Ikut Belakang

Thursday, May 24, 2012

At Own Risk

Ini cerita benar lagi sahih. Pagi semalam (flash back) semasa berjalan naik ke opis sambil baca paper. Punya kusyuk aku baca sambil mata lekat kat muka surat paper setiap helai-helainya. Ha, ngeri tak sebab mata melekat kat paper.

Duk kusyuk-kusyuk tu tetiba, berdebam... Rupanya aku langgar divider. Nasib baik divider batu kalau tidak aku dah melantun ke bawah. Serentak dengan bunyi berdebam tersebut, aku terpana dan adoi, menjerit perlahan sebab nak menjerit kuat aku malu. Pada masa yang sama ada suara mamat menegur 'eh, hati-hati nanti jatuh'. Giler betei ada orang menyaksikan dengan mata kepala dia yang aku ni cuai campur sengal sikit-sikit. Pastu nak cover malu, terus melekat kat divider tu dan buat belek-belek baca paper sehingga ke helaian terakhir. Pandai tak aku cover?

Mesti la tak logik kalau aku sengaja langgar sebab maybe divider tu lurus kan? Tapi tahukah disebalik pemikiran yang telus itu sebenarnya engineer telah mereka bentuk koridor/divider opis aku ni secara amat unik.


 Lebih kurang ginila. Respek la dengan semangat, siap lukis lagi floor plan opis. Nasib baik tak lukis guna Google sketch je. Nasib baik tak riak. Tapi semalam nasib tak baik sebab boleh terlanggar depan mata orang plak. Malu wei malu betei. Tapi malu tanggung sendiri. Tanggung sorang-sorang.

Tweet : Happy birthday buat adik perempuan bongsu kesayanganku Solehatunnisa yang menyambut ulang tahunnya hari ini. Berkongsi tarikh dengan Makdik (mak sedara). Happy Birthday to both of you. Didoakan semoga panjang umur murah rezeki bahagia berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn.

14 comments:

  1. ingatkan gambar seluar~~keh keh~~jalan tengok jalan la dey~~

    ReplyDelete
  2. Pandailah cover kejadian.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, cover malu punya pasal

      Delete
  3. Er....boleh gelak tak nie?


    Hahahahahah!

    ReplyDelete
  4. dah tuam tak bekas berlanggar ngan divider?

    bestnya ada adik pompuan, sampaikan salam cik ina kat dia . Cakap kat dia cik ina wish happy besday semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pape, takde lebam pun.

      insya allah disampaikan. mekasih cik ina

      Delete
  5. hehehe.. ai pulak penah langgar pintu kaca office ai.. fuh.. nasib baik kukuh tak pecah..

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?