Ikut Belakang

Wednesday, December 5, 2012

Selamat Ulang Tahun

Happy birthday to meeeee~
Selamat Hari Jadi
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke 17 + 10 = cute and cuddly
Allah Selamatkan Saya.
Ampunkan segala dosa-dosa saya yang bagai buih di lautan.
Ampunkan saya kerana sentiasa khilaf dan lupa.
Kurniakanlah kami kesihatan yang baik,
zuriat yang soleh dan solehah
serta keluarga yang bahagia,
 Selamatkan saya di dunia dan akhirat.
Sejahterakanlah ke atas semua yang mendoakan saya.

 Evolusi eLL drift,
Perubahan deras

Selamat Ulang Tahun Buat Ibu Tercinta 26/11/2012 yang ke 52.
Berkongsi bintang Sagittarius, beza 9 hari je.
Semoga dipanjangkan umur ibuku, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik,
berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal Alamin.
Barakallah~

Tuesday, December 4, 2012

Penat

Berhari-hari tak menulis di blog. Dari minggu lepas, kesihatan kurang mengizinkan. Jumaat mc, melepek je kat katil. Bangun hanya pergi toilet, mandi dan buang air dan gosok gigi. Dan bangun makan. Duduk makan pun terasa letih, lepas makan terus baring. Rasa nak makan sambil baring je. Makan pun sikit sebab tak lalu. Tetiba jam dah longgar, perut dah kempis sikit. Kesian suami kite yang penat masak, basuh baju, pergi beli barang, kemas rumah. Terima kasih ye suamiku.

Sedihnya bila tak lalu makan. Sup jelah yang lalu. Suami kite tanya nak makan apa, siap masakkan lagi. Bila dah masak kite makan sejemput je. Last sekali makan ikan bilis goreng je. Family kite datang ke MAHA last day ahad lalu tapi kite tak dapat jumpa sebab tak daya nak berjalan pun. Pucat lesi muka, jalan terhoyong-hayang pulak tu. Errr, rambut menggerbang. Doktor kata kalau nak lagi mc kena pergi klinik atau hospital. Tapi kite ni tak sampai hati nak mc lama-lama. Ahhh giler ke apa, padahal takut nak ke hospital, takut dapat mc lagi lamaaa... Tapi disebabkan progress okay dan takde pape berlaku, jadi tak pegi hospital.

Siap datang kerja Isnin tapi nyesal giler nape tak pegi hospital. Hiks. Sebab member cakap pucat lesi, bek duk di rumah. Pulak tu kat opis kite dua orang je ada, yang lain semua mc dan e.l. Bajet boleh tido la kat opis tapi member pulak datang borak-borak, dia bestlah boss dia pegi UK, France jadi dia boleh jimba-jimba. Kite penat. Makan ubat pun takut-takut, takut tertidur kat meja.

Hari ni pun rasa macam tak ok lagi. Tapi terpaksa bersabar sampai appointment Sabtu ni. Apa daaa doktor buat appointment hari Sabtu? Bagilah hari Jumaat, boleh terus tidurrr...

Courtesy of Google.

Macam ni lah lebih kurang tapi kite kat atas katil


Friday, November 23, 2012

Besar Punya


Terbaru Jeri.

Busy sikit nih, sorry ye. Nanti kita blog jogging bila ada masa nanti.

Thursday, November 22, 2012

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Kau tak nak, aku pun tak ingin. Kasar bunyinya. Tapi itulah kenyataan. Ada kawan-kawan yang menambah "aku 200x lagi tak ingin".

Alkisahnya pasal bosses-secretary (PA) sebenarnya. Ada bosses yang terlalu memilih PA. Ada bos yang nak PA grade atas (senior) sedangkan berapa kerat je PA senior, semua dah ada bos masing-masing. Yang ada cuma PA gred bawah macam aku ni je, itu pun kena tarik dari sesyen.

Sebelum aku kat tempat sekarang, 3 orang bersilih ganti dalam masa seminggu. Ada datang sehari pastu esok tak datang. Ganti orang lain pastu orang kedua MC, pastu orang ketiga datang setengah hari pastu nama aku yang naik. Dalam masa seminggu tu. Memang pecah rekod. Sebelum 3 orang ni, dah 3 orang juga yang jadi PA bos. Sorang lari, sorang dah pencen kebetulannya dan yang paling lama, pun baru pencen bulan 5 lepas. Tapi yang pencen tu bukan berhidmat dengan bos dari sampai dia pencen.

Memula aku kat sini, dia punya angin melintang memang dasyat. Caci-maki memang hari-hari. Maklumlah, bila orang baru dan gred bawahan macam aku, pulak tu dulu jaga bos (bukan pangkat dato), sebelah mata je dia pandang. Itupun kalau dia sudi pandang. Macam-macam tak kena. Arahan sepatah, sepatah. Muka kita tak dipandang pun. Kalau ada mistake, typo error contoh 'the' jadi 'teh' sebab tak tukar format, seminggu dia marah aku. Asyik duk ngungkit pasal tu je.

