Ikut Belakang

Wednesday, May 9, 2012

Rekod Terpecah

Balik kerja semalam tak lapar sangat tapi sengaja mahu memenuhkan keinginan hawa nafsu, aku beli laksa Makcik Stesen Bas Universiti.
Pastu sampai rumah terus mandi, do the laundry. Sebenarnya rendam je dan cita-cita nak basuh la lepas mandi. Tapi cita-cita memang tak kesampaian sejak dari Darjah 1 lagi nak jadi babysitter kan. Jadi aku pulun baca novel, memang apesal pecah rekod tak habis novel dalam satu malam. Iye, biasa pulun novel 500+ pages pun aku boleh habiskan ini pulak 400+ je. Haha.

Pecah rekod jugak sebab bangun 5.15 pagi sambung basuh baju dan spin. Berpeluh-peluh even lepas mandi nak rendam softener lagi, spin, iron baju, pakai baju, pakai bedak sikit dan siap terus sidai. Kan tak pernah-pernah aku basuh baju time pagi.

6.30 pagi tepat baru keluar pergi kejar LRT. Adoi, sengaja tempah kelambatan dan kehuru-haraan. 6.30 pagi sekarang macam pukul 8.00 pagi, terang-benderang. Dalam hati terus berdoa semoga Pakcik bas tak tinggalkan aku. Boleh pulak dalam LRT dan bas continue baca novel. Gila. Pastu sendiri pening-pening kepala. Cita-cita nak sarapan kuih tapi terus terbeli nasi goreng sebab tak tahan angin dalam perut dah macam tsunami.

Harap-harap hari ini pas balik kerja boleh lipat baju yang bertimbun-timbun sejak beberapa minggu yang lepas. Macam gunung Everest dah gayanya. Yang bersangkut dekat rail pun banyak jugak. Cita-cita jelah, sape yang cita-cita dia tercapai memang respek habis la... Urghhh


18 comments:

  1. 6.30 pagi selalnya kakcik dah tercongok kat pejabat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnya kakcik... hihi rajin la kakcik datang awal

      Delete
  2. 6.30 pagi tu dah kira lambat bagi ai sebab nak kena hadap jalan jem pulak..
    tang baju.. kalau time keje memang kena tunggu hujung minggulah baru ada masa nak lipat.. la ni cuti panjang, maka hari2 ada banyakkkk masa untuk basuh dan lipat baju.. hikhikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal jugak aizamia... hihi

      saya ujung minggu kat rumah lain, itu yang meliat sikit...

      Delete
  3. awal bangun 5.15pg..:)
    harap cite2 tu tercapai lah yew..lipat baju..hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tido awal sebab cita-cita nak basuh baju tidak tercapai. bangun pagi sebab takut baju busuk kepam dalam baldi. haha

      Delete
  4. cita-cita tercapai dengan adanya usaha. semoga berjaya ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, semoga rajinlah aku berusaha.

      Delete
  5. ahaha bahaya betul penangan novel..takper semoga cita2 jadi kenyataan..kena ada usahah n tekad yang kuat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kuat semangat dan rajin 8 juta kali ganda. haha

      Delete
  6. assalam :)

    hai, lebih kurang la kita. saya punya baju dekat 3 hari berlonggok x berlipat.. x pernah sampai cita2 nk melipat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam.
      amna punya 3 hari, saya punya lebih 3 minggu. haha

      Delete
  7. Rajinnya Ell baca novel....
    Kak Nurul seminggu sekali lipat baju,huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rajin baca novel sebab malas nak lipat baju. Haha

      Delete
  8. salam kenal dikk
    bagus lah belajar bangun awal .. lipat baju semua
    dah kawin , semua tuu jadi mudah ! .. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. salam kenal kak.
      mudah je sebenarnya tapi M besar sangat

      Delete
  9. padat diary harian tu ELL. nanti ELL dah anak lgi sibuk : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ina, bukan jadual yang padat. sebab malas je. haha

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?