Ikut Belakang

Tuesday, August 23, 2011

Jurnal Puasa V

Walaupun shaitonirrojim, jin dan berbagai lagi telah dirantai dan dibelenggu,
tapi bisikan mereka dikejauhan tetap menusuk telinga manusia,
menghasut manusia yang imannya serapuh kulit popia.

Bisikan mereka umpama lagu raya yang dimainkan selepas 15 hari puasa.
Umpamanya mereka suruh makan, minum, maksiat, dusta dan segalanya.
Rasukan mereka sentiasa ditiupkan ke telinga kita.

Walau tak puasa pun mereka secara rakus merasuk,
apatah lagi di bulan puasa yang akan diuji berbagai cara.

(Sebenarnya aku rasa sungguh dahaga hari ini. Sungguh-sungguh dahaga)

Friday, August 19, 2011

Tak Ada Tajuk III


Cacing saling-sedang bergaduh dalam perut aku.
Masing-masing tak nak kalah.
Macam-macam bunyi.

Sabar wahai cacing-cacing sekalian
Pukul 7.30 malam nanti saya bagi kamu makan
Hari ini tak kan nasi kerabu lagi?
Semalam sudah makan nasi kerabu.

Thursday, August 18, 2011

Spontan Khamis - OMK

OMK

OPOCOT MAK KAU!

eh latah pulak dah.
*ramai yang melatah sebut yang bukan-bukan*

Mak aku cakap, keturunan aku melatah sebab arwah nenek melatah teruk.
So, mak cakap sekarang tak ada waris.
Anak-anak arwah (adik-beradik mak) tak ada yang melatah.
Mak cakap lagi mungkin akan turun kepada cucu-cucu (aku ke?)
Jadi, kalau tak nak jadi waris jangan melatah okayyy.

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Raya

Akak-akak, abang-abang,
kalau jual kuih raya tolong jangan paksa saya beli.

Saya tak suka paksa-paksa ni.
Nanti tak ikhlas beli, sakit perut pula nanti.

Cukuplah telefon sekali sahaja,
kalau hati saya berkenan, saya orderlah ye.

Tak cukup dengan telefon, emel, YM msger, apa kak?
Naik berbulu pulak saya nak melayan.
Padahal jual kuih *** (dirahsiakan nama kuihnya) je pun kak.

Ok, saya dah beli. 
Sila jangan ganggu saya lagi.

Mula-mula niat memang nak tolong menolong kawan
tapi kalau paksa memaksa, tak ada maknanya lagi.

Tuesday, August 16, 2011

Jurnal Puasa IV

Perasan atau tidak kalau mengalami masalah diarrhea, mencicit dapatkan rumah kecik.
Atau dalam bahasa pasarnya ialah jambs (bunyi : jamban)
Kalau sesiapa yang tak perasan dia dapat cirit birit dan tidak mencirit dalam jambs, 
memang tak ada perasaan la tu. Perasaan selekeh je.

Perasan atau tidak, jambs di bulan puasa ni semua tutup ye?
Jambs awam selalunya tutup.
Orang yang jaga jambs tu pergi meniaga kat pasar Romdhan kot.
Gila ah time tu. Double cirit nak cari jambs weh.
 Lutut ketar double gak. 
Satu ketar sebab pose tak ada tenaga, dua ketar sebab menahan tiris.


Kepada pokcik and mokcik, tulun la bukak jambs awam. 
Carila mana-mana Awang untuk jaga jambs.
Jangan ingat di bulan Romdhan ini orang (bunyi : saya) tak makan dan minum,
jangan ingat orang (bunyi : saya) tidak mahu mensisihkan baja organik beliau.

Semua orang nak guna.
Pelisss.

**kisah benar**

Monday, August 15, 2011

Tak Ada Tajuk II

Agaknya semua orang awam tak suka staf gomen.
Standard makcik-makcik. 
Tak pandai melawa. Mulut puaka.
Ada yang cakap staf gomen punggung lebar.
Mana tak lebar, makan 4 kali sehari kat opis.
Makan sambil duduk kat kerusi ada roda yang boleh pusing-pusing tu.

Bukan wilcha tapi yang biasa tu kalau rasa macam punggung malas sangat boleh slide je kan.
Bila makan duduk, angkat telefon kat meja sebelah tu slide je ngan kerusi, makanan stay dekat perut.
Hasilnya perut banyak lipatan. Banyak spare. Lemak tersayang. 
Bila sudah naik lemak, sayang pulak tu kat lemak tu. Saya sayang lemak saya.