 Sesuai tempat ini untuk melapangkan fikiran.
gambar dari kacamata hitam sebab nak capture gambar awam. Sebab pakai kamera cap arnab

Beberapa hari lalu, melalui tukang penyampai yang boleh dipercayai 90%, tukang tu bercerita tentang cita-cita bos aku ni yang tak puas hati dengan sorang bos lain pangkat rendah daripada dia. Bos cakap, "K tu tak aci dapat PA senior sedangkan saya pangkat lagi tinggi, dapat PA yang bukan PA high court pun. Saya nak tukarlah dengan dia"

Tapi, dia tambah "tapi saya nak PA yang senior yang tak boleh buat kerja. Kalau dapat PA senior yang macam 2 orang sebelum ni takleh buat kerja, menderitalah saya".

Amboi banyak cekodok pulak ye. Bak mai cerita sini selepas PA dia yang pencen bulan 5 dulu, kenapa takde PA senior yang daripada Putrajaya yang memang sah-sah pool takde bos tak mintak nak kerja denganmu, bos?

Sebab kat sini macam win win situation. Bos boleh pilih PA dan PA boleh pilih bos. Best tak. Tapi hanya untuk orang yang ada kabel besar peha. Kalau setakat peha kurus tak banyak lapis lemak, tak layan. Lagi besar peha, lagi best. Ertinya, sebelum PA dihantar ke sesuatu tempat, dia boleh roger kawan-kawan yang dia kenal dan tanya "dato M camane ek? dato H garang ke? dato K okay tak? dato A baik tak?". Bila dah tahu bakal bos garang, mulalah PA sekian-sekian tak nak kat tempat tu. Strateginya ialah;
  • Menangis
  • Ugut nak bersara awal
  • Tunggu depan pintu EO/Pengarah/Pegawai setiap hari
  • MC/EL/Cuti dengan kerapnya
  • Buat surat keluarkan diri sendiri daripada tempat tu
  • Tak datang kerja
  • Terus lari
  • Pergi komplen kat Ketua atasan di Putrajaya
  • Dapatkan surat sokongan daripada bos lama
  • dan lain-lain yang dirasakan sesuai
Menangis tak nak pergi tu memang cliche. Memang senjata no.1. Menangis pergi jumpa pengarah/EO tanpa pergi dulu dan bekerja dulu kat tempat tu, tanpa rasa sendiri suasana kerja. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Formulanya, senang je. Kalau tak suka, tukar jelah dengan orang lain. Kita tengok siapa yang sudi. Kalau tidak PA gred bawahan ini juga yang jadi kulimu, bos.


Mancing lagi best la...

Tuesday, November 20, 2012

Cuti Yang Terisi

Selamat tahun baru hijrah. 1434. Kita di bulan Muharram. Tup tup hari ni dah 6 Muharram. Cepatnyaaa. Sekejap masa berlalu. Apa azam, apa cerita dan apa aktivitinya? Satu Malaysia bercuti pada 15hb lepas. Aku cuti jugak, tapi suami tak cuti. Jadi, daripada duduk di rumah sorang-sorang mendengar letupan-letupan mercun daripada jiran yang menyambut Deepavali, baiklah aku ke Shah Alam. Boleh jugak mengasah bakat sosial dan bakat bergosip. Aha. No, no, no. Dikelilingi kawan-kawan suami (officemates) buatkan daku nak menyorok dalam bilik menara masjid je.


Bukan tak biasa dengan dorang, sorang dua tu aku dah biasa jumpa. Jumpa sebelum kahwin, semasa majlis kahwin, masa kat hospital dan lain-lain masa yang kebetulan bertembung. Tapi gitu-gitu je sebab aku ni female (feremfuan femalu). Hiks

Jadi, daripada tak buat apa-apa, baik juga menolong suami packing goody bag untuk majlis Sambutan Maal Hijrah (Ambang Maal Hijrah) yang berlangsung pada hari Rabu (14hb).


Program berjalan pada 14 (hb). Tapi 12 dan 13 kami berdua menuju masjid untuk aktiviti packing barang. Mencabar sungguh. Nasib baik dorang semua ceria macam kanak-kanak ribena, jadi kepenatan tu tak terasa sangat (tak terasa time tu, terasa time malam nanti).*Berat tu...

Malangnya, pada hari 14hb majlis berlangsung, aku tak pergi. Sebab ramai sangat makhluk Allah dari seluruh negara datang untuk majlis tu. Suami cakap, tak payah pergi la, nanti hilang dalam kepekatan manusia kat masjid tu. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal daku setuju untuk tidak ikut serta. Sebab memang mengantuk pun. Apa lagi, tidurlah aku di rumahhh.


Beribu-ribu goody bag nak diedar masa hari kejadian. Jadi tugasannya, masukkan majalah, kalendar, car sticker, aturcara, doa dan lain-lain lagi dalam goody bag tu. Nampak macam senang tapi macam nak tercabut bahu daku. Tetiba je tulang belakang jadi sengal-sengal.
 
