Ikut Belakang

Friday, April 6, 2012

Hospital dan Pembedahan

Berhati-hati : Gambar-gambar dalam entri ini mungkin tidak sesuai dengan citarasa kamu. Boleh menyebabkan kengerian, muntah-muntah pening-pening dan gejala sesak nafas. Hanya yang kuat semangat sahaja boleh tengok.

Okay kita nak cite pasal pembedahan yang dijalankan ke atas suami kita hari tu. Suami kan patah peha dan lengan. Dekat nackle (buku lima kita panggil, bukan buka tiga lima, sila betulkan kalau saya salah) ada 3 tempat tulang patah tapi kat situ doc biarkan je bercantum dan sembuh secara conservatively. Masalah sekarang tempat yang patah tu (mari kita tengok contoh) dah lain macam jadinya.

  

Abaikan huraian-huraian yang ditulis tu, adatla kalau dah gambar pinjam google mestila maca-macam. Hehe. Okay, yang dalam bulatan tu (sekarang tengok kat tangan sendiri) perasan tak kita ada soket (penyambung) tulang kat situ. Perasan atau tidak lagi, kita ada 4 penyambungan tulang kat bahagian ibu jari kita. Jadi, suami patah/tercabut bahagian dalam bulatan. Doc tarik kuat-kuat ibu jari dia dan masuk balik dalam soket atau tempat tu dan bungkus (bandage). Kesannya, 'benda' tu tak masuk dengan betul, ibu jarinya shortening (pendek) dari yg kanan, jadinya dia dah tak boleh buat letup-letup tulang lagi dah....

Selain tempat dalam bulatan, ada lagi 2 bahagian jari yang patah. Dekat atas tangan kita (bahagian jari hantu) kan ada tulang utama, haaa yang tu la patah. Doc bungkus gak tangan dia. Sekarang cantum tak elok, tulang jadi timbul sebab dia 'hidup' sesuka hati dia je. 


Okay. Selain peha patah, suami juga terkoyak kat belakang tanda kuning. Kat tanda bulatan hijau pun terkoyak jugak. Anak panah merah kat kuku tu darah beku yang tak nak keluar dari situ. Ibu jari dan jari tengah (anak panah merah) tersodok masa kemalangan, akibatnya kalau kita tersentuh atau terpegang, kita akan bunyi orang meraung. T_T. Bulatan biru cyan tu hanyalah darah beku sahaja, sebelum kita bersihkan luka memang gitula keadaannya. Puas nak menyental sebab kalau sental kuat bunyi meraung, kalau sental slow bunyi dengkur, eh tak. Payah la nak ilang la darah beku tu.

Pulak tu kan nak membuang darah beku dalam kuku bukannya senang. Takkan nak kopek (bukan mencarut) kuku tu pulak, maunya meraung lagi kuat. Jadi doc ambil jarum dan panaskan jaum besar dan panjang guna mancis, eh lighter jenama cricket. Time depan kitorang dia buat, bila jarum panas doc cucuk kuku. Bila cucuk dan berlubang darah keluar. Kalau darah tak keluar, tuam dengan kain yang telah dipanaskan. Eh? Bukan, tuam dengan kain yang direndam air panas. Panasnya hanya kita yang tahu. Nak melompat rasanya sebab kita yang celup tangan dalam air panas. Eh, suami pun tahu gak sebab dia lagi sakit kena tuam.



Keadaan tulang peha patah macam ni la lebih kurang. Gambar yang doc scan tak ada, jadi untuk pemahaman kita, kita google sendiri. Ikut pemahaman, kita tak faham apa benda kaler peach yang tengah tu, takkanla serpihan tulang kot. Masa doc pasang besi (plate) rasanya tak ada la sampai renggang benor kedudukan tulang tu kan. Sebab suami patah terputus bukan patah dan serpih atau berderai. Orang tua-tua panggil patah cantik.

