Ikut Belakang

Thursday, December 29, 2011

Musibah II

Pada 21/12/2011 lebih kurang 10 hari dari kemalangan yang pertama, suami saya kemalangan dengan motorsikal, patah peha dan tangan kiri. Sekarang di hospital dan saya bercuti juga menjaganya. Doakan suami saya cepat sembuh dan doakanlah kami supaya dalam ketenangan dan kesabaran yang berkekalan. Maaf sekiranya selama ini saya ada mengguris hati dan perasaan semua blogger.

Monday, December 19, 2011

Musibah

Salam semua.
Plan balik kampung tergendala sebab saya dan suami ditimpa kemalangan jalan raya pada hari yang dijadualkan balik, 10/12/2012. Baru 2minit keluar rumah lepas Zohor, belum makan tengahari lagi sebab plan nak beli makanan dalam perjalanan nanti tapi, takdir telah menentukan segalanya. Sungguh sedih, tapi syukur Alhamdulillah yang tidak terkira kepada Allah SWT kami berdua dipanjangkan umur lagi. Sesungguhnya badan bengkak-bengkak dan lebam-lebam, setiap malam tak dapat tidur, terngigau-ngigau, banyak lagi lah. Memang kami 'bercuti panjang' minggu lepas. Bajet hanya 2 hari je tapi seminggu bertemankan ubat-ubatan.


Saya perasan, ada dua tiga entri yang leading kepada kejadian, macam berkait-kait pula. Mula-mula saya cerita pasal kemalangan yang menimpa orang dalam kes di pejabat saya, lepas itu cerita saya dapat kemalangan kecil 5 tahun lalu seolah-olah ada 'sesuatu'. Itu perasaan saya sajalah.


Kemalangan berlaku di simpang, kereta dipandu oleh budak muda 20an datang meluru secara laju, makan jalan kitorang. Terus terhentam, kereta masing-masing berubah kedudukan, kereta kami terlompat ke dalam semak lagi 1 kaki tidak terjerumus dalam parit. Masa tu Allah saja yang tahu perasaannya. Terkejut, menangis, takut dan macam-macam lagi perasaan berbaur datang. Tingkap kereta kami tidak sempat naikkan, kaca cermin kereta tersebut pecah dan serpihannya bertaburan masuk dalam kereta kami, masuk dalam kuku kami. Kami terhentak ke hadapan di seatbelt dan terhentak semula ke belakang. Suami saya terhentak stereng dan banyak lagi kalau nak disebutkan tidak habis satu hari. Apa salah kami, segala langkah keselamatan dah kami ambil atau mungkin belum cukup untuk mengelakkan kemalangan itu, kelajuan paling perlahan sebab itu jalan kampung dan juga simpang tapi orang yang tidak bertanggungjawab boleh datang langgar kereta kami. Ya Tuhan.

Agak bernasib baik dan kami sungguh bernasib baik sebab dipanjangkan umur. Nasib baik kami tidak terperosok ke dalam parit. Atau juga terkeluar daripada kereta. Agak baik sebab kereta kami tinggi sedikit jadi kaki kami terselamat daripada terpatah atau remuk. Kasihankan budak tersebut? Tidak. Dia tidak kasihankan dirinya sendiri, bawa laju dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia luka sedikit di kepala tapi dia tidak minta maaf atas kelalaiannya. Dia tidak insaf atas kejadian 2 bulan lepas akibat kemalangan dengan kereta bos dia. Dia kemalangan lagi dengan kami. Kenapalah dia suka menjadi penyebab. Apa yang dia fikir agaknya. Tidakkah dia fikir kesusahan dan kepayahan dirinya sendiri biarpun dia tidak fikir tentang orang lain.

Bayangkan keadaan kami yang berjauhan, yang ada hanyalah kereta menghubungkan kami setiap minggu. Susah dan jauhnya keadaan kami sekarang. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami, sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada dugaan yang Engkau berikan kepada kami. Selamatkanlah kami dan keluarga kami daripada segala bencana dan malapetaka. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Mungkin kemalangan ini untuk sedarkan kami supaya muhasabah diri. Kami lalai dengan nikmat dan kesenangan yang Allah berikan selama ini. Mungkin kami yang tidak cukup lengkap persiapkan diri kami dengan langkah-langkah keselamatan. Kami tidak menyalahkan takdir yang menduga kami seperti ini tapi dengan rasa tanggungjawab setiap orang yang menghargai nyawa, tolonglah berhati-hati dimana sahaja kita berada. Tolong.