Eh mana boleh tidur ye tak. Banyak baju. Kemas rumah. Tapi tak berani nak sapu kat luar rumah, takut kena mercun. Hai, kiri kanan depan belakang jiran yang menyambut Deepavali. Memang dorang ni main mercun sampai setahun ke? Aku memang anti dengan orang main mercun tak kiralah dia bangsa apa pun. Kalau dia tu melayu, lagilah aku anti beribu kali ganda dekat dia. Aku tak main mercun time raya dan bila-bila time pun. Boleh tanya kat budak-budak kat kampung kalau main mercun depan rumah aku macamana nasib dorang semua. Marah ni. Bila dengar je mercun tu kan, rasa macam arghhh nak pecah jantung. Tapi redha jelah, bila penat nanti dorang berentilah. Nak buat macamana, dah nama pun hidup bermasyarakat, hidup berjiran. Kalau menceceh lebih-lebih nanti orang cakap "pergi duduk dalam gualah".

I'm fat and I'm know it. It's fat fact.

Wednesday, November 7, 2012

Meat The Bunny

Ala, kite dah bagitau la, arnab kite ni memang untuk dimakan. Jadi kawan-kawan janganlah cakap dia comel. Baka yang kita bela baka pedaging. Bila dah pedaging, sesuai la untuk dimakan. Yang baka pet yang kite tunjuk gambar tu, arnab orang lain ye. Baka pet takleh makan tau. Baka pedaging macam arnab kite tu cepat besar. Badan dia sungguh gemuk. Bila dah gemuk, cukup umur matang, boleh sembelih. Kite tak sembelih Jeri sebab dia ibu induk yang akan dijadikan baka. Nanti anak-anak dia yang matang dan gemuk nanti, kite sembelih. Dan, arnab ni semua untuk makan sendiri je, bukan untuk dijual beli.

Once again,

Jeri Gemokkk. Banyak Daging.

Tuesday, November 6, 2012

Why Always Bunny?

  Awas Kepada Sesiapa Yang Penggeli, Anda Mungkin Akan Termuntah;

Salam hari selasa. Minggu lepas kami berdua dah jadi nenek dan atok angkat kepada tiga dua ekor babies bunny. Sepatutnya lahir tiga ekor, tapi yang bongsu tu dah mati sebab tak cukup oksigen atau umur tak panjang la kan? Atau takde rezeki.

Kami tak sangka Abu boleh beranak sebab dia macam takde tanda nak beranak pun. Padahal dah lebih due date dia dah. Hubby pun dah kahwinkan Abu ngan Puteh sekali lagi sebab yang first round memang takde tanda Abu nak beranak.

Minggu lepas hari Sabtu, FIL text yang arnab dah beranak 3 ekor. Teruja betul kami berdua. Balik rumah FMIL, terus dapatkan. Ada tiga ekor menggagau kiri dan kanan. Satu daripadanya tengah survive. Paling kecik baru dilahirkan lap daripada dua ekor yang lain. Jantinanya kami tak tahu sebab kecik lagi. Haha. Yang dua ekor lagi tu dah terkeluar telinganya, dah aktif. Maksudnya dilahirkan awal maybe 1/11 kot. Sebab semua orang takde kat rumah time tu.

 Awas Kepada Sesiapa Yang Penggeli, Anda Mungkin Akan Termuntah;
 
 So, yang kecik tu dah mati

 Fakta : Arnab dilahirkan buta
kecomelan yang membutakan matanya.

 Hi. I'm Abu. I'm a mummy.

 Hi. My name is Jeri. Dua bulan akan datang I am a woman, boleh kahwin. Yahoo.
Aku pernah meriba arnab. Tapi gaya riba memang kekok benor, stay je tak gerak-gerak. Plus, takleh riba lama-lama nanti dia kencing dan poo-poo atas badan kiterrr. Lagipun, dorang akan cepat terkejut. Kalau dorang sentap, perut korang la kena cakar dulu. Haha. Sebab baka pedaging agak liar. Tahap keliaran dorang bergantung pada cara. Contoh, kalau dikurung, mereka kurang ganas. Kalau yang dibiar lepas, nasib la, mesti tak balik rumah pastu.

 Hi. My name is Dutch. Dutch Lady. Bulan depan I am a woman, boleh kahwin. Yippie.
Dutch ni behave sangat. I said, Dutch, duk diam-diam sebab nak amik gambar U. So, dia diam dan tidak berlari, setakat pose teleng kiri dan kanan saja. Bila kita usap dia, dia akan stay. Macam kucing jugak, kalau garu bawah leher dia akan terpejam-pejam mata. Haha.
Aku rasa nak cium dorang tapi setakat ni boleh menahan lagi.
 
 My name is Puteh. Hidung I gatal-gatal, jadi I pergi dapatkan suntikan untuk menghilangkan gatal-gatal.
I pergi dengan Abu tapi gambar Abu kena suntik takde, cuma ada video sahaja.

Puteh yang paling friendly. Dia akan respond kalau korang datang ke sangkar. Dia akan get attention dari korang sekerap mungkin. Bila aku dekat dengan dia, mulalah dia ke hulu ke hilir, lompat-lompat dan bediri.
Kalo korang berada jauh, dia akan tarik dawai sangkar sampai berbunyi, berkali-kali.

