Ikut Belakang

Thursday, April 5, 2012

Cuti dan Hospital

Assalamualaikum.

 Suami admitted hari Rabu, 21/12/2011 waktu tengahari di Hospital Sungai Buloh. Yang tebuk tulang untuk pasang besi (fungsi menarik dan meluruskan tulang yang patah) dilakukan pada malam, lepas Maghrib.

 Lepas dicucuk macam ni, bandul dipasang sebab nak luruskan semula tulang yang patah itu.

Inilah bandul tu. Berat beg pasir ketiga-tiganya 6kgs. Time ni kalau nurse tukar cadar main tarik-tarik, alih-alihkan besi tu memang tak berucap sakitnya. Kesannya suami tak boleh tidur malam, asyik mintak ubat tahan sakit je.
Sabar sahajalah suamiku, daku ada disebelahmu.☺☺

"Sesungguhnya kita adalah milik Allah. Dan kita pasti akan kembali
     kepada-Nya. Ya Allah, berikanlah ganjaran pahala atas musibah
     hambaMu. Dan gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik drpdnya."
     (Hadis Riwayat Muslim)

    - "Dan untuk Tuhanmu, bersabarlah."
       (Surah al-Muddatssir, ayat 7)

  - Dari Abu Yahya, Syuaib bin Sinaan r.a berkata, Rasulullah saw bersabda :
    "Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman, semua urusannya
    adalah baik. Tidaklah hal itu didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin.
    Apabila dia ditimpa kesenangan maka bersyukur. Maka, itu adalah baik
    baginya. Dan apabila dia ditimpa masalah maka dia pun bersabar. Maka itu
    pun baik baginya. "
    (Hadis Riwayat Muslim)

22 comments:

  1. Teringat sewaktu kakcik menjalani pembedahan memasukkan skru di pinggang dua tahun lalu - semalaman memang tak boleh tidur. Bukan sekadar menahan sakit, tapi juga tergaru2 kegatalan satu badan kesan morphin yang digunakan. :(

    Semoga suami Ell segera pulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakcik, kesiannya orang-orang yang sakit tu, berat mata kita memandang yg menanggung lagi tidak tertahan.

      Delete
  2. ni kes yg kemalangn tempoh hari ke? ke ada plak kemalangn lain...ngeri aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. yg kemalangan kedua, suami kena langgar tu. huih, dicucuk guna gerudi Bosch

      Delete
  3. semoga cepat baik suami ell~~

    *kamu sabar ye ell~~

    ReplyDelete
  4. fungsi menarik dan meluruskan tulang yang patah? erghh scary the marry. semoga akak dan suami akak dlm keadaan sejahtera selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye adik samad. akak yang tengok mata bosch tu pun scarry marry ngeri.

      Delete
  5. ngeri tgk cucuk-cucuk gitu..


    moga hubby dah bertamabh baik sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, banyak perubahannya kak.

      Delete
  6. Ya Allah! Tak tergambar keperitannya. Arghh! Tapi skg seme dah ok kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah okay tapi limitation sket la, banyak yg tak boleh buat.

      Delete
  7. been there, done that... cuma bahagian lain di tubuh...

    (teringat semula sebab mulut uncle senget alignment dia... haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle,
      semua orang mesti ada satu pengalaman hospital kalau tidak banyak pun sedikit. saya perasan alignment tu. hehe

      Delete
  8. sorry tak dapat habiskan entry ni .
    Kari ngeri sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek la umie, makan kari pun tak habis.
      hehe

      Delete
  9. Semoga Allah SWT membalas segala pengorbanan ell ye . cik ina tak mampu nak tengok tak berani.

    ReplyDelete
  10. moga eLL tabah dalam mengharungi dugaan ini.. moga en. suami cepat sembuh hendakNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak aizamia...
      sesungguhnya ada hikmah disebalik semua ini...

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?