Ikut Belakang

Tuesday, April 24, 2012

Kebiolan Semalam

Semalam aku biol sikit. Pertamanya sebab aku pose ganti (sebab dah dekat nak Ramadhon) pulak tu campur dengan emo sebab dapat call tu. Alkisahnya memang dugaan betul la. Antara kronologi kebiolan semalam...

  1. Masa kat opis aku terpanggil Kak Aishah sebagai 'abang'. Malu giler. Habis satu opis gelakkan aku. Memang mata aku pandang lain tapi mulut menyebut lain.
  2. Masa pergi fotostet kat opis sebelah balik-balik aku tengok original copy lupa nak ambil bawah mesin tu. Habis kena sakat dengan staf kat situ pulak.
  3. Masa balik kerja aku pergi pasar malam nak beli juadah berbuka. Paling aku suka air cendol. Maka pergilah ke tempat adik cendol tersebut. 
  4. Banyak pulak barang-barang aku beli dan cendol adalah last. aku letak barang-barang dah beli atas meja kedai cendol. Siap bayar bagai aku balik rumah.
  5. Sampai di rumah aku eksaited lalu nak masukkan cendol di tempat beku supaya lebih syok menyedut, namun cari-cari belek-belek cendol tak ada. Berpeluh-peluh gabra campur berpeluh betina (tak sesuai pulak ayat ni) jantan penat tawaf pasar malam.
  6. Tak tersempat pun nak ambik tisu lap peluh sebab dah lap dengan lengan baju. Ahaks tak ayu langsung.
  7. Maka oleh kerana terlalu sayangkan cendol, aku nekad turun semula ke pasar malam demi cendolku. Bawak juga duit RM1.20 kot-kot la adik cendol lupa aku tadi kan. Tak kisah boleh bayar lain.
  8. Setelah bergelumang melawan arus trafik yang bertali arus maka aku sampai juga kedai cendol. Adik tu pulak blur-blur tapi aku tanya "errr, tadi..." terus dia cakap "tadi akak lupa ambik cendol kan?". Terus aku ambik laju-laju. Tak kisah la cair ke, tawar ke janji cendol.
  9. Terus berterima kasih laju-laju kat adik tu, tak nak lama-lama kat kedai dia nanti bertambah tebal kemaluan aku. Booo...
  10. Melonjak-lonjak gembira aku melintas jalan dan mengangkat tangan sebagai isyarat "please stop the car" ala-ala macam Harith Iskander cakap dalam Lawak Ke, Der? sambil berterima kasih dan senyum kepada pemandu kereta yang menyetopkan kereta untuk aku lalu. Haha kejam.
  11. Naik lif terus tekan tingkat 14.
  12. Lif naik dan tinggal aku dengan sorang awek je last. Aku keluar ikut awek tu. Dalam hati alah lambat pulak awek ni berjalan, dengan kereknya aku cilok dia, konon-konon aku dah tahu mana satu rumah aku tak payah susah payah tengok GoogleMap.
  13. Apesal rumah aku lain? Tak pernah nampak pun langsir kaler nih? Okay aku dah salah keluar lif, JANGAN PANDANG BELAKANG, nanti kau akan malu kalau kau paling dan buat muka kebingungan!
  14. Bila dah menonong straight tu nak cover malu salah rumah dan malu nak patah balik tekan lif, teruslah meluru naik tangga sebab aku kat tingkat 11 rupanya. Rumah sebenar kau kat tingkat 14. Padan muka.
  15. Terhakislah wahai lemak-lemak di badan sebabkan mendaki tangga ke tingkat 14 (je).
  16. Dehydration.
  17. Exhausted.
  18. Emo.
Suami SMS   : Stkat cendol je lenkali xpyh rajin pegi amik balik. Sdp sgt ke cendol tu?
Aku re-SMS : Syg pose, haus, kat umah mmg xde cendol nak minum.

Emo lettew.
Mak aku cakap itulah dugaan orang berpuasa. Sekian tam-mat.

16 comments:

  1. kita tau ni entri emo... tapi, hahaha, kelakorrr! (esp part motong awek tu) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, time taip entri ni dah tak emo lagik.
      ^_^

      Delete
  2. Maaf...maaf... sepatutnya kakcik simpati. Tapi, kakcik tergelak sampai tersedak! Nasib baik tak ada orang nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik, bahaya tu, kalau tercekik macamana? haha

      Delete
  3. HAHA..ciannya kamu..kelaparan dan kehausan mmg bisa membiolkan orang


    "tebal kemaluan" haha x boley blah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat kalau tak mencekik memang akan pening2 lalat. Haha.
      Haish, jangan mencarut!
      ^_^

      Delete
  4. haha. sungguh clumsy akak neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kan Fergie, mestilah clumsy. Heh.

      Delete
  5. kes kak aisyah, haha. kamu tak tau beza sang teruna dan dara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam kepala ingat 'abang' je.
      keh keh keh

      Delete
  6. ni memang kena tebal muka banyak kali ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tebal, setebal iman pada hari tersebut eceh. takdelah, setebal tangga yang kudaki. Haha

      Delete
  7. hi3x.. berair mata akak tahan gelak nih!!!.. mengalahkan org mengidam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beriya benar pegi ambik bali cendol tu

      Delete
  8. Ell the moral of the story bila kita serabut apa yang kita buat selalu tak kena. lepas ni tenang ye, jangan terburu-buru biasalah tu salah satu sifat orang perempuan buat keja semuanya nak pantas lebih lagi dah jadi isteri orang ingatan terhadap suami tu lebih : ) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ina,
      memang tepat. sangat memahami isi hati saya. waahhh terharunya.

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?