Nasib baik Puteh dan Abu ni behave masa nak disuntik. Langsung tak bergerak, diam je. Bagus anak mak. Hihi. Dorang disuntik sebab badan dah gatal-gatal dan asik menggaru je. 

 Haaa, masa pergi umah pakcik arnab, dalam satu kandang aku terpandang bunnies ni semua. Comel-comel. Macam-macam kaler ada. Ini baka pets. Hanya untuk dijadikan haiwan peliharaan dan bukan untuk dimakan. Warna/jenis/bulu baka arnab ini adalah pelbagai dan bercampur. Berbeza dengan baka daging yang warnanya hanya plain black, brown, white, grey (macam arnab kami).

 Awas Kepada Pencinta Arnab, Anda Mungkin Akan Termenangis dan Menggelupur;

 Bulu arnab pet adalah panjang-panjang dan fluffy. Bulu arnab yang pedaging biasa sahaja.
Tapi comel jugak sebab natang ni memang comelll. Haha.

 Kelemahan membela arnab baka pet adalah dorang senang nak kena jangkitan. Maksudnya senang cirit birit. Bila terkena je cirit, sila pastikan kamu inject dia dengan ubat. Tapi, baka pedaging juga ada yang spesis yang kurang daya tahan (cirit) jugak. Depends on baka. Sebab banyak baka sekarang dah mix.

 Khas untuk Dr Daddy ZZ yang teringin nak bela arnab, cepat la beli untuk Zayyan dan Ziyyad. Nanti Ziyyad boleh picit-picit. Arnab sesuai dibela time dorang kecik jadi, makin kecik makin jinak. Bila dorang dah kenal tuan, bunyi selipar tuan dia dari jauh pun dia dah melompat-lompat macam kanak-kanak ribena.

Alahai comelnya. Tapi anak-anak Abu dua-dua bulu hitam. Aku bajet macam Dutch la sebab dah kacuk Puteh dan Abu. Tapi takpelah, haha.

Fakta Arnab
  • Arnab kuat makan, kuat kencing dan kuat poo-poo.
  • Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
  • Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
  • Arnab mempunyai kandungan protein paling tinggi
  • Kandungan lemak yang paling rendah hanya lebih kurang 60%
  • Panggilan arnab jantan ialah Buck
  • Panggilan arnab betina ialah Doe
  • Panggilan anak arnab ialah Kittens
  • Tempoh matang arnab betina 4-5 bulan
  • Tempoh matang arnab jantan 5-6 bulan
  • Arnab bunting selama 30-35 hari
  • Arnab boleh mengawan semula dalam masa 48 jam selepas melahirkan
  • Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan, tetapi boleh menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama
  • Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan
  • Arnab tidak berpeluh kecuali di tapak kaki sahaja
  • Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga
  • Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku  - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan
  • Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk
  • Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA
  • Terdapat 5 warna mata yang diluluskan oleh ARBA – Pink (Bukan ruby atau red), Marble, Blue, Blue-Grey and Brown.
  • Arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh
  • Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang
  • Umur arnab yang tertua direkodkan adalah 19 tahun pada masa ia mati
  • Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds
  • Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor
  • Terdapat 150 jenis warna arnab
  • Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya dan dilahirkan buta dan tidak berbulu
  • Anak arnab buka mata pada hari ke 10
  • Arnab akan menghasilkan bunyi "purr" bila gembira
  • Arnab suka mengunyah dan sediakan benda keras dalam sangkar
  • Arnab boleh dilatih menggunakan tandas
  • Arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.
  • Tempoh henti menyusu 4-7 minggu
  • Anak arnab menyusu 5 minit sehari
  • Di dunia ni, arnab mempunyai 45 baka sahaja dan 72 spesis yang dikenalpasti
  • Arnab tak suka didukung
  • Setiap ekor arnab mempunyai personaliti yang berbeza
  • Selain bunyi siulan, arnab juga boleh menghasilkan pelbagai bunyi 
  • Arnab mempunyai 3 deria bau: dubur, dagu dan hidung 
  • Arnab boleh melihat ke belakang tanpa memusingkan kepala
  • Arnab bukan jenis haiwan yg boleh dimandikan. Arnab akan mudah mati jika terkena air.
  • Arnab mempunyai 28 batang gigi yang sentiasa tumbuh
  • Arnab boleh menghasilkan 20-40 ekor anak setahun 
  • Arnab yang gembira adalah arnab yg melompat, berpusing-pusing dan berlari
  • Arnab yang stress akan menghasilkan najis yang lembik, arnab yg gembira akan menghasilkan najis yang berketul bulat. 
  • Kelajuan kunyahan arnab ialah 120 kali kunyah dalam masa seminit
  • Arnab mampu mengunyah 17,000 tunas pokok dalam seminit
  • Elakkan bagi sayur-sayuran yang sebarangan kepada arnab
  • Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope – kesemua mereka lahir pada Tahun Arnab
  • 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999 dan 2011 and so on...
 Cara pegang arnab
 Cara betul

 Cara salah
*terbalik hati dia-"orang tua selalu cakap macamtu"

Sos : Arnab Impian

Thursday, November 1, 2012

Semanis Kurma

Assalamualaikum.