 

Ginilah lebih kurang/agak-agak plate tu dipasang dekat tulang patah. Di peha, suami dipasang narrow abroad DCP 8 - 10 holes. Atau bahasa senang faham besi 8 - 10 lubang. Lubang-lubang tu untuk skru. Skru-skru ditebuk dan ditanam atas tulang untuk cengkam besi. Apatahakumerapu. Kat lengan pun sama tapi lubang di lengan 6 - 8 biji (lubang) je.

 Ini pandangan sisi. Sekarang dah faham kan?
 

Ini pandangan sisi jugak. Ini gambarajah lengan yang patah. Bengkak giler masa ni. Gambar-gambar yang disertakan semuanya sebelum pembedahan. Time ni gatal tak menahan. Kalau ada orang gedik, gediknya memang tak boleh lawan time ni. Asyik nak menggaru. Kalau garu, mak mentua lalu pun tak perasan. Jadi untuk hilangkan bengkak, tuam dengan air panas. Untung di hospital ada pili air panas dan air sejuk. Boleh pilih nak yang mana, tapi takleh minum, kan air mentah tu....

Masa ambil gambar ni, tengah menggaru. Lepas garu, lap dan bersihkan setiap 3x dan tuam banyak-banyak kali atas permintaan. Pastu pasang bandage simen keras sebagai sokongan sebab lengan kan patah, nak kena bagitau lagi ke? Hehe. Masa tu kan kita main-main contohnya bila digerakkan lengan akan bunyi "kruk, kruk" tulang patah berlaga atas bawah. Pastu kita dengar ada bunyi orang meraung lagi.

Tweet : Selamat hujung minggu. Kita hujung minggu memang menjaga orang sakit. Memantau dia makan ubat sebab dia amat susah untuk menelan ubat.

21 comments:

  1. Jaga baik2 tau, jangan buat2 lepas geram pulak, nanti tak pasal2 terdengar raungan yang menyeramkan.

    kakcik gurau2 je, sebenarnya seram juga tengok gambar2 tu.

    Semoga segera pulih dari segala kesakitan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha, kadang-kadang selalu jugak 'ter' kakcik.

      terima kasih kakcik atas doa-doa yang dititipkan.

      Delete
  2. gua hanya mampu doakan kesembuhan cepat buat suami lu. InsyaAllah selamat semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu waqheh, insya allah selamat dan sihat sentiasa.

      Delete
  3. semoga cepat sembuh...
    bab tengok darah ni....wa ngeri sikit.....
    lg la kalo patah2...lg ngeri.....nyilu rasenye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik saya okay dengan darah-darah ni, kalau tak penjaga pulak yang pengsan, naya...

      Delete
  4. boleh kak ati tahu kemalangan apa?
    motor ke kereta?

    semoga hubby ell segera pulih..amin

    kak ati mmg fobia..voz hb gi kerja
    naik motor :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemalangan motor kak ati. forklift naik atas jalan secara mengundur dengan tiba-tiba...

      terima kasih kak ati...

      Delete
  5. duhh..ngerilah ell..ptt arr akak x jd doktor


    moga cptlah sembuh suamimu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak... insya allah cepat sembuh.

      Delete
  6. Ya Allah. semoga cepat sembuh. && banyak2 bersabar ye kak. insyaAllah Allah permudahkan (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks syakey. insya allah cepat sembuh

      Delete
  7. ell, smoga suami kamu cepat smbuh. tabah ya ell? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ezan, thanks a lot. insya allah cepat sembuh dan hati semakin tabah.

      Delete
  8. akak, nanti kan..kalau akak masuk syurga kan...
    mungkin la, mungkin ye...atas sebab akak berkorban jaga suami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah. Allah janji suami tu kan jalan ke syurga buat isteri...

      Delete
  9. Damn. Tak boleh letup-letup jari dah.

    Tapi alhamdulillah, masih ada jari. syukur.

    ReplyDelete
  10. maaf fasha tak dapat meneruskan pembacaan, belum mampu nak seberani orang lain : (

    ReplyDelete
  11. Same cam aku je kesnye.cume aku baru jadik sebulan.brape lame nk bebetul pulih ye?pastu cite la keadaan die mase dlm rehat tu.pening2 ke @ cpat letih ke?cam saye.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?