Ikut Belakang

Friday, May 25, 2012

Barang Free Berbaloi

Orang kata alah membeli menang memakai. Maksudnya kau beli barang sampai pokai dah orang tetap nampak barang dibeli macam beli kat pasar malam. Eh. Bukan barang pasar malam tak berkualiti cuma yelah, siapalah pandai-pandai cakap barang pasar malam tak best kan? Alah tu bukannya alahan membeli, tapi aku memang alah membeli sebab rambang mata macam-macam barang nak dibeli.

Kalau pergi soping, aku suka cari barang yang boleh dapat hadiah. Mak aku kata barang 'FOC'. Aku memang boleh meroyan kalau tengok perkataan percuma atau free atau promosi atau apa sahaja yang buat adrenalin tersembur keluar. Kiranya beli satey dapat sekali batang satey. Batang satey tu mak aku boleh buat tangkai bunga pahar. Eh?

 Beli Kit-Kat dapat mug. Sengal pulak patutnya beli banyak Kit-Kat supaya dapat banyak mug. Tapi sila darab harga Kit-Kat dengan amaun, tak ke rasa pokai jugak akhirnya? (Alamak ada kesan lipstik)

 Beli Kit-Kat dapat taparwer (Tupperware). Yang ni pergi beli dua pulak. Sebab dah belajar dari kesilapan yang pertama dulu.

Siap letak dan advertise secara kreatif supaya kesan berbaloi-baloi telah menyerlah. Membeli belah secara kreatif

Aku memang hantu hadiah. Senang kata beli tu dapat ni. Buat stok banyak-banyak. Guna sampai 2 tahun tak habis-habis. Eh. Kedekut betul. Haha

Tengok. Bayangkan harga perfume Enchanteur ni RM21.90 untuk yang single atau yang ada free gift. Yang mana pilihan korang?

 Free lagi. Cita-cita nak beli yang kaler biru pulak

 Pek kembar dengan free 4 keping. Walaupun 4 je, takpe janji free.

Berbaloi-baloi. Harga tetap tapi dapat free sebungkus. 

Pendeknyakata, aku memang suka beli barang yang dapat hadiah. Lagi-lagi kalau dapat cawan, pinggan, taparwer, beg, kasut, iPOD, ipad, TV dan sebagainya.

Tweet : Aku rasa semua perempuan ada penyakit sama macam aku ni kot. Silalah mebeli di Mydin sebab murah dan bila duit habis kenalah pasrah.

10 comments:

  1. re:
    sorry dik...maybank ada masalah sikit... hrp akn ok dlm masa terdekat..

    akak follow sini yer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak izan, bolehkan transfer dari maybank ke CIMB?

      Delete
  2. ok la tu... win win situation

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang winrar kalau dapat benda 2in 1

      Delete
  3. nampaknya en. suami ai kena bersedialah.. tak lama lagi nak habis pantang.. maka.. hehehe.. faham2 sudahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh, sudah ada plan nih. hihi

      Delete
  4. saya pon suka barang free mcm ni :)

    ReplyDelete
  5. samelah kite....brg free...bonus tuuu..hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?