Semasa kami ditimpa musibah, suami kemalangan pada Disember 2011, aku cuba untuk kuat. Kuatkan diri, kuatkan semangat. Menangis di depan kawan hanya sekali iaitu selepas dapat panggilan dari suami semasa kejadian. Selepas itu aku langsung tidak menangis lagi depan mereka. Depan ibu bapa pun. Dan depan sesiapa sahaja, kecuali depan suami (kerana tidak sengaja).

Pada fikirku, tangis dan air mata aku hanya untuk aku sendiri. Keruntunan hati yang tiada perkataan diterjemah. Selama 20 hari di hospital, perhubungan aku dengan bos (bekas bos) amat dingin. Permohonan untuk bercuti 3 bulan dengan 1/2 gaji ditarik-tali. Nyaris aku di 'show cause' ketika itu. Aku dimarah, ditengking dan dijerit melalui telefon depan suami yang terlantar sakit. Hai, itulah terkeluarnya air mata tanpa sengaja tu.

Bayangkan apa rasa perasaan ketika kita dapat tahu berita sedih? Tahu untuk berfikir jauh dan ke depan dengan rancangan-rancangan kritis? Aku, diri aku ketika itu tidak terkutis. Kosong bak kata Najwa Latif. Blank bak kata Uncle Sam. Black bak nama Protoge Mas Idayu.

Malang juga ketika itu cuti aku tidak berbaki. Telur ayam. Sebab aku dah isi dengan cuti kerana kemalangan kereta yang disodok orang dari depan. Seminggu cuti rehat menghilangkan lebam di kiri dan kanan pinggang, di bahu dan lain-lain tempat. Juga hilang kereta masuk workshop 3 bulan baru siap.

Rentetan itu, hubungan aku dengan bekas bos tergoyah sedikit. Bukanlah sebelum itu bertepuk tampar laga-laga perut tapi cukuplah untuk kami menjaga kebajikan sesama sendiri. Justeru, dengan kemalangan kedua (suami), hubungan dengan bekas bos hancur lebur. Patah. Patah seperti patahnya tulang peha, lengan, jari kaki si suami.

Aku dipaksa hadir ke pejabat untuk melunaskan surat yang dikatakan kontroversi. Dipaksa untuk berada di pejabat selama mana surat permohonan belum diluluskan. Dipaksa untuk meninggalkan suami yang tidak berdaya di katil hospital dengan tiada upaya untuk menegakkan badan walau sedikit. Walaupun ada nurse yang boleh menolong tapi hanya sedikit ihsan yang ada dalam diri mereka walau mereka dilatih memang untuk 'nurse' pesakit sekalian.

Dan aku disambut oleh wajah bekas bos yang mendatar. Masam. Berkerut. Selain intonasi yang tidak sedap didengar. Aku menyelesaikan surat permohonan. Dihujung pertemuan aku dititip, "orang lelaki memang manja, jangan layan sangat". Dah sakit, siapa yang tak manja? Aku kalau demam masa bujang dulu pun nak mak mandikan, mak suapkan. #dang.

Pada hemat aku, budi bicara yang dicanang-canang tidak lagi relevan untuk isu ini. Untuk apa aku mohon cuti? Untuk menjaga suami yang sakit. Untuk menjaga suami yang sakit memerlukan semangat yang kuat. Tapi aku tidaklah sekuat mana. Untuk menjaga suami yang sakit, aku tidak boleh datang bekerja. Prestasi kerja aku zero. Kalau aku pergi kerja, suami di hospital, setiap pagi aku lambat, setiap petang aku balik awal. Esok datang, lusa tak datang. Datang kerja tidur kat meja, datang kerja bergayut dengan suami, datang kerja tak buat kerja, datang kerja tapi kerja tak siap. Aku marah dengan ketua jabatan, aku marah dengan pengurusan. #stupido.


Tiga bulan masa berlalu, cuti dah habis dengan jayanya. Surat kelulusan cuti separuh gaji yang aku mohon, baru aku dapat 3 hari selepas masuk bekerja. Bayangkan.

Dua bulan selepas aku masuk kerja, hubungan aku dengan bos aku pilih jalan selamat. Hangat-hangat tahi ayam je. Aku yang menjauh. Sebab sedar gap, sedar pangkat, sedar taraf, sedar kufu. Sedar diri. Sebenarnya masih sentap. Parut tak hilang. Pakai bio oil pun tak hilang. #akutaknakhilangkan.

Dua bulan selepas aku masuk kerja, aku dipinjamkan ke department lain. High court (mahkamah tinggi). Sehingga hari ini aku masih dipinjamkan di sini. Jadi, aku bertukar bos.

Dua bulan lepas, aku dapat berita bekas bos kemalangan bersama anak kecilnya dan juga kereta barunya. Alhamdulillah, semuanya selamat. Hanya kereta yang parah. Tapi emosi bekas bos bercelaru. Dimarahi oleh suaminya, kerana kereta mewah baru rosak teruk. Bekas bos hilang pengangkutan. Tumpang orang datang ke pejabat, suami dia tak mahu hantar. Usai dari pertemuan aku dengan bekas bos, dia menitipkan, "sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang sayang saya". Aku jawab yakin, "takpe puan, saya sayangkan puan".

