Ikut Belakang

Wednesday, November 30, 2011

Hari Ini Tak Ada Wordless Wednesday Sebab Aku Emo Dengan Internet Yang Buat Hal

Haaa... amekau.
Semalam Bujal menghadapi masalah internet.
Hari ini aku.
Lepas lunch baru internet ok, itu pun tak tahu berapa lama boleh bertahan.
Tak boleh masuk blog sendiri, tak boleh reply komen, tak boleh BW, tak boleh komen blog orang.
Haih macam-macam.
Tak tahu nak kata apa, wordless rasanya.

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijrah, 
walaupun hari ini dah 4 Muharram tapi apa yang aku ingin ubah?
  • Nak jadi lebih penyabar, penyabar dan terus penyabar
  • Nak jadi anak yang sentiasa telefon mak abah dan selalu balik kampung
  • Tak nak tinggal solat
  • Nak habiskan ganti puasa
  • Nak jadi seorang yang boleh senyum setiap masa
  • Jadi seorang isteri dan ibu yang baik dan solehah
  • Jadi seorang yang tidak cepat melenting apabila terperanjat
  • Untuk tidak kuat melatah
  • Nak jadi peramah sebab sangat kurang sifat bercakap dengan individu tidak dikenali
  • Kurangkan menyakat suami sebab kadang-kadang secara tidak sengaja aku akan mencederakan dirinya.
  • Nak kurangkan suara high pitch
  • Nak hilangkan sifat blur yang terlebih
  • Semoga lepas ini aku boleh berani drive
  • Taknak emo lagi
  • Macamana nak menjadi perempuan yang lemah lembut hah?

***
    Banyak lagi nak kena ubah sempena tahun baru nih.
    Tapi, tak semestinya tiba tahun baru je nak berubah.
    Hari-hari kena ubah sebab benda yang ada dalam diri selama 26 tahun, takkan hilang sekelip mata
    atau tidak akan berubah dalam masa sehari.
    Sementelah dah jadi isteri, takkan la perangai macam belum kahwin lagi.
    Apapun, tahun baru sebagai penanda aras untuk menjadi insan lebih baik lagi.
    Selamat Tahun Baru Hijrah 1433H

    Friday, November 25, 2011

    Memetik Roselle




    Aktiviti balik kampung di Kuala Lipis, Pahang.
    Patinya boleh buat jem atau jus.

    SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH
    SELAMAT BERCUTI
    SELAMAT BERGEMBIRA
     
    Saya nak pergi perarakan Ambang Maal Hijrah Sabtu ni.
    ^_^
    Apa azam tahun baru korang?

    Thursday, November 24, 2011

    Hujung Minggu Yang Terisi V

    Apalagi aktiviti di hujung minggu aku.
    Musim ini padi masak, padi dah boleh tuai.
    Jadi air dalam bendang dikeringkan,
    maka banyaklah air dalam parit.

    Juga bila hujan lebat pada malamnya,
    membawa petanda ikan-ikan juga banyak didalam parit tersebut.

    Hari Ahad pagi-pagi lagi pergi mancing.
    Baru pukul 11.30pagi, matahari terik membakar-bakar badan dan muka.
    Arghhh aku dah surrender, ajak balik cepat-cepat.
    Perut dah lapar.

     
     Ahaks. Sudah ada yang potong padi.
     

     Perkara yang matching, padi dan ikan, sama-sama mentah.
    Bila dah dimasak, boleh dimakan. (Motif?)

     Puyu yang jadi lauk makan tengahari.
     Lebih 40 ekor puyu campur haruan. 
     Yang ini hasil mancing hari Ahad.
    Semua bagi nenek dan atok.
    Kitorang ambil sikit je yang dapat masa mancing hari Sabtu, ada la dalam 20 ekor.

    Tuesday, November 22, 2011

    Tired Tuesday

    Brrrr...
    Sebab bertungkus lumus melawan Garuda semalam, penatnya.
    Padahal tidur awal belum habis lawan lagi.
    Padahal tak ada TV pun.
    Tapi nak ucap tahniah juga.
    Dalam pada sorak-sorak dan bunyi mercun habis game semalam (jiran-jiran), 
    mata tetap layu.
    Berita kemenangan diSMS oleh ofismet
    yang ucap Alhamdulillah atas kemenangan Harimau Muda.
    Sebelum lena untuk keberapa kali,
    tunggu juga SMS kot-kot kita cuti (tak agak-agak).
    Penat sebab tak ada input untuk blog hari ini.

    Monday, November 21, 2011

    Monday Sickness

    Monday sickness, help, help.
    Macam Garfield.
    Bila terfikir Monday mesti nak berhenti kerja.
    Kalau Isnin je mesti rasa nak ponteng.

    T_T

    Jadi,
    Segarkan hari Monday anda dengan gambar ini...

    Apa yang anda nampak...
    Hiks.

