Ikut Belakang

Friday, April 13, 2012

Berita Panas

Assalamualaikum.
Bukannya panas, dah suam pun. Hari Jumaat 6/4 lepas ada tengok berita pasal banduan lolos dari Mahkamah ke? Cuak weh. Masa duk kalut-kalut dia lari kitorang boleh tak tahu sebab duk terperap dalam opis je kan. Bila kecoh-kecoh member datang sampaikan gosip barulah kitorang tahu. Pastu mulalah semua bersidai di koridor menengok encik-encik polis mencari-cari beliau di kawasan sekitar. Siap dengan anjing pengesan bagai. Masing-masing cuak semua duk mencari 'orang baju kuning'.

Hati-hati ye sebab dengarnya Man Kuchai memang berbahaya. Banyak kes jenayah tersabit atas diri dia. Yang kes pertuduhan sebelum ini pun belum settle, tambah lagi pertuduhan yang baru iaitu melarikan diri dari penjagaan yang sah.

Nak berita lebih lanjut sila klik Man Kuchai 1, Man Kuchai 2, Man Kuchai 3, Man Kuchai 4. Gambar Man Kuchai boleh google sendiri ye.

Ini bukan mendedahkan rahsia kerajaan sebab kes ni dah masuk berita dah. Hiks.

12 comments:

  1. tulah yg hairan sgt
    camnelah boleh terlepaskan...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang terer loloskan gari kak ati...

      Delete
  2. yg polis jaga die camne bole terlepas pndang pulak..adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia pandai loloskan gari dan pura-pura bergari semasa turun lori, pastu ambil kesempatan lari masa berjalan ke lokap

      Delete
  3. cam mana boleh lolos, gelak kucailah cik ina . man kucai ni dah garenti suka tanam kucai tak pun suka makan kucai.hye elll

    ReplyDelete
  4. berita serius ke ni? kena hati2 kot~

    ReplyDelete
  5. kalo dapat man kuchai ni gua kan jual pada penjual cucur udang, penjual char kotew..sebab mereka gunakan kucai dlm masakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik la waqheh, gua tak terpikir utk jual man kuchai ni kat sape-sape. kot la polis dapat cekup dia semula dijadikan 'kuchai' dalam jel.

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?