Ikut Belakang

Monday, April 30, 2012

Hati Perempuan

Assalamulaikum.
Salam sejahtera dihari ini yang tak ramai orang bekerja. Sungguh bertuah mereka yang cuti hari ini. Hamba jua yang jalankan tugas. Kalau aku tahu kes postponed, tak ingin nak datang. Baik aku dating puas-puas. Huhuhu. Dalam bas tadi semua orang dapat tempat duduk. Yang kosong pun banyak lagi. Hooray sebab dapat duduk sorang-sorang tanpa ada orang lentok kat bahu I sambil keluarkan saliva. Atau yang lebih sadis himpit peha dan bahu gebu I atau tumpangkan handbag beliau atas peha I. Sadisnya.

Sebenarnya nak cerita, aku ni jenis sensitif yang maximum giler emo. Senang sangat nak keluarkan air mata sesuka hati dan mulut asik sebut siannya, siannya berjuta-juta kali. Lagi sadis terbawa-bawa dalam mimpi. Contoh terdekat dan terbaharu ialah masa aku cover kes tadi. Padahal kes biasa jer (bukan kes bunuh etc) namun kesiannya mereka yang ditipu dan tertipu tu. Juga siannya pada seorang tu yang peguamnya tarik diri dari mewakili dia. Siannya dia kena cari peguam lain lagi. Siannya. Siannya mereka semua...

Tapi, nak kata orang yang ditipu tu golongan marhaen tidaklah juga. Semua dalam list tu mereka berprofil hebat, pendidikan tinggi tapi kenapa tetap percaya kepada segala macam benda yang kita tak nampak untung rugi depan mata? Tolonglah jangan masuk skim untung rugi, jual beli dan segala aneka perniagaan yang memerlukan kita labur duit dalam amaun yang banyak. Lagi-lagi pelaburan yang dapat duit beranak pinak sampai beribu-ribu lemon tu. Tolonglah jangan percaya. Tak pasal-pasal hidup anda menjadi suram dan kelam. Jadi muflis nauzubillah. Fikirkan masa depan. Kesian Sekian khidmat guaman yang free dari saya walaupun saya bukan loyer.

Jadi, aku kena elak dari menyaksikan segala adegan kesian alam realiti. Adegan kesian dalam filem Hindustan pun aku boleh feeling bengkak mata inikan pula adegan kaum kita sendiri kan... Ha, hari tu lagi kesian ada budak belasan tahun kena tahan lokap sebab meragut beg seorang foreigner. Datang abang dan ayah untuk jamin. Tolonglah adik-adik jangan buat kerja merepek tu. Please lah. Muka macam Justin Bieber tapi kenapa hatimu kejam sangat? Adoiii. Yang sedihnya kau dah buat mak ayah luka hati, dorang keluarkan duit untuk bebaskan kau. Adoiii. Yang sedih 2.0, kau nak salam dan nak peluk mak ayah kau pun tak boleh sebab tangan kena gari dua-dua. Adoiii.

Tweet : Boleh tidur kat opis sekarang. Yay. (Kalaulah boleh).


8 comments:

  1. amboih. hardcore betul bebudak zaman skrg :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 zaman sekarang 3.0 hardcore

      Delete
  2. Tdo je. Sy pun nak tdo gak. Zzzzz...

    ReplyDelete
  3. alololo jgn snsitif2. meh belanja mekdi meh

    ReplyDelete
  4. Ell sila percaya tak kira golongan marhaen atau bijak pandai selagi dalam diri mereka semua ada sifat tamak dan nak cepat kaya cara mudah selagi kejadian ditipu dan tertipu tak pernah habis. Semoga kita dijauhi dari sifat tamak , InsyaAllah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?