 Oh keretaku... sob sob

Additional = Budak tu hilang selepas kemalangan. Tak tahu mana pergi. Katanya pergi ke Hospital. Tapi kami pergi ke Hospital buat x-ray, tanya pada staf, budak baru kemalangan tidak datang ke hospital. Kereta dia total loss, kami claim insurans tapi dalam 4 bulan baru settle. Boleh pulak dia lepas kemalangan terus dia keluarkan rokok dan hisap dengan selamba tanpa ada rasa bersalah. Nasib baik kami ni bukan suka bertumbuk, kalau ikutkan rasa syaitan ada dalam diri kami, mahunya kami tumbuk muka dia. Langsung tidak bertanggungjawab. Buat report dan check up, keputusan kes dia bersalah dan kena kompaun. Budak tu baru dapat lesen, kenapa tidak gantungkan lesen dia? Lepas ini orang lain yang jadi mangsa.



Friday, December 9, 2011

Akibatnya

Aku pernah dapat kemalangan kecil kira-kira 5 tahun lepas. Semasa aku baru dapat kawan, seorang ibu muda beranak satu. Hidup dia memang tragis. Bukan nak aibkan dia tapi sebagai pengajaran untuk aku juga. Dia asalnya dari Indonesia, masuk ke Malaysia secara haram dek janji seorang kawan yang canangkan Malaysia adalah lubuk rejeki buat mereka. Rupanya disuruh melacur.

Lama juga dia buat kerja tu, lalu terjumpa seorang lelaki Cina yang merupakan pelanggan setia. Maka, berkahwinlah mereka secara sivil di Indonesia walaupun berlainan agama. Kawan aku menukar agama dan nama. Perkenalan aku dengan dia secara tidak sengaja sebab aku selalu cuit-cuit anak dia yang berumur 2 tahun, perempuan.

Sejak pertemuan itu, selalu mengajak aku ke rumah dia. Ajak makan-makan. Makan bakso yang sedap. Sedar dengan keraguan aku tentang kebersihan dan halal, langsung dia cakap dia asingkan segala peralatan waima dapur memasak juga. Ngilu juga dalam dada, tapi dia asyik paksa aku makan, katanya halal, ahhh dilema betul. Siap-siap dia belikan air mineral untuk aku dan letakkan atas peti sejuk supaya tidak tercampur dengan barang-barang suami.

Dia juga asyik cerita dia berdosa, dulu seorang hafazan, sekarang termimpi-mimpi dengan kehidupannya yang dulu. Si suami tak mahu menukar agama kerana kalau tukar agama sekalipun belum tentu dia ikut ajaran Islam. Kawan aku asyik cerita dia insaf, walaupun anaknya nama Cina tapi dia tetap menamakan nama "Siti" dan panggil nama tersebut dalam hati sahaja. Suaminya amat baik dan sporting terhadap aku, selalu ajak aku temankan isteri dia. Si suami juga tidak paksa kawan aku makan bak tapi kawan aku tak mahu. Dia kata agamanya secara lahir saja tukar, nama panggil saja tukar tapi batinnya tetap dulu juga.

Tentang kemalangan kecil, dek kerana selalu diajak ke rumahnya, aku selalu juga lepak kalau hari cuti. Hari kejadian, aku tengah meniarap (suami dia kerja) tengok cerita Slugs. Masa tu anak dia meragam, menangis dan macam-macam. Aku buat tak tahu jela. Seperti biasa, dia capai hanger, acu-acu dekat anak. Anak dia menjerit. "Pu yau" banyak kali.

Last-last banyak kali jugak hanger hinggap kat serata badan anak dia. Aduh. Aku yang takut dan tergamam nak buat macamana ni? Nak masuk campur ke tak? Tiba-tiba, "pap". Aku terasa pedih dan sengal-sengal di bahagian hidung. Apa ni. Aku segera toleh dekat hanger yang patah terpelanting ke belakang aku.

Hoi, hanger tu terpiap celah batang hidung. Eh, camana nak cerita lokasi sebenar. Errr, di antara mata dan hidung tu. Dekat-dekat dengan mata. Nasib baik tak kena dalam mata, kalau tak... Berdarah wei. Aku dah sebak ni, tahan-tahan nak menangis. Sakit oi. Sempat tu tak nak kecilkan hati dia, aku tengok cerita Slugs sampai habis. Dia duk mintak maaf, mintak sorry, macam-macam. Darah dah bercampur dengan air mata.

