Ikut Belakang

Tuesday, May 29, 2012

Akhirnya Bom Meletops

Akhirnya aku tidak teragak-agak memusnahkan prestasiku sebagai staf yang cemerlang (cemerlang la sangat). Akibat berita emo kena cover atas arahan orang atas - dikeluarkan Jumaat lepas, akhirnya seorang bos atas menelefon aku maklumkan sendiri berita tersebut. Eleh. Disebabkan aku emo, aku telah mengamuk dan asyik repeat lagu Yuna "ini tidak adil, tidak adil bagiku". Aku petik nama-nama orang yang tidak pernah naik untuk cover. Aku comparekan orang-orang yang asyik merungut tak ada kerja, jadi choicenya aku jugak? Memang staf terpintar la aku. Calon anugerah staf cemerlang kot.

Jadi, akibat keemolan tersebut, aku melawan cakap dengan mengeluarkan ayat-ayat comparative (yeke?), bukan mencarut atau lucah atau kasar atau lain-lain. Aku cakap "tidak adil, asyikkkkkkkkkkkk saya je?", jadi bos tersebut juga taknak kalah, tetap warning aku untuk keluarkan surat sokongan Datuk R dan tandatangan pengarah untuk aku release (lepaskan) cover tempat hi-court (Datuk H). Dia kata aku bagi alasan? Ayat dia "Disebabkan kamu bagi alasan, blah blah blah yada yada yada, sign Datuk R, sign pengarah dan hantar kepada saya hari ini juga, faham", eh? Aku ke bagi alasan? Bukan ke aku cover Datuk R sebab surat yang ditandatangan oleh kau ke? Jadi, itu sebenarnya alasan semata-mata? Rugilah selama ini aku hambakan diri dekat sana. Kalau itu alasan lapuk, kenapa sibuk hantar nama aku.

Berani kerana benar, bukan setakat tak puas hati kena cover kau boleh kebudakan pergi MC, ambil EL, cuti 1/2 day, cuti balik kampung, cuti kucing meninggal, lari daripada tanggungjawab. Haha, kepada bos yang telefon aku tadi, kalau nak blacklist nama aku, tak kisah pun sebab aku ada alasan, pergi cover Datuk R. Jadi, kalau selepas ini kamu dendam dengan aku dan nak downkan kerjayaku dengan petik nama aku untuk kesemua kerja ibaratnya dah tak ada orang kerja disini, tak apa. Orang teraniaya do'anya makbul.

Semoga sukses bos kecik. Pasni kalau aku mintak sign borang cuti, jangan tak luluskan pulak. Muhahahahaha. Ala, emo tanja-tanja pun takleh. Puas hati sebab boleh hamburkan ketidaktenangan kepad bos kecik, lega. Kepada kawan-kawan, jangan penakut sangat nak tegakkan hak, kecuali kalau kamu memang mengelat. Muhahahaha. Hesy, sulit dan menyulitkan. Tak sukaaa.





 Mata sharingan

28 comments:

  1. haha relax kak. tayah nak emo emo sangat la kan ;)

    ReplyDelete
  2. sakit ati tau. astaghfirullah.

    hermmmm

    ReplyDelete
  3. Takut kakcik tengok mata dan bibir yang merah tu! :)

    ReplyDelete
  4. memang puas ati kalo dapat luahkan apa yang terbuku kan..
    kenapa mata tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega dan puas hati akhirnya yana...

      Delete
  5. berani kerana benar..tapi kena gak kawal diri..takut nanti org kata kita keras kepala...apapun..tahniah ye sebab berani tul..bukan senang tau nak luah apa yg terpendam..hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kalau saya keras kepala saya takkan ikut arahan. sekadar meluahkan pendapat tidak puas hati je pun...

      hehe, lega

      Delete
  6. Replies
    1. oka, nasib baik. aku dah takleh faham

      Delete
  7. hakikatnya, org atas sentiasa betul... bykkan bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang betul time dorang betul, kalau salah kena betulkan.

      Delete
  8. As salam Ell,

    Kenapa mata tu dear? Take care... Sabar ye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak Marya. itu kes sakit mata yang dulu. haha

      Delete
  9. Sss....sss....sssaaa....sabarrrrrr! Sy lak jdk takut nak tegur. Huhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, jangan takut. biasa je.

      Delete
  10. lepas ni ambik angle gambar paspot... pastu buat muka masam...

    ReplyDelete
  11. bgusnyer kamu...brani...akn ku ikot sifatmu itu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT,
      berani kerana benar je. hehe

      Delete
  12. uitt takut tgk mata k.ell..

    sbr byk2 k.ell..hee tp kalu bg sedas 2 kat org y suka ngelat ni best gak kan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya sistematik sikit jadual tu kan, supaya orang tak aniaya kita.

      Delete
  13. ell lapang rasa dadakan, nasib baik ko meletupkan bom ngan berhemah. boleh dimaafkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ina,
      pasni dia mesti blacklist saya.

      Delete
  14. ye.. berani kerana benar..
    biarlah tak dapat anugerah staf cemerlang asalkan kerja tak tertunggak bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. Kalau dapat anugerah takpelah jugak kan.

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?