Semasa aidiladha lepas, bekas bos dan suami kemalangan lagi. Nauzubillah. Kereta parah.

Allah berfirman,

'ALLAH tidak memberi kesusahan kepada seorang hamba melainkan yang terdaya olehnya ( Al-Baqarah : 286)'

'Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya ALLAH itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diberi dugaan. Oleh sebab itu, barang siapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan ALLAH dan barangsiapa yang tidak padanya kemurkaan ALLAH. (Hadis riwayat Al-Tarmidzi)'

Tulis nama atas batu, eh pasir. 
Eh, tengah cari remis ni.

Monday, October 29, 2012

Berkorban

Salam aidil adha semua. Backdated pulak dah. Takpekan, raya kan sebulan. Raya aidil adha kali ini merupakan raya haji kedua kami berdua. Tahun lepas pergi bercuti pada hari raya, sungguh kelas betul sebab tak ramai orang, kalau tidak memang tak dapek nak nolong. Tahun ini memang suami kerja di hari raya. Indahnya dapat sama-sama ikut suami ke tempat kerja, solat sunat hari raya di Masjid Negeri Shah Alam. Pas solat dan khutbah dapat pula makan-makan. Lepas tu terus balik rumah terbongkang kepenatan. Esoknya baru beraya di rumah FMIL dan rumah atok.

Tapi dapat makan daging sikitttttt sangattttt. Tak puas. Wowowwowo. Kalau kat kampung sendiri, kemain hebat dan lebat daging korban yang kami dapat. Buat sup, goreng, makan dengan nasi dan sebagainya. Sebab kat pantai timur memang best sambutannya. Kalau pergi beraya kat rumah orang, memang akan dihidangkan dengan nasi + daging. Atau bihun/mee sup daging. Sedapnya. Air liur meleleh ni. Kat pasar daging sold out. Kesiannya. Itu namanya pengorbanan. Aci tak?

 Belum dibolehkan untuk disembelih. Kalau tidak, memang kenduri arnab la kan. Tapi si Jeri ni yang terlepas dari kandangnya hari tu. Dorang ni semua takde keja lain selain daripada ingin melepaskan diri dari kandang. Memang 24 jam asyik duk tarik-tarik dawai tu je. Lagaknya macam nak attention daripada tuannya je. Takkanlah tuannya nak 24 jam kat depan dia kot.

 Si Putih
Amboi. Ini gedik santai musim panas. Kadang-kadang kalau dia menguap, macam badak sumbu mulutnya luas kemain lagi. 

Putih Kecik
Tengah nenen pun stil boleh posing tengok kamera tau. Jangan jeles. Haha.
Yang si Putih dengan Putih Kecik tu bunny yang berbeza tau.

Salam aidil adha,
^_^

Friday, October 19, 2012

Kenduri Mangga

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang penuh suci penghulu segala hari. Setiap hari macam winter season kat Kuala Lumpur. Sejuk. Dingin. Nyaman. Daripada minggu lepas. Minggu ni juga hujan. Petang, malam. Kalau ikutkan pengalaman, sama seperti tahun sebelumnya, nak menjelang Raya Haji, hujan pun semakin kerap.

Kesan daripada hujan lebat minggu lepas, pohon mangga depan rumah MIL yang merendang tu, berenang dalam air hujan bertakung kat sekitar bawah pokok. Husben yang petik, dapat satu baldi besar penuh. Tapi dek tak larat nak bawa ke rumah sewa di KL, husben sahaja yang bawak mangga tu ke opis beliau. Aku hanya ambik empat biji, dah potong-potong buat jeruk. Wahaha.

Cer kira, berapa biji nih.
Minggu ni petik lagi. Hebat sungguh dia berbuah.
Insya Allah, minggu ni turn aku pulak yang bawak mangga ni ke opis.

Thursday, October 18, 2012

Kolam Ikan

Apa khabar? Saya sihat. Blog je tidak sihat. Heuheuheu. Justeru untuk cover semula, kita tengok gambar ye. Minggu lepas kan kami berdua kosongkan kolam ikan tilapia dan kolam ikan keli. Dekat 30+ la ikan tilapia hitam dan merah, buat lauk. Keli dekat 20+ kot. Lepas ini husben cakap dia nak ternak keli organik pulak. Bagi makan sayur je. Sebab kan hari tu kami dah ternak kangkung sekali. Biarla keli makan kangkung kan.

 Pasni husben cakap tak payah bela tilapia sebab dorang tu tak besar-besar. Ini dah bela 2 tahun masih cenggini bantut. Tempat tak sesuai katanya, mesti kolam simen atau tanah. Kami bela dalam politank je.

 Goreng pun sodap ni ha

 COMEL GILER KANNNNNNNNN. ADOI COMELNYA

Alhamdulillah ikan-ikan yang kami bela semuanya untuk makanan kami, takde pun nak jual atau bisnes. Impian tu ada, insya allah. Kalau ada kudrat dan masa juga izinNya nanti boleh bukak bisnes besar-besaran kan. Kalau ada kawan-kawan yang nak merasa ikan ni, kami bagi je sebab banyak jugak ni.