Diberinya aku ubat luka, nasib baik dia beriya cakap ubat tu cepatkan sembuh luka dan tak tinggalkan parut. Siap suruh aku bawak balik ubat tu. Memang betul, tapi sekarang ada lubang kecil kat tempat tu. Perghhh, masa tu aku cakap kat boifren (sekarang suami), aku tengah jemur kain dan hanger tu terpeleot lalu terpatah, terkena area tu lahhh. Hiks. Bengkak weh esoknya. Nak pergi kerja pun malu. Kalau aku cakap benda sebenar, dia takkan bagi aku berkawan dengan kakak tu.


Hiks. Nampak ke tempat kejadian? Tu, kat bulatan merah kecik tu.

Wednesday, December 7, 2011

Berhati-hati Walau Di Mana Kamu Berada

Ada satu kes aku tengah taip. Tetiba sebak pulak dengan kes ini.

Bayangkan, kemalangan melibatkan motorsikal - kereta - lori. Si ayah naik motorsikal. Si anak naik lori. Dalam lori ada dua orang iaitu pemandu lori (kawan anak) dan anak (kelindan). Si ayah yang naik motorsikal berada di depan lori kerana menunjukkan jalan @ arah ke sesuatu tempat. Tiba-tiba, ada sebuah kereta di bahu jalan yang berhenti langsung mengundurkan (reverse) kereta. Masa ini, si ayah tidak terperasan kereta undur lalu terlanggar bontot kereta yang undur dan si ayah bersama motorsikal terpelanting ke tengah jalan. Manakala lori yang dari belakang mungkin laju, brek tapi lori terus menggelongsor, melanggar dan menggilis si ayah. Si anak cakap, dia menjerit suruh pemandu brek dan berhenti masa tengok ayahnya terpelanting di tengah jalan tapi tidak sempat. Masha' Allah.

Si anak masa cerita, nangis-nangis dia. Aku yang menaip sebak-sebak dan tidak terbayang perasaan aku tengok orang tersayang "pergi" depan mata dalam keadaan tragik.

Jadi, kesimpulannya bersama-samalah kita menjaga keselamatan. Sayangilah nyawa kita, nyawa orang lain pun. Bertimbangrasa bila di jalan raya, jangan laju-laju. Perlahan sangat pun bahaya jugak. Kemalangan boleh terjadi di mana sahaja bukan hanya di jalan raya malah di tempat kerja, di pasaraya dan sebagainya.

Nak-nak masa cuti sekolah ni, semua hendak pergi bercuti bersama keluarga ke merata tempat. Jaga diri, jaga keselamatan, jaga semuanya.

Pesanan ikhlas dari Ell di tempat kerja yang menguruskan kes-kes kemalangan setiap hari. Sedih wehhh...

Tuesday, December 6, 2011

Hujung Minggu Yang Terisi VI

Mancing lagi. Dalam hujan lebat pun mancing jugak.
Minggu lepas dah ramai orang turun menggagau sebab air bendang kering dan surut.
Aku tak minat menggagau, takut tergagau benda lain.
Hiks.

 Semangat betul walaupun lens dah kena air. 
Mancing pakai helmet takut kepala masuk air. HAHA

 Tengah mancing, ada orang datang nak bergumbira ambil gambar sawah

 Puyu dan haruan. Puyu aku yang dapat, haruan suami yang terror. 
Aku dapat haruan pun sekor je.

 FIL cakap makan ikan haruan nanti kulit jadi putih. Nak, nak, nak putih. HAHA

 Tapi puyu yang besarrrr punya ni aku dapat. Keh keh keh.
Apabila digoreng jadi kecut pulak. Boleh buat kudap-kudap, makan dengan nasi panas.

 Rambutan tiba-tiba ada dijual di stesen Shell. 
Tak sampai 10 minit pakcik tu letak, licin.
Murah ye, RM2 seikat. Aku beli 2 ikat.
Ini kat bawah kaki aku dalam kereta.
Semua nak disumbat kat sini, termasuk plastik berisi sampah.

Saturday, December 3, 2011

Bebel Paling Panjang

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Berat mulut orang nak bertanya kias-kias beratlah juga nak menjawab segala soalan power. Selepas kahwin tiada lain yang ditanya, mesti perihal anak. Alhamdulillah, ambil berat semuanya. Langsung sekarang tidak kecil hati pun kalau ada orang tanya kenapa lambat sangat mengandung sedangkan dah masuk 3 bulan kahwin. Ahaks. Siapa tak nak anak oi.

