Ikut Belakang

Wednesday, April 18, 2012

Emak Snow White

Assalamualaikum.
Pada hari cuti umum pertabalan Agong 11/4/2011 lepas, aku lepak kat rumah bujang di KL je, malas nak balik Tg. Karang. Lebih kurang waktu Asar, aku bergolek-golek macam ayam golek kat dalam bilik sambil makan epal. Boleh macamtu? Karang tercekik epal macam snow white kojol sorang-sorang. ~erkkk.

Waktu material, sambil mengunyah epal, aku rasa macam katil bergoyang-goyang. Alamak apasal pening nih? Rasanya bukan waktu PMS nak pening-pening kan. Terus kecoh aku dengar kat luar hosmet dah bising. Aku terjah keluar sambil tangan pegang epal Gala lagi. Masing-masing cuak "Eh, korang rasa gegar tak? Kita tengah makan epal kat atas katil sambil baring rasa goyang kuat, lama pulak tu sekarang tengah rasa goyang lagi, korang rasa tak ha ha ha? Nampak tak? Nampak tak kipas bergoyang?" Sebijik macam mak nenek yang bagi snow white makan epal tadi.

Okay, kami berjemaah keluar ke ruang tamu dan menunggu kalau-kalau ada announcement suruh tinggalkan building (ceh building). Tapi tak ada apa-apa. Sebilangan daripada hosmet cuak dan nak turun ke bawah tapi entah, kitorang tak amik apa-apa tindakan pun. Padahal masa tu memang meremang bulu idung tengok kipas dan lampu chandelier merelip bergoyang kiri dan kanan lebih 5 minit. Masing-masing bersandar di tepi dinding untuk efek lebih angker macam massage belakang badan.

Bukak TV tunggu jugak kalau-kalau keluar berita terkini tapi dalam pukul 5 lebih nothin' pun. Pastu baru keluar mesej rerangkak yang TV3 tu. Suami pun mesej rasa goyang tak sebab dia ingat badan dia still tak stabil macam nak jatuh, terus pening sampai esok. FIL pun telefon goyang ke tak sebab dia kat tingkat 1 memang kuat giler goyang, inikan pula aku kat tingkat 14. Kau kat tingkat 14 goyang giler tapi still tak nak turun gak. Blerghhh.

Then, aku terus roger mak aku kat kampung tanya dia rasa gegar ke, goyang ke tak sebab efek gempa bumi kat Acheh. Dia cakap dia kat Bandar Gua Musang dan tak rasa pape. Tapi dengan mengejutkan jantung dia cakap gegaran dan gempa bumi tu dia rasa semalam.

Aku   : Mak rasa tak gegar dan goyang tadi?
Mak  : Mak kat Gua Musang ni.
Aku   : Rasa ke tak?
Mak  : Semalam mak rasa, gegar dan gempa siap bunyi meletup lagi masa mak kat kebun tepi rizab.
Aku   : Bukan semalam la gempa bumi Acheh, hari ni masa Asar tadi.
Mak  : Semalam la mak rasa, mak terkejut sebab bunyi meletup kuat macam bumi nak terbelah.
Aku   : Yeke? Okaylah, jaga diri tau. Salam.
Mak  : Ok, kau pun. Salam.

  1. Amboi umah kau ada chandelier merelip
  2. Rupanya 2-3 hari lepas mak aku citer memang ada training jatuhkan bom kat dalam hutan rizab sebelah kebun mak aku.
  3. Mak punyala terperanjat sebab banyak bom yang dijatuhkan tak tahu apa tujuan. Menghalau binatang liar kot?
  4. Mak ingat dunia kiamat sebab dia rasa macam bumi nak terbelah. Orang kampung cakap TUDM (?) tengah training kat rizab tu.
  5. Aku pun pening masa cakap ngan mak mungkin sebab efek gegar 8.9.
  6. Mesej rerangkak tu TV3 yang info. Aku nak gelak pulak dengar ayat 'rerangkak' tapi tak baik gelakkan bahasa ibunda nanti mak aku marah.
  7. Aku tak tahu kenapa aku lambat nak review sesuatu sampai weh dah basi la.

14 comments:

  1. ni belom basi ni... macam baru panaskan kat microwave je...

    ReplyDelete
  2. Err...nie cite psl gempa bumi tu ke?

    ReplyDelete
  3. Hehehe... sebab dah berlalu dengan selamat, kakcik tumpang gelak je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~hahahaha kakcik. saya cuak memula. pastu okayla...

      Delete
  4. err... tergelak akku baca... hahaha

    ReplyDelete
  5. hihi.
    kirim salam kat mak nya nye

    comel aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.
      insya allah.
      mak memang comel

      Delete
  6. hehe..akak baru nk tegur cewah rumah ko ada chandeliar..jeles tau akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah sewa akak, tuan umah punya. hakhakahak

      Delete
  7. ell kenapa cik ina tak rasa gempa bumi tu.cian mak ell terkejut, kalau cik ina ditempat emak ell pun cuak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat saya tinggi sebab tu rasa cik ina.
      mak pulak rasa yang training bom tu, masa gempa acheh mak tak rasa pulak

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?