Wednesday, October 3, 2012

Big Bunny

Sejak kebelakangan dan kedepangan ni, jarang nak bukak blog. Blogger server macam tak ikhlas je nak bagi guna. Asyik error je. Nak sign in punyalah lama, bila dah nak buat entri, fail nak publish pulak. Atau aku sorang je yang perasan benda ni, agaknya internet tak ok kot, boleh jadi kan.

Minggu lepas aku buat surprise balik kampung dengan jayanya. Last minute punya kerja. Suami dah suruh apply cuti hari Jumaat sebab dia nak tukar tarikh appointment physio, tapi nak menunggu bos luluskan cuti lambat benor. Jadi, last minute dapat cuti terus decide nak balik kampung. Sebenarnya sorang sepupu nak buat kenduri. Memula ingatkan kenduri arwah, tapi sebenarnya sepupu beli kereta baru. Haha. Kebetulan. Hari Jumaat balik, Sabtu dah datang KL semula. Kalo gerak hari Ahad, jem tak tau sampai pukul berapa.

Bunnies kami dah besar-besar dan gemok. Yang betina kelabu dah dikahwinkan dah. Minggu depan insya allah dia beranak pinak. Kalaulah boleh dipeluk cium, lama dah ditimang-timang kan. Baka pedaging macam ni tak jinak macam baka pet, dorang kasar sikit. Kalau angkat pun kaki tu nak mencakar je kerjanya. Kami berdua ni dah calar balar dah kulit memasing dek kena cakaran arnab tu. Sabor jelah.

Baru habis demam sebenarnya ni. Cuma ada batuk je sikit-sikit ditambah dengan suara rock. Minggu ni kena pergi kursus teambuilding di Port Dickson pulak. Ikutkan hati tak nak pergi sebab hujung minggu je boleh jumpa suami tapi memandangkan leceh nak ganti-ganti orang, takut siri lain nanti tak ada nama pulak, maka pergi jugaklah. Lagi leceh kalau kena buat alasan bertulis. Redha jelah, kang tarik balik bonus tu, tak ke putih mata. Opps. Haha.

 Inilah ibu yang nak beranak tu. Pandai tengok kamera ye.

 Bapaknya

 Ini yang lagi 3 ekor, masih belum cukup umur lagi. Hari tu kan ada bunny hitam putih 2 ekor yang dibeli selepas ganti bunny hitam yang mati. Suami tukar hitam putih 2 ekor tu sebab asyik cirit birit je dan gantikan dengan tiga ekor ni. Dua betina dan sekor jantan. Yang jantan mestilah putih sebab nak sama dengan bapak (gambar atas).

Semoga ibu bunny akan beranak banyak dan cepat besar semua anaknya~
Tak sabar nak tunggu minggu depan. Minggu ni tak balik, terus balik minggu depan boleh timang baby bunnies pulak. Yahooo

 

Wednesday, September 26, 2012

Setahun Dua Hari

Dan hingga ke akhir hayat, Insya Allah. Amin.

^_^

Monday, August 13, 2012

Misi

Misi berjaya setakat ni, 50% jerrrr. Misi paling ditakuti - baju raya sendiri, tadi call tailor tanya dah siap ke belum dia kata malam ni dia check. Huhu.

Misi membeli kuih raya, selesai. Tak ganas langsung kuih raya beli je. Itu pun membajet habis time beli, kedekut giler rasanya. Harap-harap rakyat jelata tak makan kuih raya banyak tahun ni, biarlah dorang makan nasi impit ke, soto ke, laksa ke.

Misi baju raya famili dah selesai. Terfikir-fikir pulak nak basuh ke tak, ke nak tunggu kat kampung nanti baru basuh. Baik giler tolong basuhkan sekali. Haha.

Misi seterusnya tukar duit raya, baru nak tukar? Aish biasalah hamba ni kan last minute semuanya. Tetiba duit RM1 dah habis. Kwang-kwang-kwang. Nak kena tukar plan B, mintak suami tukar kat sinun

Misi membeli bahan mentah di Kuala Lipis nanti, nak kena buat checklist. Huih, memang mencabar.

Misi cuti pada 15hb berjaya. Yahooo.

Bos : Awak balik mana tahun ni?
Aku : Lipis, dato'.
Bos : Ala, Lipis tu kejap je tak sampai 4 jam. I yelah, balik Kedah tapi Sabtu baru I gerak.
Aku : Eh, jauh dato', lagipun orang nak balik ke Kelantan semua lalu jalan saya, mesti jem tu.
(perghhh, takleh nak wat pape dah, borang cuti dah lulus. Kalo cancel nanti buruk siku. Sape suruh dato' tak balik awal? Wakakakakak)

 Esok last! Byeeeeee.
Sebenarnya aku dah pindah ke sayap kiri sinun.
(rasanya tak salah post gambar ni sebab kalo nengok dalam FB, lagilah open dan complete serta details maklumat badan kehakiman. Mari kita depangkan tangan dan mengamalkan sistem buka pintu, aloha)

Selamat memandu dengan cermat dan patuhi had laju baru balik raya yang dikeluarkan sempena aidilfitri ini.
Apakah ayat yang berbelit tu? Faham-faham sajalah~
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Ell Emo dan keluarga.