Kadang-kadang susah nak bezakan antara ambil berat atau tidak. Sayang atau benci dan apa sajalah. Pernah soal anak disoalkan, ada orang tolong jawab pulak "siapa nak bela anak tu". Sedangkan tentulah aku sebagai ibunya dan suami sebagai ayahnya. Muda sangatkah kahwin pada umur 25 tahun, tak terdayakah kami hendak membesarkan anak pada umur kami sekarang ini. Masih hingusan sungguh dilayan cara itu. Dah pulak aku terkial-kial, nak jawab ke tidak soalan, nak defensif ke tidak, garu-garu kepala. Kami sama-sama berkecil hati.

Kami ini PJJ, perhubungan jarak jauh. Hujung minggu sajalah berjumpa. Sama ada aku ke Shah Alam naik KTM ke tempat suami ataupun suami datang ke KL ambil kat ofis dan kami menempuh pula perjalanan ke Tanjung Karang, destinasi kamilah konon. Adat musafir kadang-kadang merempat, suka hati kami nak singgah ke mana, sama ada tidur di kaki lima, dalam kereta atau sebagainya. Suara sumbang "tiap-tiap minggu balik ni" menembus telinga yang agak tahan caci sekarang ni. Nak juga aku biarkan tahi telinga tak payah korek jadi benteng supaya aku lebih cool. Aku cool. Nampak je aku emo, tapi tidak sama sekali.

Disebabkan PJJ, aku masih menyewa dengan kawan-kawan bujang dahulu di KL. Manakala suami berada di Tanjung Karang ulang-alik ke Shah Alam. Kami sama-sama terikat dengan kerja. Mintak pindah? Sedikit mustahil sebab kerja terikat. Yang mintak pindah 10 tahun dahulu belum dapat tukar lagi. Apatah lagi aku yang baru setahun jagung, alasan pindah ialah mengikut suami? Sangat cengeng bunyinya. Amboi-amboi tahulah baru kahwin. Sementelah suami pulak di unit majlis, lagilah payah nak gerak. Tiap-tiap hari balik lewat, hari cuti ialah hari kena kerja. Dapat pulak orang atasan yang liat nak lepaskan cuti memang tak ketahuan fikir. Mintak 2 hari, dibagi 1 hari. Mintak seminggu suruh pilih pulak 3 hari atau 2. Kadang-kadang bila aku dah plan cuti, cuti dah lulus dia pulak tak lepas arghhh rugi je cuti aku melangut sorang-sorang.

Membeli/menyewa/menetap di Shah Alam supaya kami sama-sama berada di tengah, agak fair and lovely tapi suami terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu menjaga orang tuanya. Terus-menerus akan ulang alik juga. Dan masa dia akan lebih banyak di rumah orang tuanya. Sementelah kami sudah punya rumah di Kuala Selangor, kalau sewa lagi di Shah Alam, celah bedah mana fulusnya. Hiks.

Jadi kaitannya dengan anak dan jarak jauh, sama-sama rumit. Aku tahu ramai lagi yang nasibnya lebih teruk daripada aku. Aku tahu. Aku respek dengan orang-orang yang sangat kental menempuhi dugaan dan cabaran. Masa dan hidup aku sekarang banyak ditempuh sendiri, banyak nak fikir pasal perjalanan hidup akan datang. Sebelum kahwin memang berjauhan dan selepas kahwin juga sama. 

Kadang-kadang aku tak faham kenapa senang sangat orang mengeluarkan kenyataan, mereka pun bukan muda atau bukannya anak-anak kecil yang tidak faham keadaan, lebih berpengalaman daripada aku semuanya. Atau lebih tepat aku tidak menepati standard mereka, asyik-asyik rupa paras, warna kulit, status, latar belakang famili aku yang miskin dan apa-apa sahajalah menjadi jurang.

Ditembak cacian tepat ke muka memang macam ditembak ubat pelali. Langsung aku tiba-tiba cool. Tidak tahu nak bagi reaksi, terpisat-pisat canggung nak marah ke nak senyum? Depan ramai orang pulak tu. Agaknya nak bergurau tapi orang sekeliling pun tergamam. Dah mereka pulak yang malu sedangkan yang menembak cool jugak beb, cool kena jaga standard. Aku? Ketawa sajalah. Hati dah berdarah. Agaknya nasib aku yang tidak menepati standard maka sudahnya aku dapatlah lebih-lebih orang. Saki-baki orang, secondhand punya barang. Sabar jelah oi.