleh dimakan begitu sahaja.

Dalam pada lain,
Kejap-kejap telinga jadi panas, hati jadi berdebar-debar memikirkan perkara masa hadapan yang akan berlaku tak sampai sebulan akan datang.
Haish macam nak sepak je abang aku yang suka main kasar.

Orang kata dah dekat-dekat ni dugaannya lain macam...

Tweet : Apa benda yang aku membebel.

Tuesday, July 12, 2011

Hujung Minggu Yang Terisi II

Minggu lepas, sibuk Bersih di KL, aku pulak sibuk bersih di Tanjung Karang. 
Nasib baik boleh naik KTM masuk Shah Alam, kalau tak mati kutu je duduk kat rumah hujung minggu.

Jadi, selesai membuat persiapan kain ela tujuh helai, maka misi paling best bermula.
Yay, menuju ke Pantai Remis Kuala Selangor aku dah terpeleot lena - pantang naik keta mulalah kepala kena virus lembik.

Sampai je pantai, mata terus segar.
Ceh buang karan kalau sape-sape ajak aku teman.
Apakah misi hujung minggu tersebut?

 Yeah. Mari membersihkan fikiran dengan air pantai


 Nampak tak boleh mancing jugak tu?

 Inilah dia aktiviti dan misinya. Membersihkan pasir. Yay! Whattt-?

 Korek remis la. Nama pun Pantai Remis. Kenal tak remis?

 Aku pun baru kenal. Macam etak-etak je. 
Tak kenal etak-etak? 
Aku tak tahu nak huraikan dah apa nama dia dalam bahasa sains versi reader's digest. 
Ceh.

 Korek jangan tak korek.

Penuh sampai seplastik nih. Lebih kurang 2 bekas plastik air tadi.
Macamana nak makan? 
Rebus dia, masukkan serai dan bawang putih yang dihentak.
Nak lebih info, tanya Chef a.k.a isteri kaki pancing Cik Ina Do Do Cheng. 
Dia mesti tahu apakah jenis seafood ini.

Tadaaa... Lepas rebus remis, hasilnya akan jadi macam gambar ini. 
Putih berseri, aha jangan percaya ini hanyalah photogedik tak genit je. 

Gambar ini bukan gambar hujung minggu lepas, tapi gambar bulan 3 lepas. 
Nak tampal tapi takda tajuk sesuai. 
Jadi, layan gambar tampal siap dengan prop si kucing yang suka menempel.

Friday, July 8, 2011

Tak Jadi Nak Ngorat

Perghhh.
[Tak tahu macamana ayat 'pergh' adalah yang selalu digunakan semenjak dua menjak ini]

First, pergi admin nak ambil borang sticker kenderaan [baru nak ambil untuk diletakkan di cermin bas]. Salinan IC dan lesen bermuka penuh dilampirkan.

Selesai isi borang. 2 minggu selepas itu baru staf yang menguruskannya telefon cakap sticker dah siap, 
boleh pergi datang ambil.

Second, pergi admin ambil sticker. Staf lelaki tu cakap tanya, 
"Awak ke yang saya telefon suruh datang ambil sticker tadi?"
A'ah, saya.

"Saya tengok gambar kat lesen awak ni, comel betul. Dalam hati saya pasang niat nak ngorat awak. 
Tapi bila jumpa depan-depan, ah tak jadi ngorat pulak. 
Lain betul bila jumpa depan-depan"

Dushum aku tumbuk muka dia [tipu].
Aku adalah photogedik photogenik. Walaupun tak genit. 
Jadi jangan percaya gambar pasport aku.
[Pengakuan paling jujur pernah aku dengar]
Sumpah tak terasa pun dengan kenyataan dia.

Third, bila terselisih dengan staf lelaki tersebut di sekitar opis, lif dan lain-lain tempat [kalau aku tak comel, kenapa kau asyik sengih-sengih, tenung-tenung aku macam orang gila]

a) Agaknya dia masih ingat gambar paspot aku
b) Dia masih nak ngorat [muntah]

Tahun 2008

Perghhh. Gila

Wednesday, July 6, 2011

Bersih

Walaupun busy tapi rindu nak menulis.

Lepas ini, ada fatwa haram pakai baju bersih.
Jangan beli sabun, jangan basuh baju.
Jangan mandi, jangan bersih-bersih. TAHU?
Baju kuning itu dikatakan tidak bersih.

Sensitif. Aku tak tahu

Muka berparut tidak bersih.
[Di hari kursus yang tiba-tiba tersama baju]
Bersama Reen