Kalau bukan bulan puasa, orang awam menyirap je dekat staf gomen.
Beli makanan pukul 9.00 pagi. 9.30 pagi pun belum ada kat meja lagi.
(Selamat aku sebab bukan duduk kaunter).
Kalau bulan puasa, lambat juga buat kerja sebab buat kerja lain iaitu "ukur meja".
Best wooo ukur meja.

Bonus? Malas nak cakap.
Banyak sangat kot.

 Nasi goreng sardin the best ever. Basi dah ni.
Kat kedai Mamak Kafe Opis pun ada.

 Durian? No.
Rambutan la best. Sekarang buah tak berapa menjadi kat kampung.

Buah menyalak.

Tweet : Kamu tidak suka berurusan dengan Jabatan Kerajaan? Kenapa?

Friday, August 12, 2011

Hosmet Puaka

Tam rasa la Miera Liyana rasa tercabar dengan Tam.
Bayangkan, kalau Tam basuh baju, dia basuh baju. 
Bila Tam dalam bilik, dia takkanlah nak ikut Tam masuk bilik jugak.
Tam mana ada buat-buat rajin. Tam pemalas je.

Tapi selalunya apabila Tam tiada kat rumah, boleh pulak Miera Liyana jadi pemalas jugak.
Lantai tak mop, sampah tak buang.
Semua tak buat. Asik mengumpat je puasa-puasa ni.
Kalau Tam ada, buat-buat rajin pulak dia.

Kalau Tam tak ada sekejap je pergi berak, maunya lepas tu Tam tengok dia dah bergayut.
Bila dia nampak Tam, dia letak telefon.
Apa nak malu? Nak bergayut dengan pakwe sendiri pun malu-malu ke.
Tam mana ada tunjuk rajin.

Kenapa Miera Liyana nak tunjuk rajin depan Tam pula?
Tam mana ada saja rajin-rajin. 
Kalau Tam tengok tv, dia pun sama jugak buat-buat tengok tv.
Menyampah Tam. Rasa macam nak pindah je.

Atau dia admire sangat dengan Tam ni?
Atau dia rasa la kan, kalau Tam sorang yang rajin dekat rumah, nanti jatuh saham dia kot.
Buat apa ada perangai macam tu? Mak mentua tahu ke?

Kalau Tam tak ada kat rumah, dia mana ada rajin macam Tam ada.
Agaknya dia malu nak bergayut kalau Tam ada kot.
Agaknya dia kalau tak sapu sampah time Tam ada kat rumah, dia rasa tercabar dengan Tam kot.
Kalau Tam tak ada, dia tengok tv sungguh-sungguh, mengumpat pun sungguh-sungguh.
Tam pasang CCTV kat rumah, tahu.
Miera Liyana adalah copycat. Meowww.

Ini Koko, bukan Miera Liyana.

Thursday, August 11, 2011

Jurnal Puasa III

Nek Som cakap dekat Tam supaya sepanjang bulan puasa ni boleh duduk rumah dia.
Tolong habiskan makanan sebab Nek Som, Tuk Lah dan Ucu sahaja bertiga. 
Maksudnya Tam angkut pakaian sekali la. Jadi anak angkat Nek Som.

Tam dengar Tam suka. Suka tang 'makanan'. 
Tapi Tam kena sabar sikit tahan mata sebab Nek Som biasa kejut sahur pukul 4.30 pagi.
Tam boleh tahan mata sebab Tam suka makanan.
Lepas sahur, Tam boleh tidur balik. Lepas tu bangun mandi nak pergi sekolah.

Tam tiba-tiba jadi kekok dengan emak dan adik-adik Tam sebab Tam dah montel duduk dengan Nek Som.
Puasa-puasa pun montel si Tam ni.

Waktu kat sekolah Tam puasa yang yok. Tam gigit pensil HB kaler merah. Habis bontot pensil Tam gigit.
Kawan Tam cakap batal puasa kalau gigit pensil. 
Sesekali Tam hisap bontot pensil yang pecah bekas gigitan Tam tu.
Dulu Tam rasa waktu bumi berputar lambat sangat. 
Nak tunggu waktu balik sekolah pukul 2.00 petang macam lambat sangat.
Dah la bas sekolah Pok Ku lambat datang. Penat Tam.

