Ikut Belakang

Wednesday, January 11, 2012

Thank You

Alhamdulillah, thank you.
Thank You Allah.
Thank You Family
Thank You Friends
Thank You All


Suami dah discharge dari hospital. Operation masukkan plating dah selesai. Hari-hari ulang-alik pergi dressing pulak. Satu benda je, kenapa nurse dan doctor kasar-kasar eh? Suami dah boleh naik wilcha (wheel chair). Kesian dia, pucat lesi tak cukup darah. Perut yang boroi dah kempes.

Isu di pejabat tak settle lagi, kenapa bos taknak faham keadaan aku sekarang? Nak cuti pun tak dapat, bukannya sengaja, bukan diminta benda-benda ni berlaku, kemana pula "budi bicara"? Aku tengah resah, gelisah, down, tidak tenteram, dia lagi nak tambah tekanan. Mana hati perutnya?
Dia nak bagi tindakan tatatertib? Bagilah, berhentikan kerja terus pun tak apa. Sekarang ini, semuanya tak penting, yang penting suami terjaga, rezeki dimana-mana sahaja, dia tak tahu dan tak boleh fikir kalau tinggalkan suami seorangan, berak kencing sapa nak cebok, makan minum sapa nak suap? Memang ada ibu bapa, mereka sudah tua, nak angkat dari katil ke wilcha, manalah dorang larat. Cukuplah membebankan mereka dengan  berita dan keadaan anak menantu yang ditimpa musibah ini. Mereka ibu dan bapa yang melahirkan dan membesarkan, mereka tengok suami yang terlantar pun dah cukup memeritkan. Sekarang ni nak cepat sembuh je.

Tenang jugak dapat luahkan perasaan kat blog. Luahkan pada manusia, siapa yang mahu dengar? Katanya minta simpati pulak. Hermmm.

Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini.

8 comments:

  1. Awak, hrp banyak bersabar. Klu sy kat tmpt awak pun, klu cite perihal majikan dan rakan sekerja...pasti terbakar jugak hati!

    Ya Allah! Tabahkan hati kawan saya yang seorang ini! Ya Allah! Permudahkanlah segala urusannya! Ya Allah! Lindungilah kami semua dari kejahatan dan keburukan!

    ReplyDelete
  2. Semoga Ell tetap tabah. Benar, rezeki Allah ada di mana2, asalkan kita tak jemu berusaha.

    Semoga suami Ell juga segera pulih dari kesakitannya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. lama ell menghilang lps suami ditimpa kemalangan haritu..tertanya jugak akak dh sembuhkah beliau..rupanya masih kt spital..


    sabar ya ell..ada sesetengah majikan mmg mcm ni..x jaga kebajikan pekerja..


    moga suami ell cpt sembuh :)

    ReplyDelete
  4. semoga melalui hari-hari yg mendatang dgn tabah

    ReplyDelete
  5. gua tahu lu penyabar yg kebal dan perkasa....

    ReplyDelete
  6. boleh erat hunbungan suami isteri..banyak bersabar

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dah lega sikit kan... urmm.. biasa la tu bila kita keje bawah orang.. hurmm

    jom renung2kan sebentar..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?