Ikut Belakang

Monday, October 31, 2011

4 Jam Sebelum

Salam. Berjaya juga menaipkan entri pertama selepas lamaaa cuti.
Nak buat macamana, tergerak hati nak sambut Deepavali. Heh.
Kamu tahu, ini entri selepas berjaya masuk ke blog sendiri.
4 jam log-in blog dan baru ini berjaya. 
Dari pukul 8 pagi tadi duk tekan kebod nak log-in.
Salah enter PW ke pulak?
Pastu taip entri laju-laju. Dalam masa ctrl-s, masih lagi buat hal jugak.

Selepas seminggu cuti dan kelam daripada hal-ehwal blog,
BW pun jadi hampeh sebab apabila mengomen, asik error. 
Arghhh, aku malas nak blog lagi.
Keju betul.
Aku, terus-terusan jadi hampeh disebabkan tenet subsidi ini.
Lebih baik diam. Heh.
Nak reply komen pun error. Padan muka aku sendiri.
Agaknya dia merajuk sebab lama tak jenguk?

Majelis Lelaki - Entri Melekat

Hoh. Sibuk betul menguruskan persiapan dan perkakasan untuk majelis belah lelaki pulak.
Padahal menyiapkannya hanya hari Sabtu Ahad je. Kan dah terkantoi.
Kau nih diam-diam kahwin tup-tup keluar gambar pre-wed dan terus majelis kahwin.(Pinjam ayat Dayah).

Pas majelis kahwin belah aku, pandai pulak aku menggedik buat dan tunjuk persiapan majelis belah lelaki pulak kheeennn? Majelis Menyambut Menantu. 
Amboi, nak sambut-sambut menantu yang bertambah berat badan ini pulaks.
Okay, done.

Jemput-jemput semua ke Tanjung Karang. Sambil korang pergi ke Restoran Aroma Ikan Bakar tu, singgah-singgahlah ke majelis saya. Menunya masakan orang Banjar ye sebab laki saya orang Banjar. Gediknya kau.

 kelik untuk jadi gemuk


Tetibe dah ada 2 orang anak. Amin. Nak ikut jejak Bigdaddy.


Peta laluan ke majelis.

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG DISAYANGI, JEMPUT HADIR SEMUA YE...



 kelik untuk jadi gemuk

Mekasih kepada semua yang sering mendoakan kebahagian kami.

Friday, October 21, 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kawan-kawanku.
Sempena cuti Deepavali ini, semoga hari cuti anda dilimpahkan 'cahaya'.

Saya pun bercuti juga balik kampung. Muahahahaha.
Jadi, blog saya bersawang selama seminggu.
Maafkan saya bos, saya suka cuti sebab saya ada banyak cuti.

Maafkan saya kawan-kawan sebab internet saya ini sedikit mengada-ngada.
Biasala, internet subsidi.

Nak blogwalking ke blog kawan-kawan memang boleh tapi bila time komen memang hampeh.
Terus error. Komen dah hilang entah ke mana.
Nak mengingat semula komen yang ditaip tadi arghhh macam hampeh benar.
Kesimpulannya memang hampehhh.
Hampeh, hampeh 8 ribu kali.


Tuesday, October 18, 2011

Perkara Paling Ditakuti

Semalam adalah hari paling senak dalam hidup aku. 
Perkara paling ditakuti telah berlaku.
Buat aku berpeluh-peluh dingin walaupun takdela dingin sangat pun.
Pagi-pagi buta dah basah baju dek peluh betina.
Terkulat-kulat aku sebab menyesal dengan kegelojohan sendiri.
Padan muka aku.

Nak juga gelakkan diri sendiri walaupun rasa malu tebal 888 inci.
Dalam kepala fikir macamana caranya.
.
.
.
Bagaimana caranya...
Nak masuk rumah sebab kunci tertinggal dalam bilik. Kah Kah Kah.
Perkara yang aku paling takuti ialah kunci hilang atau kunci tertinggal.
Bilik dah kunci, pagi-pagi nak mengerjakan pintu dah tak sempat.
Takkan nak pergi kerja lewat semata-mata nak bukakkan pintu bilik.
Takkan nak cuti pulak nanti bos aku bising sebab minggu depan cuti lagi.
Takkan nak kerja 1/2 hari sebab nak balik bukak pintu bilik?

Pagi sebelum keluar, aku mintak Kak Pah (bukan nama sebenar) bukakkan pintu rumah.
Sepanjang perjalanan pergi kerja tak senang duduk, tak lena tidur dibuatnya.
Rugi la dalam bas tak boleh tidur. Sigh.