    ^_^"

    Friday, November 18, 2011

    Hujung Minggu Yang Terisi IV

    Tarikh : 13-11-2011 (Ahad)
    Tempat : Klang

    Hari resepsi kahwin Yaty iaitu kawan sama-sama masa belajar di Politeknik dulu.
    Yang nostalgik, ibu bapa Yaty adalah kawan lama ibu bapa mentuaku.

    Suamiku adalah kawan lama Yaty masa kat Sekolah Yayasan Selangor.
    Aku kenal Yaty masa kat Politeknik JB tahun 2003.
    Kemudian baru tahu dia kawan sekolah suami (masa tu boifreng)

    Dalam perjalanan, langit dah mendung-mendung, 
    doa dalam hati dan doa kuat-kuat supaya kalau sampai rumah Yaty, 
    jangan hujan dulu. Doa supaya hujan selepas habis makan.
    Alhamdulillah, habis makan hujan pun turun secara renyai-renyai.


    "Yaty, makanan sedapla. Malu nak tambah" kataku dalam hati


    Tahniah kepada Yaty sebab masa yang beliau tunggu-tunggu dah tiba, 8 tahun beb.
    Yaty ni masa bercinta 8 tahun tu mengharungi segala onak duri yang bukan sedikit.
    Banyak rintangannya, suami aku yang cakap (lambai-lambai tangan kat Yaty).
    Sesungguhnya Yaty ni setia dengan Dak Yang (An) dia.
    sebab kitorang ada nak paduk-padukkan dia dengan kawan kitorang tapi Yaty begitu setia.

     "Guess Book Corner", tulisan "guest" dah tercabut "T"

     Cantik guest book cover. Kami teruja.


    Sepatutnya ditulis "Selamat Pengantin Baru buat Yaty dan An,
    semoga bahagia hingga ke syurga"
    Tapi lupa tulis nama Yaty dan An.


    Inner shine betul Yaty.

     Tak sempat nak tengok korang bersanding,
    kitorang sampai dah petang dan majlis pun dah nak tamat.
     

     Kek lapis Sarawak, sedapppnyeeeee.
    Dalam box di kanan tu gula-gula "udang".


    Hujan lebat. Kami menuju KL.

    Kenapa blogpage aku ni lambat loading...

    Thursday, November 17, 2011

    Spontan Khamis - OBCT

    Obesiti secara spontan.

     
      
    Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 
    berkata punca masalah obes adalah kerana pengambilan gula yang berlebihan.
    Kerana makanan di Malaysia semua sedap dan semua orang pandai masak.


    “Semua pihak perlu mengambil serius isu obesiti ini!”

    Ibarat aku yang hitam ini beri Tips dan Petua cerahkan kulit.
    Ibarat aku yang comel ini beri Tips dan Petua langsingkan badan. 

    Gambar dan teks dicedok dari Susu Sejat

    Wednesday, November 16, 2011

    Tuesday, November 15, 2011

    Hujung Minggu Yang Terisi III

    Pangkor yang indah dan cantik.

     Dalam bulatan tu pulau tempat kami snorkeling. Memang best. 
    2 jam snorkeling sambil beli roti dan bagi makan ikan.
    Doa-doa dalam hati supaya ikan-ikan yang besar dan menakutkan tidak datang mintak makanan.

    Husbenku yang eksaited lebih. Aku buat juga stail ni tapi tak menjadi lah. 
    Gambar takleh display. Untuk tengok sorang-sorang je.

     Tengah jalan-jalan tepi pantai tetiba baby ni pegang tangan aku sebab dia takut dengan ombak yang hempas manja-manja kakinya. Terkejut jugak tetiba dia sambar tangan aku.

     Banyak aktiviti yang boleh dibuat.
    Kitorang memang suka snorkeling jadi taknak main benda lain. 
    Snorkeling RM15.00 seorang. Jetski pulak ikut jam. Ntah la lupa bape RM main jetski. Hehe.
    Banana boat macam tak best sebab bawak round pulau macam biasa je, 
    sebab kitorang dah me"round" pulau naik bot lepas snorkeling.



    Waktu ini ombak tengah besar.
    Meh ramai-ramai pegi Pangkor, errr sila sponsor diri masing-masing.
    Berpatutan la juga harga-harga yang ditawarkan.

    Friday, November 11, 2011

    Perikebinatangan Haiwan

    Oh apakah maksudnya.
    Oleh kerana sangat berperikebinatangan maka,
    di rumah kat kampung aku banyak haiwan-haiwan yang dibela.
    Dah boleh bukak zoo.

    Anonymous

    Koko

    Ntah nama pe

    Memey dan anak-anak baru

    Memey dan anak-anak lama

    Chitam

    Geng Bujang Lapok

    Oren

    Koko lagi. Sebab Koko kucing feveret

    Angsa yang suka kejar orang.

     Ayam. Errr
     Lebah pun bela ke?

     Semut pun dibela.

