Ikut Belakang

Monday, May 28, 2012

Hati Tidak Tenang

Hari ini sungguh tidak tenang hati nan sekeping. Cewahhh. Sebenarnya dari Hari Jumaat lepas lagi hati ini berdentam-dentum. Semuanya pasal kes cover-cover ni ha. Dulu semua setuju akan menurut segala perintah mak nenek, sekarang tengok apa jadi.

Lepas sorang-sorang ingkar arahan, orang lain jadi mangsa. Sampai masa tak nak cover mulalah ambil cuti, emergency leave, MC etc. Last-last anak panah kena kat aku balik. Yang menjadi masalah sekarang kan, hari tu kes jenayah yang aku kena cover tu belum settle lagi. Dah dapat arahan aku kena cover kes hi-court sampai ada pengganti. Sampai ada pengganti. Cuba anda fikir, berapa banyakkah kerja aku di opis asal (sekarang), di mahkamah jenayah dan hi-court? Termasuk kerja update blog. Cuba kira? Aku kantoi maths jadi aku surrender.

Korang ingat senang ke taip nota prosiding kes? Senang? OK amat senang sahaja, cuba darab dengan 12 kes rayuan setiap bulan. Maunya berdarah telinga dan krem jari nkau! Demi mengejar dateline kau bertungkus lumus tetiba fail no 10 tak setel, masuk lagi beratur-atur macam buku latih tubi SPM. Bukan Demi Moore atau Demi Lovato.

Demi mengejar dateline, bos kau akan quiry kalau kau nak cuti satu atau dua hari menjaga suami kat hospital. Masa tu bos quiry berapa banyak lagi cuti kau, berapa banyak lagi kerja kau tak siap, berapa banyak yang dah siap? Sambil kena sedas 'pastikan fail rayuan semua on track'. Sambil suruh aku listing kes-kes tersebut. Nak berdarah kornea mata aku sekali lagi?

Kau ingat senang ke nak cover kes jenayah? Taip prosiding real time dalam bilik yang kena captured setiap patah perkataan yang loyer dan saksi cakap (kena pulak cakap laju macam bertih jagung dan M16), campur pulak ginjal dan usus kau krem time tu nak kencing nak berak sebab biasa kes jalan sehingga 1-2 jam non stop (kadang-kadang sampai soalan pada hari itu setel).

Dan senang ke nak cover hi-court? Namanya pun hi (high) jadi semua expectation very the hi dari A sampai Z, kecik zarah sampai besar gajah. Dari staf kecik sampai bos besar, semua hi. Amboi kau bercakap macam aku ni tak bersyukur ada kerja. Dah la aku emo tarikh aku cover kena hari Sabtu dan Ahad (gila suruh aku OT ke? Ada orang datang jugak Sabtu Ahad?) rupanya salah teknikal orang yang buat surat tak tengok kalendar Masihi. Huh.

Sekarang dalam pala otak ni dah menggambarkan kampung halaman, wajah-wajah orang tua kesayangan, cuti sekolah dengan anak-anak buah yang comel sedang main bola bermula dinihari. Uwaaa... Akukah yang tidak bersyukur? Akukah yang tidak bernasib baik? Semua aku? Aku yang kena cover semua? Belahlah badan aku ini, klonlah kromosom-kromosom aku. Aku tak tahan lagi. Kapilari darah tersumbat. Wajah sendu hari ini tidak bergaya.

Bukan aku canang kerja aku best, tapi kalau tak nak aku mati muda, anak pun tak ada lagi ni janganlah buli aku macam ni. Ingat nama Suhaiella ni best dan glemer sangat ke? Dah la orang semua ingat mak aku bagi nama time ni salah spelling. No, it is on purpose. Mensengajakan sehingga cikgu-cikgu sekolah dan kawan-kawan berbelit nak sebut sehinggakan eja pun main taram masing-masing. Puas sijil aku tayang tapi semuanya tak laku disebabkan nama salah eja. Emo. Kira ok lagi bukan Shyakyrra Mhyrra OK?

 Klik tumbesaran
Muka aku sekarang dah tak ___, dari dulu pun tak ___, kenalah terima. Tanda pentuaan menjelma dengan cepat. Muka sememeh tak ada darah, kalau toreh sekarang keluar darah putih sebab hati suci dan kudus.


Tweet : Tumpang lalu taip entri emo. Kalau tak ada blog ni, 99.9% kemungkinan aku akan tulis surat layang kat admin.

22 comments:

  1. Emo emo pun, masih boleh curah rasa dengan ayat yang tersusun cantik tu, kira ok la Ell. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, menjaga sensitiviti sejagat kakcik. kang orang lain yg emo pulak ngn saya. hakikatnya tak boleh tahan dahhh

      Delete
  2. Hahhaha...memang lawak dan menggelikan ketiak..memang la faham sangat2 tugas awak tu sebab kita ni boleh dikatakan sealiran lah jugak...memang biasa dah tengok staff yang rasa nek berguling atas lantaio sebab hypertension..sabar ye..hehehe..lawak la..tq sebab bagi saya tergelak..tak patutkan..?tapi awak ni lucu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, lucu ke. kadang2 je lucu. dalam hati ni macam nak sepak je punggung sendiri.

      Delete
  3. Hehehehehe...sabar ye awak? Pas siap seme keje2 tu, ley la g holiday. Err...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, tiada kemungkinan untuk siap... huhu

      Delete
  4. moga-moga bos kat opis tu bacalah entry ni.. macam kat opis ai tu, stress gile kat bos dia, dia pun buat entry khas utk bos dia.. hahaha.. memanglah lucu olahan ayat dia macam eLL buat tapi sekurang-kurangnya kita dapat meredakan tekanan dalam diri kita kan.. ;) tak perlu pun bahasa kasar sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh taknak bos baca. karang jadi perang. haha. langsung kena kick

      Delete
  5. lain kali buat keje sendiri je... tak payah nak cover2 sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. arahan pihak atasan yang senang sepak kita macam bola, nak watcaner...

      Delete
  6. haha darah putih darah mahsuri la k.ell..ekeke..
    mesti akak power menaip kan?dah nak kena taip laju2 semua tu kan..tak reti nak sebut..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahsuri on da way. haha.
      takdelah terer, tunggang langgang jugak tapi biasanya pas taip tu baru buat correction.

      Delete
  7. inilah pengorbanan yang mengorbankan diri..huhu
    sabor jelah dik...selagi sihat kalau dah tak sihat
    nanti MC jek ..hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terkorban. kalau ada pengganti baru boleh MC/EL kak. huhu

      Delete
  8. perghh mesti akak menaip macam peluru ni. hebatt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak taip patuk-patuk je, itupun dorang boleh amik akak menaip. Hehe

      Delete
  9. hahaha ! terkejut nauu tengok gambar mata panda tu. hehehe :3 comel kott :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, comel macam Panda dan bukan comel macam akak. :P

      Delete
  10. Hi kak ell!:)

    rindu dah lama x bc entry akk y emo..ngee..jgn mare..haha..

    uiiiikkk ira y bc pn rs nak emo kottttttt..mcm akk sorang je kerja kat situ..ini tidak adil ini tidak adil!huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena la nyanyi lagi yuna, ini tidak adil, tidak adil bagiku....

      Delete
  11. agak belit jugak la name tu kak tapi unik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihsan,
      hahaha. thanks, tapi semua orang cakap nama tu pelik.

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?