Di opis, Dayah bagi tips ketuk tombol dengan alu lesung batu.
Pastu aku balik rumah mintak tolong Bee (bukan nama sebenar) bukakkan pintu rumah.
Pastu amibik alu lesung terus "dam, dam, dam, dam" berkali-kali.
Tak mahu juga ye. Bermandi peluh dah ni.
Sampaikan dah berlekuk-lekuk tombol.
Pastu korek guna besi keychain yang dapat masa beli minyak kat Petronas.
Tak mahu juga. Berpeluh dalam kain dah.
Last-last aku longgarkan tombol, goyang-goyang terus terbukak.
Macam tu punya senang je? Lenkali boleh tinggalkan kunci dalam bilik lagi.
Yay.

First:-
Hilangkan kunci pejabat, aku kena pergi balai polis buat repot.
Bayar RM50 (walaupun itu kunci pejabat).

Second:-
Lupa nak mintak kunci pejabat dengan opismet yang balik awal,
pejabat tak kunci dan aku sendal guna
batang penyangkut kot yang telah patah.
Pagi-pagi aku datang dengan bas sampai opis pukul 6.45 pagi sebab
tak nak boss sebelah mengamuk pintu opis tak kunci.

Third:-
Sudah balik sampai rumah, cek-cek kunci, arghhhhh kunci tertinggal kat opis.
Patah balik, masa itu pukul 9.30 malam, OK?

Fourth:-
Semalam punya kes.

Itu baru kisah kunci. Belum lagi kes tertinggal HP.

Thursday, October 13, 2011

Belit-Belit Loyer Buruk II

Tah kenapa aku suka sangat recycle tajuk yang dah ada. Malas nak pikir banyak-banyak.
Kalau macam ada cerita yang kena mengena sikit, boleh jela guna semula.

Hari ini nak bagi nasihat sikit kot-kot la satu hari nanti ada sebahagian daripada kita yang disepina atau dipanggil jadi saksi kat Mahkamah untuk kes-kes tertentu (kes yang kat opis aku ni urus kes kemalangan, fitnah, medical negligence, salah tahan).

Jikalah (ayat lain ganti jikalau), kamu bagi keterangan bagi pihak orang lain, senang cerita jadi saksi bagi pihak orang lain, tak kira la orang tu suami ke, isteri, kawan, pakwe/makwe dan sebagainya, janganla emosi sangat nak cerita segala benda kronologi A-Z. 
Biasanya loyer takkan tanya straight. 
Lagi-lagi kalau loyer pihak sebelah lagi (defendan) yang tanya, tak payah cerita macam-macam. 
Cuba jawab ikut kehendak soalan. Jangan lari format. 
Aku senak telinga dengar jawapan macam hape tah keluar. 
Macam nak pergi je lempang beliau yang menjawab tak ikut format ni.
Ikut je kehendak loyer, biasanya dia akan tanya "setuju atau tidak". 
Dia akan beritahu bentuk soalan terlebih dahulu. 
Soalan objektif secara lisan boleh jawab setuju atau tidak setuju je. 
Jangan mengada-ngada pergi cerita hal dalam kain.

Sebenarnya aku tengah meroyan dengan kes yang suami dia jatuh dekat car park Giant 
pastu isteri dia ditanya la soalan. 
Dia punya meroyan jugak nak cerita macam-macam, suara dah la high pitch. 
Mau sawan aku dengar. 
Loyer tu tanya setuju ke tak setuju je, punyala dia menjawab banyak pulak. 
Dua-tiga-empat-lima kali ditegur tetap tak faham bahasa juga. 
Pastu nak jugak jawab selain "agree" atau "disagree", boleh pulak dia jawab dan cakap laju-laju gila babeng. Aku naik krem jari nak tekan kebod. Sampai tak jumpa dah huruf nak carik.
Terjejas kredibiliti aku sebagai penaip yang lembab. 
Dahla aku menaip lembab-lembab, kena pulak dengan situasi macam tu terus berbuih mulut aku.

Tak mau buat macam tu tau. Sentiasa bertenang semasa jawab soalan. Cais.


Gambar yang tiada kena-mengena dengan cerita. 
Tapi gambar ni disnap masa dalam bas. Traffic light simpang 4 depan LHDN Jalan Duta.
Rakus sungguh orang yang langgar ni. Nak cepat sampai ke LHDN ke?

