Ikut Belakang

Friday, May 11, 2012

Komunikasi Dua Hala

Hala tuju komunikasi memang penting. Sebab itu dipanggil komunikasi dua hala. Kalau tiga hala bermakna ada tiga orang dan so on. Tapi tahukah kamu ada binatang bernama 'hala'? Ia seakan-akan harimau/rimau. Kalau mak kamu garang macam harimau, mak kamu itu bukan hala tau. Mak aku yang bagitau sebab yelah, kitorang stail kampung-kampung ulu jadi still guna perkataan itu lagi. Walaupun masa kecik dulu mak aku garang, tidak sama sekali beliau itu 'hala'. Kalau kamu bertanya pada mak kamu sama ada wujud atau tidak, pernah nampak atau tidak binatang 'hala' dan kalau dia tidak tahu bermakna binatang tersebut telah pupus. Case closed. Pasal komunikasi yang betul-betul nanti la aku borak lagi.

Tweet1 : Saja je cerita pasal ni. Nak tenangkan hati yang gundah selepas dapat berita mengenai rombakan kabinet (bukan kabinet/almari) aku yang roboh dirombak anai-anai tetapi rombakan tatacara atau lebih senang dipanggil penempatan semula PA-PA yang ada dalam Mahkamah nih. Sedih sebab kitorang semua tidak attach dengan bos, melainkan kami ni semua free of charge. Hehe, bukan, kami ni semua pool. Bukan kacang pool atau pool tempat swimming tapi pool tiada kaitan dengan siapa-siapa. Siapa nak aku, silakan hello, sms tak dilayan. Jadi beban kerja meningkat berganda-ganda. Pastu pulak kami ni dinamakan sebagai menumpang duduk untuk buat kerja di meja kami yang asal ini.

Tweet2 : Dan nak tenangkan hati sebab selepas appointment suami pagi tadi dengan Dr. Ortho, suami akan masuk Hospital Klang Isnin depan sebab nak keluarkan set besinya yang kat lengan atas sebab-sebab infected dah. Perghhh. Macamane ni, hati sungguh tidak tenteram. Satu, pasal cuti. Bos aku dahla tak open pasal cuti-cuti nih. Dua, berapa lama suami dalam ward aku tidak tahu. Prosedur biasa, 3 hari lepas operate dah boleh balik. Kalau boleh balik. Nak tunggu time operate lagi? Tiga, aku dah blank. Kosong, kosong, kosong. Nangis, nangis, nangis.

Additional : Okay, cakap pasal bos pulak tadi dia kirim makan. Dia cakap nasi putih dan ayam goreng. Aku beli. Tetiba dia cakap aku tak logik belikan dia nasi putih dan ayam goreng je. (Maksudnya takkan nak makan kering-kering macam tu). Dia cakap tadi dia order kat aku nasi kukus, bukan nasi yang macam aku belikan. Aku nak terpengsan kejap. Rasanya ada lagi note aku tulis nasi putih dan ayam goreng. Tapi bila aku offer nak pergi belikan lauk lain atau sayur, dia cakap takpe dia makan je yang mana ada. Tapi aku tahu dia marah aku. Hoi, lagi la buat aku susah hati.

Lagi susah  hati, minggu depan ada edit audit 5's dan seminar wajib. Bingung. Kalau aku tercuti macamana ni....

16 comments:

  1. hala? x penah dgr lak hewan dgn nama camtu..hala tuju tu taula


    boss mmg cenggitula kan..apa nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik.

      dia bos kak, sukati dia je nak atau tak nak

      Delete
  2. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ell.

    ReplyDelete
  3. Binatang nama "HALA" tu sm tak penah dengar...

    buat yang terbaek oke? insyaAllah di permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, binatang tu org-org tua je guna

      Delete
  4. halaqah... 5s tu merepek jer...tmpat gua 5s dah tinggal 1s... sentiasa amal je yg masih kekal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tah pape tah. malas dah nak buat. bila la nak berakhir

      Delete
  5. semoga hencek suami baik-baik saja. dan dipermudahakan segala urusan. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ELL ye.

    sabau je boss ko tu.Dah lah orang tolong belikan banyak plak cikadaknya. sedih mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah cik ina, dia kan bos. bila-bila je dia boleh pusing

      Delete
  7. sabau, ye...?

    kesenangan menunggu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kita suka bila uncle bagi nasihat.

      Delete
  8. eee mengade nye bos tu. ingat kite ni alien ke boleh baca fkiran dia nak nasik ada kuah ke apa. haha. hensem tak ell?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?