Kalau Tam memang tak puasa, Tam tipu cakap kat kawan-kawan Tam puasa.
Tapi bila tiba-tiba ada sorang kawan mengaku dia tak puasa, terus Tam cakap "eh saya pun tak puasa, lupa baca niat puasa". Tapi waktu sahur tadi Tam makan bertambah.

Hari cuti Tam puasa yang yok jugak.
Tam suka pergi kedai Bang Li ambil eskrem oren. Tam tak curi tapi anak Bang Li bagi.
Balik rumah Nek Som tanya, kenapa bibir merah, segar je? Tak puasa?
"Puasa la Nek. Saya selalu buat gini" (Sambil gigit-gigit bibir).

Dekat nak raya, semua Mak sedara Tam sibuk tulis kad raya.
Tam ambil kad tu, Tam tulis juga tapi Tam sebenarnya tak ada kawan.
Marah betul makcik-makcik Tam sebab kad raya dorang habis Tam tulis macam-macam.

Wednesday, August 10, 2011

Jurnal Puasa II



Kalau suruh orang korekkan hidung,

Puasa siapakah yang terbatal?

Puasa orang yang korek hidung tersebut

atau puasa tuan punya lubang hidung?

Hnghhhhhh

*soalan ini pernah ditanya pada bulan puasa tahun lepas di laman muka buku. 
Tahun ni masih konfius lagi.
Hrmmm

Sentuh dan Blah II

Baru semalam cite pasal TnG buat hal.
Balik kerja kena lagi kaw-kaw.
Lepas kerja pergi PWTC usha tiket balik kampung.
Konon usha je, kalau dah habis kira macam boleh merayu kat sepupu sepapat tumpang balik Gua Musang.

Masa tunggu tiket, kakak tiket cakap tak ada duit kecik. 
Dia suruh tunggu. 
Dang! Pukul berapa nak tunggu?
Tunggu orang datang beli tiket, pastu baru dapat belen. Adoi.
Last, aku pikir sampai pukul 7.00 ke nak tunggu? 
Mesti tak ada orang datang beli sebab dah dekat waktu Iftar dah. 
Tukar duit kat kedai runcit sebelah. 
Kakak tiket tu tak ada usaha pun dia nak pergi tukar dengan orang lain.

Sampai Masjid Jamek dah pukul 6.00 petang.
Ramainya umat manusia. 
Apahal la sampai tangga pun penuh.
Tak pernah-pernah penuh kat tangga sebelum ni.
Boleh bilang dengan anak tekak siapa yang guna tangga sebelum ni.

Rupanya dah stuck dekat mesin lane keluar/masuk.
Kan dah cakap, dorang tak nak repair. 
Bersesak-sesak dengan macam-macam bau, perangai sekor-sekor.
Al-kafirun pun time nilah nak berlumba balik bukak pose jugak.
Depan pintu LRT pun orang berjemaah tunggu.

Beratur di kawasan 4 koc.
Bila LRT 2 koc datang, line 4 koc duk berputih mata jelah. 
Nak pergi ke line 2 koc, menempah maut kot kena terajang dengan orang yang beratur.
Tunggu jelah sambil main pok amai-amai (dusta).
6.30 baru tersembul LRT 4 koc.
10 minit ke rumah macam 10 jam.
Last-last buka dengan kurma, chipsmore dan air kosong.
Tobat tak nak balik lewat lagi. 
Tak pasal-pasal habis punah pahala puasa.

***
Pagi tadi bangun sahur macam biasa.
Mandi awal sikit.
Tapi air paip keluar macam kencing kucing pulak.
Dah cakap dekat hosmet, time sesiapa sedang mandi jangan kacau air.
Kalau bukak kat bilik air 2nd atau sinki,
mampus belengas la tak dapat air.
Hosmet kacau, time itulah nak rajin kat dapur,
cirit-birit bagai semua orang.

Dah fedap giler,
baldi kecik pun 30 minit tak penuh-penuh.
Kak Limah dah keluar pukul 6.00 pagi jadual mandi dia.
Muka lagi ketat aku tegur pun tak sahut. Keju betul.
Miera Liyana masih di sinki basuh periuk belanga, kuali sudip bagai.
Alya Maisarah tengah diarrhea kat bilik air second.
Aku dah panas hati.
Apehal jadual mandi aku je jadi mangsa.

Keluar awal untuk dapat udara sejuk.
Muka kelat ketat.
Sampai di LRT, 4 koc sampai.
Tunggu depan pintu,
Dang! pintu LRT ni rosak tak nak terbukak.
Adoi bengong betul.
Rasa macam nak fire je pintu tu.
Apahal la nasib malang hari ini.



