Ikut Belakang

Monday, March 26, 2012

Oh So Random

Assalamualaikum.
Eh tak tahulah nape pulak tajuknya Oh So Random. Macam Demi Lovato lebih-lebih. Jangan tak tahu, sepanjang cuti lama aku asyiklah melayan cerita-cerita "catchy" di Disney Channel dan Nick. Menemankan suami yang amat jelas sukakan cerita yang santai. Buat apa nak tonton cerita keras (cerita berat, nangis² etc). Kadang-kadang mengalahkan budak-budak. Suami berebut remote dengan mama. Sorang nak tengok kartun, sorang lagi nak tengok Indon.

Siapa menang? Mestilah orang yang sakit menang. Haha, bukan aku jahat tapi cuba fikir logik, nak ke yang sakit bertambah sakit dengan tengok drama air mata saja? Orang sakit mesti happy, mesti tengok cerita yang gelak-gelak. Heh, bukan cerita lawak je harus tengok, program motivasi, agama juga harus dan mesti kita tengok. Supaya hati kita sentiasa sabar, teguh dan bersih.

Oh So Random versi blog aku menyingkap kembali cerita-cerita yang berlaku sepanjang 3 bulan aku cuti bersama suami. Cuti yang banyak benda aku pelajari. Kadang-kadang tak percaya pulak, eh aku ke? Kenapa dah berubah? Maksud berubah? Alhamdulillah aku sudah boleh kawal perasaan emosi yang berlebihan. Sudah twist. Aku cool manakala suami bertukar lebih sensitif.

Orang sakit memang biasa macamtu. Layan sahajalah. Kadang-kadang aku boleh bertahan dengan permintaan dia selama seminggu. Aku layan jela dia, macam-macam yang diminta. Bayangkan seminggu? Lepas tu aku membebel kat dia. Bayangkanlah nak KFC pulak. Mana boleh. Kena pantang nanti luka tak baik. Lagipun KFC tak ada delivery la (motor, kereta kitorang rosak macamana nak pergi beli?). Betul kata orang, makanlah selagi mampu. Kalau dah sakit semuanya tak boleh makan.

Benda yang tak boleh makan itulah yang nak dimakan. Unsur-unsur kacang tidak boleh dimakan bagi pesakit yang patah tulang. Aku tak tahu kenapa tapi salah satu pantang-larangnyalah. Gangguan emosi yang paling kuat bagi suami ialah KICAP. Kicap dibuat dari kacang soya. Jadinya, NEHI-HEY-SOYA. KABHI-NEHI. Minggu pertama nak la dia ikut peraturan. Bila orang datang melawat ditanya semua orang boleh makan ke tak benda ni, benda tu bla bla bla. Orang tak sakit mestila cakap boleh makan semua benda. Aku kat tepi ni dah jeling-jeling berserta amaran (kilat sabung menyabung dicelah mata aku ngan mata suami).

Tak ada maknanya dia faham. Senang cerita, okay boleh makan tapi yang menanggung sakitnya nanti empunya badan. Muhahahahaha. Tak boleh minum ais, hari-hari nak milo ais. Tak boleh makan seafood, hari ini udang esok pulak sotong. #helpme. Dia pulak gunakan alasan orang sakit kena dilayan, pulak tu mama dan abah melayan...layan zasss la.... Eh banyaknya lemak dia. Pandai pulak tu mintak apa-apa depan mama. Jadi, takkan la tak bagi pulak. 2 lawan 1 sape menang?

Bab-bab kawal makan, minta suami makan ubat ikut jadual, jadual mandi adalah benda yang aku tak boleh nak buat. Surrender awal-awal. Time makan ubat boleh bergaduh. Macam budak-budak. Lepas 3 bulan pun masih tak mahu makan ubat jugak, aku pun tak tahu nak cakap ape. Bila pergi jumpa doc, tak cukup antibiotik. Bagi antibiotik sebeban pun tiada berguna lagi.

Sabar dan doa.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya". -Surah Al Baqarah Ayat 286.

14 comments:

  1. cuti 3 bulan sbb jaga suami ya :)



    ell, ttg pertanyaan ell td.. kalau pregnant lebih baik ambil ifood berbanding green fit (melainkan ada sembelit yg teruk blh ambil green fit)..utk suami ell pon bagus gak ambil ifood ni coz dia br lps cedera

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik rina,

      a'ah. jaga suami. hehe, sekarang tak berani nak ambil apa-apa ubat lagi. insya allah, nanti ell usulkan dekat suami.

      Delete
  2. orang sakit ni kira cam raja jugak la kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sakit macam baby, raja segala baby

      Delete
  3. 2,3 scroll tp xphm sape yg sakit sebenarnya? haha tgk komen baru tau..suami yg patah rupanya ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munnafendy,
      iye. patah sebab eksiden. hehe

      Delete
  4. dulu daddy 3 bulan duk hospital patah peha...macam raja rasanya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 bulan daddy? suami saya 20 hari je pastu boleh balik rumah. tapi memang dapat layanan best la, orang sakit kan.

      Delete
  5. suami nyer eksiden ke...baru tau nih...semoga cepat sembuh yer pado suami...amin...

    ReplyDelete
  6. Alhmdulillah eloklah tu ell dah boleh mengawal emosi, bila kita dah bersuami otomatik kita bertukar menjadi lebih matang, Insyallah.Baca cite ell, cik ina dapat rasa yang ell dapat melepasi fasa pertama seorang isteri,cik ina semoga ell ngan suami kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cik ina, allah bagi saya kekuatan, suami bagi saya syurga

      Delete
  7. k.ell..

    br tau suami eksiden kali ke 2..

    sbr byk2 ea...org sakit mmg lain skit prangainya..wuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ira, allah bagi kami ujian kerana kami hambanya. memang orang sakit rumit sikitla tapi tak apa. thanks ira

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?