Ikut Belakang

Monday, May 14, 2012

2nd OP

Second OPeration dijangka minggu ini. Tujuannya untuk buang semula besi yang dipasang kat tulang lengan. Sebab salah satu skru kat lengan dah terpeleot. Masa nak pasang besi kat lengan, lengan tak surut lagi. Lagipun kemungkinan tulang tumbuh tak sekata, itu yang tulang membesar, skru pun melonggar. Bila longgar, infected kat skru. Kalau daging dah selaputi tulang, maka rumit sikitlah nak pisahkan skru dari tulang. Nak-nak pulak skru dah infected. Maksudnya, daging dah ganggu skru besi, atau tulang dah besar. Nampak tak berbelit-belit disitu.

Kalau OP kat lengan, bius full (seluruh badan). Time ini salur oksigen dimasukkan ke separuh kerongkong untuk bantu pernafasan selepas OP, kot-kot kita terlupa hendak bernafas setelah habis OP. Time ini jugak bantuan methadone atau morphine amat diperlukan untuk mengurangkan kesakitan. Jangan kerap guna, nanti badan akan menggigil tanpa kedua-duanya. Tahan sakit sikit tak mengapa.

1st OP. Jadi, tempat ini akan ditoreh sekali lagi untuk buka semula besi. Insya Allah, 4bulan selepas patah, Doc dah yakin tulang terbentuk dan kuat tanpa sokongan besi kot. Insya Allah, doakan pembedahan berjalan lancar. Aminnn.

22 comments:

  1. InsyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar.

    Skru di tulang belakang kakcik kekal di situ sampai ke hujung nyawa. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kakcik? tulang belakang lagi bahaya kan. semoga kakcik sembuh ya...

      Delete
  2. Selamat petang.. maaf ya eLL... saya baru tahu ni.. sebenarnya apa yang telah terjadi dengan tangan eLL tu ya?? sedih saya nak baca luahan ini.. Terbuka minda saya betapa perlunya kita menghargai anugerah tubuh badan sempurna yang telah diberikan oleh Allah swt kepada kita semua..

    saya masih ingat kata2 pujangga ini----> saya bersedih kerana saya tidak mempunyai kasut sehinggalah saya terjumpa dengan seseorang yang langsung tidak mempunyai kaki...

    apa pun semoga apa yang eLL lalui ini akan dipermudahkan segalanya ya.. doa dan harapan kami agar sabar dan redha dengan ketentuan Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu, bukan lengan saya nih. ini lengan suami saya. dia dibedah sebab kemalangan.

      Delete
    2. O Mcm tu. Sori sbb x abis. Lengan suami ya. Smoga beliau akan cpt sembuh

      Delete
    3. insya Allah. terima kasih. amin

      Delete
  3. arghhhhhhhhhhhh sakitttttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samad, memang sakit. tapi nak wat camaner...

      Delete
  4. Insya-Allah semua lancar. He's in good hands. Don't worry dear...

    Kat leher uncle ni masih ada parut Tracheostomy (salur oksigen tu)... by now, parut tu lah kesan kenangan manis uncle... walaupun dulunya pahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks uncle. sayang uncle. terharu dan dapat semula semangat waja ni.

      Delete
  5. ohoooo. AMin. Semoga yang dirancang berjalan dengan sempurna dengan kehendakNYA...

    ReplyDelete
  6. moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNYA.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. aihhh ngerila..moga suamimu cepat sembuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah. semoga dipermudahkan.

      Delete
  8. klu parut ni de kt mukas, msti nmpk ganas kn..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah. sebelah muka terus. haha

      Delete
  9. salam keceriaan ell.. moga ell sekeluarga dilimpahkan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu, insya allah

      Delete
  10. semoga suami ko cepat sembuh.bertabah ye. Allah SWT sayang lebih kat ko ngan suami.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?