Monday, August 8, 2011

Bukti Kukuh

Selamat Berpuasa. Hari ke-8. 
Cukup counting ke tak ni?

Seharian berpuasa, bila penat heaven rasanya dapat bergolek-golek rehatkan badan.
Tetiba dapat idea nak asah otak bagi bijak sikit.
Caranya, beli rubik harga RM2 kat barang-barang RM2 satu.

Okay, mulakan aktiviti sekarang.

*krek, krek, krek, krek. Bunyi rubik diputar. 
Rubik aku berbunyi sebab benda murah.
Sambil garu kepala.
Garu kaki.
 

Last.
Surrender.
Baru first round main.
Adakah terlalu ganas sampai pecah benda alah tersebut.
Atau terlalu murah sampai pecah benda alah tersebut.

Buktinya...
 Terer ke tak tu, sikit lagi kaler oren nak siap.
Buat hal betullah rubik ni, kalau tak memang siap semua.

Tips nak siapkan rubik dalam masa singkat?
Cabut sticker dan tampal semula ikut kaler kegemaran ye.

Sekian.

Friday, August 5, 2011

Jamuan Akhir - Farewell

Homaigod. I miss my boss very much.

Jamuan sempena pertukaran bos aku ke Shah Alam. 
Selama 2 tahun setengah bersama dengan bos adalah begitu bermakna.
Lantaklah orang nak cakap aku cembeng sebab bos tukar tapi rasa aku sekarang ini adalah rasa jujur.

Terus fikir macamana bos nak survive sendiri (Hah?)
Yelah, dia nak makan minum, sape masakkan air?
Dia nak itu, ini, sape sediakan?
Dia datang beberapa hari lepas, terharu jugak,
kesian dia kat tempat baru yang tak best tu kan?
Dia cakap umpama patah kaki sebelah bila takde orang yang nak diharapkan.

*Apabila satu amanah diletakkan atas bahu, pastikan jujur menyiapkannya*
Sebelum aku dapat bos, semua orang cakap dia garang, dia bengis, dia itu ini bla bla bla.
Tapi selepas kerja sendiri dengan dia, semuanya khabar angin sepoi-sepoi.
Try kerja dulu, ikut rentak, jangan ikut kepala sendiri.
She is the boss. Boss is always right.
*tapi ingat, sebab dia memang baik. 
kalau bos suka meroyan, sesiapa pun takkan ngam

Kalau kita ikhlas, kita dapat semula keikhlasan tersebut. 
Buat kerja tak payah bodek sebab bos akan tahu kita buat kerja atau tidak.
Sedih memang tak payah cakap la. 
Cuma aku nasib baik boleh control air mata daripada tumpah depan bos.
Heh. Nangis kat rumah standard la tu.

Bos memang baik hati.
Selalu bagi duit raya. 
Dua tahun beraya bersama dia, dua kali dapat.
Tahun ni dah tak dapat duit raya lagi.
Selalu dapat hadiah kalau dia pergi outstation.
Tak pernah kena marah sebab dia pendiam.
Tapi begitu memahami staf-staf dia.

Terima kasih, Puan.
Makanan memang mesti ada. Mesti lebih over daripada yang lain-lainnya.







cocktail
 Gulai lemak ikan masin dan nenas



Cenderahati untuk Puan.
Hasil usaha gigih Dayah, Kak Ann dan Kak Aishah membeli, menyediakan semuanya.
Kesian diorang bersusah payah.
Aku cuti balik kampung waktu itu, nak cancel rugi pulak cuti.
Aku hanya tumpang pegang je.

Thursday, August 4, 2011

Jurnal Puasa I

Hari pertama puasa Isnin 1 Ogos lepas,
Balik dari kerja
Naik lif tekan tingkat 14

Ada beberapa orang awek keluar tingkat 5, dan 10
Last sekali aku keluar dengan seorang awek
Awek tu sampai depan rumah dia
Atas rumah dia ada gambar dewa gajah
Aku pelik kenapa jiran depan lif aku ada awek-gambar-dewa-gajah?