    Angsa mandi. Sekarang seekor jantan dan dua betina ini sudah mengeramkan 18 ekor biji telo. Fuhhh
    *Mekasih Kakcik sebab perasan saya salah tulis taip

    Wednesday, November 9, 2011

    Once Upon A Time II

    Teks dan gambar banyak.
    (^_^) 

     Pada tahun 2007, aku jadi bidan terjun yang menggantikan seorang guru sekolah yang cuti bersalin. 
    Itupun atas pelawaan makcik aku yang merupakan seorang guru besar (Mudirah) kat sekolah tu.
    Suka hati je kan. Sebab dia dah tak tahu nak cari orang yang ganti dah.
    Jadi, hari pertama memang nervous. Semua budak-budak sekolah rendah dari darjah 1-6.
    Masing-masing cakap aku adik-beradik dengan mudirah dorang, ada ke patut. Muka sama ke?
    Taakkkk. Hehe.

    Ada enam buah kelas je kat sekolah tu dan aku kena mengajar 5 kelas. 
    Kelas darjah 3 je tak ngajar. Subjeknya adalah Jawi, BM, Kajian Tempatan dan Pendidikan Jasmani.
    Dorang ni paling suka Pendidikan Jasmani sebab boleh main sama-sama dengan aku.
    Memang tak patut sungguh. Suka pulak main "musang dengan ayam".

    Dalam pada itu, memang sungguh sebak sebab ada yang darjah 6 pun masih tak boleh 3M.
    Menulis nama sendiri pun tak pandai. Jadi macamana tu?
    Masa waktu rehat aku ada juga panggil budak-budak special ni belajar A-B-C,
    siap buatkan kad imbas untuk dorang senang baca. 
    Tapi semuanya perlu masa dan masa adalah amat terhad.
    Lagipun aku cuma 2-3 bulan je kat situ.

    Ada juga murid-murid darjah 1 telah melangkaui kemampuan murid-murid darjah 6.
    Padahal dia daripada Kemboja yang masuk Malaysia sebab kehidupan kat sana susah.
    Ibu dan ayahnya berniaga kain kat Kelantan.

    Tahu tak apa dorang cakap pasal aku?
    Time ni last sebab dah habis kontrak, 
    so aku suruh dorang "Tulis gambaran tentang saya (Cikgu Suhaiella)".

    Cikgu sangat sayang kamu, tahu.

    Habislah darah tinggi

    Eh, ini pasal saya ke pasal awak? Saje cari pasal kan.

    Oh sayang, kamu sungguh jujur.

    Hitam manis tu betul dah

    Adakah cikgu ini hantu yang suka menegur orang...

    Ya sayang, cikgu semuanya mesti pandai belaka.

    Ini memang psiko. Sape suruh nakal.

    ^_^"

    Ya Tuhan, cantik ker?

    Hah? Penasihat Kelab Kaunseling ke?

    Exaggerated nih. Atau kipas bodek @ kipas susah mati?

    Ini lagi sorang suka makan garam.

    Kamu kelakar

    Garang sikit je pun.
     "Cikgu seorang yang mudah memahami hati pelajar tetapi cikgu seorang yang garang sedikit. Tetapi saya sukakan cikgu. Cikgu hendaklah kurangkan garang itu nanti pelajar tidak suka"

    Saya tahu saya hot chick

    Biarlah rahsia ye

    Kamu yang takutkan saya atau saya takutkan kamu? Errr

    Oh sayang, saya bukan hantu. Selamat Hari Raya.


    Ala tomei-tomei. Haha.
    Masa pembelajaran, aku suka lukis-lukis,
    so mulut dorang terlopong walaupun aku lukis ayam gemuk.
    Kalau murid-murid darjah 1-3, dorang memang teruja kalau aku melukis subjek kat papan hitam hijau.
    Jadi, untuk subjek Jawi dorang akan diberikan ayat yang mudah-mudah untuk dorang berlatih tulis dan otomatik akan ada gambarajah.
    Pastu mintak nak kalerkan pulak gambar tersebut.
    Layan jelahhh.
    Pastu cepat-cepat suruh tandakan. Mintak bintang, bulan, A +, macam-macam.

    Kesimpulannya?
    Saya memang garang dengan mereka.
    Nasib baik tak jadi guru disiplin je. 
    Kalau tak, mahunya sambung kontrak lagi.

    Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran tinggi.
    Sabar dengan sifat manusia yang berbagai-bagai.
    Kadang-kadang aku ada juga tercubit anak orang.
    Tapi tak ada la sampai mencederakan mereka.
    Marah setakat perlu sahaja, lepas itu nasihat mereka baik-baik.
    Setakat marah-marah nasihat dan ketuk-ketuk meja tu biasa dah.
    Yang penting, kena ikhlas buat kerja.

    Garang-garang pun apabila nak berpisah, macam-macam dorang bagi hadiah.
    Alahai, siap buatkan kad sendiri pulak lagi.
    Itu belum lagi yang mintak Mak belikan hadiah untuk cikgu Suhaiella.
    Terima kasih murid-murid. Semoga jadi seorang yang berguna ya.

    Mudirah kata aku strict sangat.
    Masuk kelas on-time, jadi mudirah suruh aku jangan strict pulak.
    Suka hati dia pulakkan.

    Jadi murid-murid, selamat bercuti sekolah.
    Kerja sekolah jangan lupa buat.