Ikut Belakang

Thursday, May 3, 2012

Aku Nak Pindah

Ah tak kisah la aku janji memula kalau dorang campak aku kat mana sekalipun time tu aku terima sebab terdesak nak kerja kan? Tapi kali ni aku nak sangat-sangat pindah tempat kerja. Susah wei nak ulang alik, lagipun suami masih sakit, sekarang aku abaikan appointment 2x sebulan dia jumpa pakar ortho dan physiotherapist.

Dukacita dimaklumkan permohonan pindah aku ke Kuala Selangor tidak disokong Ketua Jabatan. Sobs sobs sobs. Wuhuhuhuhu. Nangis ni. Ada ke sape-sape yang terbaca blog aku ni nak tukar suka sama suka ngan aku? Huhuhuhu kalau ada boleh la emel. Ada ke... Desperate nihhh

24 comments:

  1. Ya Allah, permudahkanlah urusan Ell ini. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik, insya Allah. Terima Kasih. aminnn

      Delete
  2. Sy doakan utk awak ye?

    Kwn sy bila mtk tuka dr JB ke KL, senang je nak dpt. Tapi bile mtk tuka blk dari KL ke JB...mak aih! Pyhnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab dooakan saya.

      kalau bahagian district memang susah nak tukar, semua dah selesa kat tempat masing2 lagi-lagi yg senior, malas nak gerak mana-mana...

      Delete
  3. nak tukar tu susah tu. pocket pun.
    dok xtau camana nak antar surat brenti nih. adehla

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun fikir nak berhenti je kalau susah sangat nak mintak tukar

      Delete
  4. salam..simpati juga mendengar coretan ini..semoga Allah swt mempermudahkan urusan Ell ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak, mudah-mudahan ya...

      Delete
  5. kesian ell..akak doakan lembutkan hati ketua jabatan tu spy approve awak pindah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah akak, mudah2an cepat lembut hati. huhu

      Delete
  6. jom tukar suka sama suka... Ber tukar idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala uncle ni, jom la tukar tempat, biar saya buat blog BB40 plak. haha

      Delete
  7. ELL iklankan dalam surat khabar. ciannya jangan putus asa ye.semoga Allah SWT permudahkan segalanya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyaris nak siarkan dalam iklan cik ina, terima kasih ye. insya allah.

      Delete
  8. staff harapan company memang susah dapat pindah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, iwan. staf harapan la sangat...

      Delete
  9. Salam eLL,
    Sis Ratna berdoa kepadaNya semoga kepayahan ini akan diringankan dan semoga suami eLL akan cepat sembuh hendaknya. Bersabar didalam doa-doa ya eLL... tabah dan kuatkan semangat diri...

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Ratna, insya allah. terima kasih ya.

      Delete
  10. Salam kenal..
    susahnya bila melibatkan hal komitmen pada kerja n family dalam 1 masa ni ya..semoga semuanya dipermudahkan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal,
      susah la nak kena ulang alik jauh-jauh. nak bina masa kualiti utk keluarga tak sempat pulak, hujung minggu jela masanya.

      Delete
  11. Semoga suatu masa perpindahan Ell dpt diluluskan.....
    Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak nurul.

      insya allah, doakan ye. terima kasih

      Delete
  12. jangan mudah putus ada.. usaha dan berdoa.. moga dipermudahkaNYA.. amin..

    Kuala Selangor - Meru - Petaling Jaya = saya berada di tengah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabahlah hati semoga tidak mudah putus asa. terima kasih. sama-samalah kita usaha pindah ye

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?