Ikut Belakang

Thursday, May 31, 2012

Apa Makna Pemberian

Kebelakangan ini, ada menghadapi masalah mencari saiz pakaian sesuai. Bukan nyanyuk sebab lupa saiz badan sendiri tetapi atas sebab badan kembang dan kembung maka susah betei nak cari pakaian yang sesuai. Kalau beli baju sepasang, baju saiz lain kain pulak kena saiz lain. Boleh ke mix and match macam tu. Kalaulah boleh. Lepas tu mulut tak tahu nak diam, kalau bawak baju pergi tailor, mesti ngomel-ngomel itu tak kena, ini tak kena (padahal badan kena pam tiap-tiap hari). Jadi, yang kena balik aku jugak, kena tazkirah dengan suami.

Okay, back to the title, aku dah salah beli blaus dekat Muaz, saiz L. Bajet muat saiz L, L kan untuk Labuh. Masa kat Muaz, aku try-try kat bahu macam padan. Okaylah aku beli. Sampai di rumah terus pakai. Tergezut ginjalku bahawa blaus tersebut hanya muat-muat sahaja. Aku pulak spesis yang suka pakai loose jadinya bila dah ala-ala, terus macam seribu kali menyesal beli blaus tu.

Aku pun terus teringatkan sorang kakak ni yang badannya kecik-kecik comel. Jadi sebelum aku bagi dia, aku telefon dulu. Aku nak bagi dia terus blaus tu, bukan nak harapkan bayaran atau apa-apa. Macam hadiah la. Then, dia tanya beli kat mana, harga berapa, kaler apa, cantik ke tak, potongan macamana, labuh atau tidak. Dan dia sambung, "akak ni jenis yang cerewet sikit bab baju-baju, yelah kita kan ada ciri-ciri yang kita suka". "Kau ada bawak tak blaus tu, akak nak tengok dulu. Kalau akak berkenan baru akak ambik. Kalau tak, akak bagi jelah dekat si polan atau si polan, atau si polan. Kau dah tanya ke opismet kau muat tak baju ni?"
Aku pun terlopong dan ternganga. Ngaaaaa?

Oh, okay. Takpelah kak. Saya kena kuruskan badan la kalau gitu. Sobs sobs. Untuk entri ini aku bagi ruang untuk kawan-kawan fikir. Aku tak nak komen lebih, takut dicop sebagai tidak bersyukur. Nanti aku kena masuk kelas tazkirah suami. Terima kasih suami sebab banyak usaha membawa aku ke pangkal jalan.

Muka masa kurus. Sebelum kahwin.


Tweet : Blaus tersebut telah selamat dibawah pemakaian seorang hosmet yang sanggup nak bayarkan bil api bahagian aku punya sebab tak sampai hati nak ambil macam itu je. (Tapi niat aku sama, memang nak bagi je kat dia, dia pun tak habis lagi sampai sekarang asik cakap TQ all the time). Kak Anne ada cakap, "baik kau bagi dekat orang yang boleh terima blaus tersebut dengan gembiranya", gitulah lebih kurang ayat.

20 comments:

  1. susah kan dengan baju ni, kadang kita tau ada penerima yang boleh bergembira dengan pemberian, tapi saiznya out pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ke hadiah, terima jelah kan.

      Delete
  2. Alamak! Np tak fitting sblm beli? Huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kedai tu takde tempat fitting.

      Delete
  3. adussss kadang2 dikk , manusia always salah menilai atau x tahu menilai .. sabar lah ye .. semua nie mainan hati ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kita bukan sengaja nak bagi hadiah tu kat dia, dia salah tafsir pulak, memang la tak berapa mahal tapi itu kan hadiah. :P

      Delete
  4. salam, akak follow ell dgn blog baru ye..

    #biarlah org nak cakap pun,kita kena juga fikir +ve supaya idup kita selalu +ve..org dah kawin mestilah berisi,senang hati kan..bagus la camtu tanda hati senang..nak kurus makan nasi segengam + lauk + air kosong jer tapi kerap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang, makan pun senang. susah hati pun makan senang. hehe

      Delete
  5. mari kita pam badan dekat gym kak. baru ada shape. kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak? pam? lagi besar. kang tetiba akak jadi gagah kang? sape nak jawab

      Delete
  6. betuller.. kalau nak cari baju mesti cenggitu.. nak pulak jenis pinggul besau.. huhuhu..

    psstt: kalau jenis banyak songeh tak payah bagi, bagi aje pada yang betul2 ikhlas menerimanya seperti mana kita ikhlas memberi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, betul kak. itu tang pinggul je, belum lagi yang lain-lain. memang pening la.

      Delete
  7. Ell x boleh tukar blk ke blaus tu?kak Nurul ada beli satu blaus tp macam kes ell nie jugak spi skrg akak simpan lg klu boleh tukar lain nanti.....
    Ada juga org yg macam tu bila ada org yg nak memberi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak tukar sebab esoknya nak balik kampung. itu yg pikir nak bagi je kat sape2...

      Delete
  8. hmmm, kita sama kak ell. Makin hari makin dipam :( Hehehe

    ReplyDelete
  9. hehhe..apa kata pasni k.ell bg ira je..:)..im so happy kalau k.ell by ira...;p

    xpela kak..org xnak n byk songeh gtu lain kali xyah tnye dah..kita bg org y terima dgn rs terharu..contoh , ira..hehehe

    senyummmmmmmmm k.ell :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bagi orang, takleh bagi Ira. Hehe.

      Delete
  10. org dh nk bg tu, amek je lah..bnyk plak komen...huhu...sabarje lah kak ell ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CTK,
      dia tak nak tapi kalau tak nak pe salahnya bagitahu je tak nak kan, senang cerita.

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?