Ikut Belakang

Thursday, September 15, 2011

Happy Holiday Berganda

 Eceh. Malu-malu badak ye. Gambar pre-wedding kitorang.


 Kad nikah kitorang

Yay. Hari ini last kerja bagi bulan September 2011.
Sebab saya mahu cuti. Saya mahu kahwin.

Kepada sesiapa yang kenal dengan saya secara personal, tidak personal, melalui blog, fb atau apa sahaja, kepada semua kawan-kawan yang saya sayangi, semua kawan sekolah rendah, menengah, Politeknik JB 2003 - 2005, kawan-kawan ex-ofis dulu-dulu, ofis sekarang dan teristimewa kawan blogger yang saya sayangi, dengan ini saya menjemput anda semua untuk hadir meraikan majlis kesyukuran sempena Pernikahan saya pada 24-09-2011, Sabtu di Kampung Kubang Rusa, Merapoh, 27210 Kuala Lipis, Pahang.

Datang, jangan tak datang.
Bersyukur kepada Allah SWT kerana selama 5 tahun saya berkenalan dan merancang, akhirnya tiba jua 

Bertukar status tak semestinya tak boleh berfoya-foya dengan kamu semua lagi tahu. Tiada apa yang berubah melainkan status dan tanggungjawab. Jadi, kita kawan selamanya. Insya Allah.

Terima kasih yang mengucapkan selamat, tahniah dan mengutuskan doa buat saya. Semoga majlis berjalan lancar, sempurna dan diberkati Allah SWT. Semoga ikatan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat. Aamin.

I Heart You All.


Saya cuti dari 19 - 30/09/2011. Maafkan sekiranya blog bersawang.

Tuesday, September 13, 2011

Dari Bilik Kecik

Hai belog dan kawan-kawan sekalian.
Saya sekarang ni tengah nak ambik exam tapi sempat pulak menggunakan 
harta benda "orang" untuk meng-update belog. 

Start semalam sampai esok saya exam. Wish me luck.
Lulus exam, dapat duit tau. Jadi kamu nak duit ke tak?
Kalau nak duit, doakan saya berjaya. Nanti saya belanja kamu semua.

Yahooo. Bestnya tak masuk kerja.


Wednesday, September 7, 2011

Duit Raya

Oleh kerana saya paling disayangi abah (ceh, adik-beradik sila jeles),
Jadi, saya dapat duit raya lebih sikit.

RM20 okay. Adik-beradik lain dapat RM10.
Okay la tu RM20 daripada tiada langsung duit raya kan, kan, kan?


Mood raya lagi?

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya!

Maafkan hamba pacal yang hina.
Nak update awal kalau boleh. 
Tapi, internet buat hal dua hari sebelum cuti raya.
Jadi, mintak maaf banyak-banyak tak dapat beraya kat belog kamu semua kawan-kawan yang disayangi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
sekiranya ada salah dan silap selama berkenalan di ruang belog ini.

Sayang semua.
Nanti saya pergi serbu belog kamuuu...

 Gambar raya. Yang pakai songkok tu sepupu menyibuk jer.

Selamat Hari Raya...