Wednesday, October 12, 2011

Kepochi II

Saja je aku nak menjoyah. Nak kepochi jugak la.
Semalam kelmarin, ada retis datang. Tapi bukan di opis aku tapi opis sebelah.
(datang opis sebelah pun kau nak kecoh)
Takpelah, walaupun tak jumpa, layangkan gambar "pinjam" dari fotog profesional pun cukup.
Kau hado? Kah Kah Kah.


Nak signnnn


Thursday, October 6, 2011

Naoto Takenaka Serang Kampung

Baru-baru ini ada sebuah produksi kerjasama China-Jepun telah membikin sebuah filem 
bertajuk Ken & Mary. 
Shooting tersebut beberapa peratus dibuat di Kampung Kubang Rusa, Merapoh. Kampung gua tu beb.
Tempat shootingnya menyewa sebuah kedai sup sepupu aku yang diubah 100% menjadi sebuah kedai orang cina.
Kisah ini berdasarkan cerita pemandu lori. Selebihnya aku pun tak faham sepatah haram.



Disebabkan aku tak tahu nama penuh pelakon utama yang jadi Ken dalam cerita ini, hanya tahu Takenaka sahaja, disebabkan juga lagi tidak kenal wajah asal dia kerana mekap yang osom, aku menyesal sebab dia rupanya salah seorang pelakon kegemaran aku. 
Dia telah berlakon dalam Shinjuku Incident dengan Jackie Chan. 
Dan paling penting dia adalah pelakon dalam drama/filem Nodame Cantabile yang memang feveret aku. 
Dia jadi Franz Stresemann yang sengal tapi terror tersebut. 
Mungkin aku tak cam sebab dia sudah kurus giler dan kepala botak dalam shooting ini.

Pengalaman terindah menjadi penonton secara live ketika shooting. Jalan-jalan semua dikawal oleh JPJ sepanjang 300 m dari kiri dan kanan sebab dorang tak mahu ada satu gangguan bunyi sekalipun semasa tengah berlakon. Yang paling tragis, sepupu aku selaku pemilik kedai tu pun tak boleh nak keluar kedai secara sesuka hati. Kitorang yang menengok dalam jarak 100 m pun disuruh senyap jangan sampai satu bunyi kentut pun keluar. Bergerak pun tidak boleh.

Tapi Pakcik Naoto ni memang sporting. Habis sahaja scene dia, terus dapatkan kitorang untuk bergambar. Macam itik dengan ayam, dia langsung tak pandai English. Yang aku nak tanya English, dia tak faham. Nak tanya dalam bahasa Jepun, yang aku tahu aishiteru, kawaii, sugoi, konichiwa etc yang pendek-pendek je. Kah kah kah.

2 kali dia datang shooting kat kampung aku. Sesi shootingnya hanya berlangsung sehari sahaja. Filem ni tak tahulah bila nak keluar ke pawagam berdekatan anda. Tunggu jelah. Jangan pulak 20 tahun akan datang baru nak tayang. Time tu agaknya kalau umur tak panjang, nyanyuk jela.

Wednesday, October 5, 2011

Bosan Dengan Blog Sendiri

Apabila sudah bosan dengan blog sendiri disebabkan tiada cerita untuk dikongsi maka,
entahlah layan sahajalah gambar lapuk nih.
Wei mana pergi semua cerita yang sebelum ini bersemak dalam kepala hotak.

Gambar ini sebenarnya (aku) yang hendak digunakan untuk bunting tempohari tetapi, 
gambar ni kan horizontal jadi tidak seswai sebagai bunting. 
Hanya seswai untuk banner. Mak kau, grand ke majelis kau sampai ada banner di tengah-tengah jalan? Heh.
Jadi, terpaksalah cancel plan gambar tersebut.

Minggu ini selama kurang dari sebulan dan sebelum sampai tarikh majelis belah lelaki, bersibuklah aku menyediakan segala kelengkapannya. Duh, sibuknya...

Yay, vote for black untuk majelis belah lelaki. Hehe. 
Ada orang tanya, kau berkabung ke pakai "hitam"?

Tuesday, October 4, 2011

Gambar Raja Sehari

Selamat Berblog semula.
Ini sahaja yang dapat dipaparkan. 
Majlis saya tiadalah tukar-tukar baju bagai. 
Sederhana sahaja. Maka gambarnya pun sederhana juga.



 Best fren ever : Nurul Hafizan & Siti Faridah. 

Layannn. Majelis belah lelaki 23-10-2011. Nanti saya buat upacara khas menjemput anda sekalian ye. 
Buat jemputan awal-awal tak best, buat last minit juga yang tercabar minda.

Uncle Gedek : Majlis belah lelaki warna hitam kegemaran kita... Jom boria.