Monday, August 6, 2012

Onde-Onde Angle Hair

Aktiviti hujung minggu lepas? Hehe, buat kuih. Amboi, kemain ye. Sejak bila rajin buat kuih? Sejak bulan pose ni, nak up sikit kan, nanti dapat nama, kerlass gitu. Nanti orang cakap rajinnya menantu dia, buat kuih bagai. Tapi, tak sedap pun. Eh, itu belakang kira. Yang penting presentation da pistot yariba!

Takdelah, saje je buat. Test market, dalam proses belajar. Yang senang-senang dulu, kuih susah-susah buat kemudian. Lagipun macam senang je kuihnya. Tapi sempat gak tepon mak confirmkan tepungnya. Kang aku bantai tepung beras maunya kejung kuih aku.

Sebenarnya kuih ni nak bawak ke rumah pakcik kat Klang, ada majlis buka pose ramai-ramai dengan sanak saudara. So, takkan nak pergi bogel-bogel (eh,) errr maksudnya pergi gonjeng je tak bawak pape. Hihi. Sampai-sampai je budak-budak kenit cakap. eh cantiknya kaler biru. Haaa, kak ell yang buat, rajin menantu Makteh. Ehem. Dapat saham seposen, tak mandi dua hari.


Memula siapkan tepungnya. Wanginya sebab aku blender daun pandan dan tapis amik airnya, pastu campor dengan pewarna epal hijau. Muhahaha.

 Gentel bulat-bulat camni. Nak lonjong pun boleh.

Eh? Kau ada warna biru. Haha. Suami la mintak kaler biru. Hai, dah nak PRU ni kan, macam-macam kaler. Eh? Haha. Yang ni jangan campor dengan nila pulak, hanya pewarna semata-mata ye.

 Ala stress betul, kelapa pun tunjuk jugak. Gaul ngan garam skit je dik...

 Ni sorang lagi, siapa nak lak tetiba upload gambar gula melaka ni?

  Buah melaka @ onde-onde
Cantik tak? Lenkali kena letak banyak sikit gula melakanya, baru manis macam gula rasa dia...yahooo.

 Buah melaka @ onde-onde
Ni kaler hijau, standard la kan. Kalo warna merah, berani tak? Muhahaha.
 
 Eh, ter-upload pulak lauk berbuka hari Ahad. Alang-alang dah ada gambarnya, mari kita letak caption : angle hair carbonara cendawan with cheese. Haaa... tu dia. Beli shitake tu hiris nipis-nipis. Jangan taktau carbonara biasanya warna putih kan? Beli je prego dalam tin, yang chef Riz duk promote dalam TV tu (sebab dalam balang kaca tu takde cop halal), aku tambah setin prego "cendawan", tu sebab jadi merah.

Nampak tak kasi tunjuk dekat-dekat shitake hiris bersama daging kisar cap Ramly.
Keji ke kejam gambar makanan tetiba x-large.

Thursday, August 2, 2012

Nasi Kebiru

Nak menunjuk sikit rupa bentuk nasi kekamisrabu. Punyalah nekad nak buat sebab malu sey orang cakap aku tak reti buat nasi kerabu. Asal balik kampung, suami punyalah hari-hari ke kedai kopi beli nasi kerabu. Daging bakar 2 ketul dia sorang.

Tapi, disebabkan masa membontoti kami, maka dalam masa 3 jam bergegas-gegas masak nasi kerabu. Suami tolong racik ulam. Paling fail, nasinya yang amatlah biru sebab terbubuh pewarna dengan banyaknya. Haha. Daging pun tak beli. Sempat beli ayam, tu pun buat ayam goreng je. Tak sempat nak bakar. Paling hardcore nak sediakan sambal tumis (yang ala-ala kuah percik) dan sambal ikan (ikan + kelapa).

Rasanya? Haruslah sedap. Walaupun di tekak kita rasa so-so, tapi kalau suami kata sedap, sedaplah tu. Haruslah kembang semangkuk. Haruslah benar katanya. Haha. Tapi biasalah, bulan puasa takleh nak rasa-rasa. Memang tak complete masinnya.

 Siap-siap letak kat taparware, nak bawak makan buka pose kat rumah atok.




Rupa bentuk asalnya bukan kaler nih. Lagi merah... tapi disebabkan taknak sakit perut maka cili keringnya ala-ala je.. nasiblah~





Hihi, tercerah pulak flash. Pastu dah down la nak amek gambar lagi, sebab semua dah busyyyyy capai itu-ini, takkan tangan kita je asyik capai kamera? hoho. Lauk ayam goreng, rasanya takyah la bubuh gambar ayam goreng. Sama je. Haha (padahal tak amik pun gambar ayam goreng).

Okeh. Nak kena asah lagi bakat memasak...