Ikut Belakang

Tuesday, April 3, 2012

Cuti dan Berat Badan

Assalamualaikum.
Puas dah fikir tajuk sebenarnya. Fikirkan tajuk sahaja ambil masa sehari. Belum menulis lagi. Makin lama blog makin sepi, ada chance nak berkubur agaknya.

Terlambat nak thanks kat Reen sebab ada secebis kisah yang dia kongsi dalam blog dia. Kami ini ada persamaan kisah hidup, jadi boring-boring tukar cerita sesama sendiri. Lagipun Reen, hubby serta Nurul adik Reen + hubby ada datang menziarah kami masa di Hospital Sg. Buloh yang lepas. Thanks banyak-banyak.

Pagi-pagi hari ini ada seorang kawan menegur, "eh, ko ni makin berisi la sekarang, berapa berat badan ko?". Pulak dah, siap tanya berat badan berapa, nampak sungguh out of shape. Terasa sikit tapi takpelah, benda betul buat apa nak terasa banyak.

Tak payah orang kata, aku memang mengaku badan berisi, 3 bulan cuti 7 kilogram lebih berat naik. Kalau di rumah memang selalu fikir nak makan apa. Selalu je melilau kat dapur, bukak kabinet, peti ais dan segala macam tempat simpanan makanan aku bukak.

Tak payah orang lain kata, suami aku dah kata dulu. Hahahaha. Orang menjaga orang sakit memang kena sihat lebih. Semua aku absorb. Nak kata stress sampai naik badan, ada la sedikit kot. Yang lebih-lebih tu nafsu makan je la.

Pulak tu time makan, suami belum habis sepinggan aku dah ke dapur menambah untuk pinggan kedua. Alah, nak cakap masak sedap lettew sebab tu makan beriya. Hiks. Kesimpulannya, pipi makin tembam, lemak dimerata-rata, betis bunting gajah. FIL dah menegur makin bulat katanya. #homaigod

14 comments:

  1. cariklah tips turunkan berat badan kat blog akak yg satu lagi tu..akak duk rumah sepanjang masa..alhamdulillah so far maintain jer walaupon peti ais dan dapor sgt menggamit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak takpe metabolisme tinggi, tak kisah makan banyak kot? hahaha. saya ni mungkin faktor keturunan kot. hik hik hik

      *insya allah saya akan rajinkan diri selongkar tips tu

      Delete
  2. mohon ditunjuk gambar penambahan 7kg~~keh keh~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. no-no-no-no, untuk menjaga hati tuan punya, gambar tidak akan ditunjuk. hahahahahaha.

      Delete
  3. saya tak cuti pun berat badan naik ikut suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang pembaris ialah lelaki, lelaki takpe gemuk sebab tanda senang hati kejar rama-rama (?)

      Delete
  4. takpolah kak, comel je. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan. bertambahlah kecomelan

      Delete
  5. Arghhh!
    Cik Yana pun da mula kembang da sekarang ni.
    Uwaaa~

    Nak Handphone case comel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-samalah kita menguncupnya kembali

      Delete
  6. sebenarnya perkahwinan itu menyelerakan...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waqheh weh, memang la menyelerakan. orang yang belum kahwin je tak tahu.

      Delete
  7. kak kite makan banyak pun tak gemuk gemuk jugak.
    alahai jelesnye lah macam ni hmmmm :(

    ReplyDelete
  8. tak pelah ell senang hati tu, janji sihat.pelan-pelan kayuh ye kalau nak diet pun

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?