OK, mungkin dia baru pindah
Atau dia baru masuk rumah dan duduk dengan bebudak pompuan Melayu yang lain
Aku positif
Tapi setelah melihat "rumah aku" berlangsir lain, aku negatif

AKU KELUAR LIF TINGKAT 13
Aku kena naik tangga ke tingkat 14
Aku emo dan penat, tak jadi nak bilang anak tangga tersebut
Baru separuh hari puasa, aku dah gila

Tweet : Belum ghairah nak pergi PARAM

Wednesday, August 3, 2011

Gadgets

Hai. Selamat berpuasa semua. Selamat berbuka puasa apabila tiba waktu berbuka. 
Selamat bersahur apabila tiba waktu sahur. 
Selamat berpuasa esok, sela... errr, dah dah.

Tahukah anda bahawasanya saya bukan nak cerita pasal bulan puasa. 
Sape yang tak tahu puasa itu apa?
Dah, dah.

Cuba tengok tajuk entri, "Gadgets".
Ape benda gadgets? Gadgets bukan benda makanan. 
Semuanya nak di imaginekan sebagai makanan bulan puasa ni kan.
Dah, dah. Boring.

Tahu tak saya bukan pengikut keras gadgets? 
Saya tahu gadgets adalah keras-keras belaka tapi saya bukan penggila.
Apakah gadgets dalam simpanan saya?
Tak banyak sebab saya bukan penggila keras.

Nak tengok?

Ini adalah headphone kepala. 
Tahu ke headphone kepala tu apa? Ianya... dah dah. Gila.
Kenapa berbalut? 
Nampak tak headpon kepala tu dah tersiat kulitnya?
Jadi kenalah balut.
Saya balut dengan stokin.
 
Sebenarnya headpon murah je kan.
Apabila selalu guna, terkopek-kopek kulit beliau. 
Dan benda yang terkopek itu masuk ke dalam telinga saya. Saya jadi rimas. 
Kalau saya rimas saya akan korek pulak telinga.

 Ini adalah earphone telinga. 
Comel tak? Boleh dicucuk di lappy. 
Tapi kepala beruang itu tak muat untuk lubang telinga saya yang comel ini. 
Beliau asik terkeluar daripada telinga saya. 
Jadi, buat hiasan gantung kat leher je. 
Terfikir juga nak buat anting-anting sebab lubang cuping telinga untuk anting-anting masih ada lagi.

Nampak tak yang cinonet itu adalah handphone saya. 
Saya memang kolot. 
Tak payah nak pakai telefon mahal kalau kredit dalam takde ribu-riban. Nyusahkan je. 
Setakat dapat mesej dan menelefon je jadi la.
"Message cannot displayed". Sape suruh kau rajin sangat antar MMS ke apa kat aku. 
Celah mana nak view. Haish. 

Seumur hidup saya ini, hanya tiga biji telefon je saya ada. 
Saya tukar henfon sebab henfon pertama skrin rosak, sound rosak jadinya bisu dan pekak. 
Henfon kedua beteri kong. Cas 8 jam, guna seminit, king kong. 
Dan barulah tukar ke henfon sekarang. Yang penting boleh main game ular.

Dan saya ada sebiji lappy. Kesayangan saya tu. 
Tapi beliau juga macam sakit je sekarang. Skrin bawah dekat toolbar macam dah bergaris-garis. 
Oh, maklumlah saya beli beliau tahun 2009. 
Banyak movie dalam tu, sape nak movie boleh mintak dengan saya.

Saya juga ada sebiji kamera. Kenapa tak ada gambar kamera? 
Meh sini kamera kau nak amik gambar kamera aku. Tetiba emo. 
Kamera yang banyak berjasa merakam peristiwa manis, pahit dan lapar.

Sekian karangan saya di bulan puasa yang sekarang ini pukul 11 pagi pun perut sudah hantar MMS.

Tak tahu apa motif saya cerita. 
Nak kata ada orang tag suruh saya cerita, tak ada pulak.
(Sape nak main tag-tag ngan aku dahla tak glemer)

Tweet : Dah, dah. Boring. Pergi tengok gambar makanan.

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Hai. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Azam puasa tahun ini tak mahu tinggal puasa. Boleh?

Jangan emo-emo, nanti kurus pahala puasa.
Sigh, kalau la badan saya boleh kurus. *Nangis. 
Sebab nak beli baju raya Ahad lepas, try size M dah tak muat. 
Kepak dah keluar. Uwa.

Bila tengah stapler dokumen, ubat stapler habis pun rasa macam nak baling je stapler tu.
*Geleng kepala...
Belum buat lagi, tapi terasa je.

Tweet : Welcome my new boss.