Ikut Belakang

Monday, May 21, 2012

Benda Yang Tidak Kelakar

Dah masuk ward tapi OP still tak jalan lagi. Mati kutu je dekat wad, makan tidur bangun, pegi kantin beli makan, tidur lagi. Tak ada makanan best kat kantin, pegi Hospimart. Beli benda-benda merepek pulak. Habis duit macamni. Kejap-kejap milo ais, pastu milo panas. Nasi ayam goreng hari-hari, ngantuk tido. Naik pening pulak, padahal penjaga je. Haha. Yang orang sakit memang tak boleh gerak lagi mati kutu, mak kutu, ayah kutu dan semua orang yang suka main kutu.

Asyik tangguh dari hari Selasa lepas, aku cuti 2 hari ingatkan OP jalan tapi lepas esok, esok pulak, esok lagi. Semalam aku dah naik KTM ke KL, suami sms dia dah dipakai baju OP yang kaler putih tu, siap telan ubat penenang sebelum masuk OT. Aku yang ondaway ke KL ralat pulak tinggalkan dia sorang-sorang.

Bila dah sampai di rumah, melayan perasaan, melayan sms saudara mara sahabat handai yang bertanya. Aku tertido pukul berapa pun aku tak ingat. Bangun-bangun dah pukul 11.30 malam, kendian masuk sms dari suami rupanya dia tak jadi operate. Doc batalkan setibanya di depan OT. Masalahnya suami dah kena ubat penenang, dah tak sedar, pukul 11.30malam dia sedar dia dah di katil wad. Alih-alih tengok tak ada apa-apa efek kat tangan, nurse bagitahu OP cancel tadi. Aih cuak betul sebabkan dia tak sedar kitorang ingat OP berjalan la. Padahal yilek.

Doc kata pagi tadi kena pose, OP petang atau malam. Dah 6 hari asyik pose, batal, pose batal, pose, batal lagi. Suruh makan kol 12pm, kol 2.00pm pose balik. Pastu terbatal pose curi-curi makan chipsmore sebab lapar sangat. Ada ke satu hari pose start 12 malam, pukul 7 malam baru boleh makan. Tak ke lemau? Pose ramadhan pun berapa jam je.

Entahla. Aku yang pening. Kang tak pasal-pasal kalau aku cuti tapi OP masih tak jalan, rugilaaa... Cuti bukan banyak nih, nak simpan untuk raya, nak balik kampung...

Tweet : Langsung tidak kelakar. Ngantuknye (terus ukur meja...zzzzzzz)

16 comments:

  1. hospital mana k.Ell?birokrasi betul lah..kenapa asyik tangguh jer?susahkan patient jer macam tu..teruk lah..


    sama umo dengan kakak yana..panggil Kak Ell la ya..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. HTAR, Klang. Entahla. givap dah... penat

      Delete
  2. Alasan apa dorang bagi sampai kena tangguh banyak kali.. Janganlah susahkan pesakit dan keluarga pesakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alasannya, banyak kes lain yang emergency. tapi kes suami yg infected ni tidak emergency bagi dorang. kalau jadi pape sape yg susah..

      Delete
  3. Kenapa pulak dia orang tangguh selepas bagi bius tu? Hairan sungguh aih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah kakcik. katanya banyak emergency case yg lain.

      Delete
  4. Adoi...seksanya. Govt ke? Ish...sian lak kat awak. Klu sy pun, sy lemau kat spital tu. Serba serbi tak kena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. gov kak. lemau tahap 10 memang tak tau nak watpe dah...

      Delete
  5. Replies
    1. Haha, idea bijak. tapi mengorat dr.bedah lagi rare kot

      Delete
  6. Macamana boleh batal selalu nie,sabarlah Ell harap lepas nie akan berjln lancar spt yg diharap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya kes emergency lain patut di priority kan...

      Delete
  7. mesti hopsital kerajaan kan..agaknya sbb tu org suka gi swasta

    ReplyDelete
    Replies
    1. gov kak. sebab pakar ortho rujuk kat HTAR.

      Delete
  8. biasalah tu pengalaman sepital gomen. bertabah ye, duk sepital perabih duit banyakkan, asyik makan ngan minum kat cafe dapat plak pau rendang daging yang mantop. cik ina makan garam dululah.la la la la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. pau macam-macam rasa ada kan cik ina. saya asik perabih duit beli milo ais.

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?