Ikut Belakang

Friday, April 20, 2012

Peel

Assalamualaikum.

Akhir tahun 2008, masa aku duduk rumah transit di Putrajaya, ada dua orang aweks yang masuk lambat lebih kurang 2 bulan selepas kitorang. Junior yang berlainan jawatan tapi report duty di Putrajaya juga menunggu masa untuk penempatan. Time tu aku dah dapat penempatan di KL cuma belum tukar rumah sewa lagi. Bila dah satu rumah memang selalu la berborak reramai. Aku selalu ngadu kat hosmet masa itu staff kat KL sombong-sombong sikit (tak semua). Then aweks dua orang tu macam "Yeke? Kalau macam tu tak nak kerja kat KL"

Okay. Pastu bila aweks tu dapat kerja di KL sama opis pulak ngan aku, aku pun teruja tegur-tegur dorang sebab dorang pun dah dapat rumah sewa di KL juga. First memang okay jugak hubungan aku dengan aweks tu walaupun bertembung time di kafe je.

Bila banyak kali bertembung pastu tegur-tegur "Awak kat department mana? Mana sorang lain? Bla bla bla" dan rutin terus berjalan lancar. Suatu hari aku ternampak salah seorang awek dan aku senyum lebar kat dia tapi dia macam mengelak. Orait mungkin tak perasan muka aku yang comel ni kot.

Lain hari terus bertembung dan aku pandang je muka dia sebab aku nak start tegur dia tapi boleh dia langsung buat tak tahu. Rasanya bersentuh bahu kot time tu. Aku yakin sorang lagi kawan dia dah di transfer ke lain sebab memang dah lama tak nampak lubang idung.

Dari hari ke hari aku nampak awek tu tapi aku sampai takut nak tegur dia lagi. Arakian, aku nampak jari-jari tangan dan kaki berinai. Oh, dia dah kahwin. Then sebulan selepas itu memboyot. Setahun selepas itu aku nampak dia dah kembali langsing. Dah selamat melahirkan. Aku selalu nampak dia balik kerja dengan suami dia (suami datang ambik).

Dia sudah bahagia. Dia sudah lupa pada aku, sebagai kawan yang bersahabat secara sementara.

  1. Aku kenal suami dia, dulu kerja satu opis juga. Aku pernah bercakap dengan suami dia tentang kes gaji pemandu (masa itu awek tu belum kerja di KL lagi)
  2. Aku baru dapat tahu awek tu kahwin dengan lelaki tu. Lelaki tu dah kerja tempat lain.
  3. Aku nak menegur lelaki tu tapi nanti salah faham pulak.
  4. Nak jugak tegur awek tu tapi tahla...
  5. Ada kawan (perempuan) aku satu batch jugak, sama tempat kerja, masa di punch card aku senyum dan gosok bahu dia, oh mak kau dia langsung tak menoleh tengok aku pun! Masa aku senyum tadi dia tak balas pun!
  6. Okay aku memang loser.

8 comments:

  1. pelik? apesal diaorang nak menyombong eh? mungkin cemburu awak comel kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai tang mana comelnya kak. kita semua sama, kerja bawah satu bumbung je kan, bukannya tak kenal sebelum ni...

      Delete
  2. mungkin ahkak dah gumok kot. tu pasal derang tak perasan. hihi. abaikan jela mereka2 itu ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot sudah gumuk, uwaaaa....

      Delete
  3. alamak...cik PA kita ni da emo ae...huhu

    tp kdg2 sedih gk bila nk bercakap, dia ngelak..uwaaaaa....ape salah kuuuu. eh tetibe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela, anak rusa nani .... apakah salahku selalu tidak tegur...

      Delete
  4. situasi lebih kurang di sini..

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?