Ikut Belakang

Friday, June 29, 2012

Empat Ekor Haiwan Comel



Entah pada tarikh bila, tapi yang pasti hari Sabtu. Aku mengidam nak tengok citer Madagascar 3. Sebab kami berdua suka kartun. Takmolah layan citer yang sedih-sedih kan. Kalau romantic comedy memang tak juga sebab lucunya berbeza, kalau animasi kelucuan dan kecomelannya pun berganda-ganda.

Memang enjoy dan best giler. 1juta bintang untuk Madagascar 3. Ada 2 siri sebelum ni, yang kedua macam tak menarik sangat sebab banyak citer pasal Alex je (sebab dia lead) tapi macam boring pulak. Berbeza dengan siri ketiga yang memang bagus. Disamping mereka 4 ekor, Gloria si Hyppo, Alex si Singa, Marty si Zebra dan Melman si Zirafah adanya penambahan watak-watak baru. Aku tak kenal pun nama anjing laut, cheetah girl dan harimau tu. Pilihan aku? Tentulah Melman sebab aku suka zirafah. Muhahaha.

Kami gelak paling over di dunia. Memula servey di JJ Bukit Raja tapi takde yang awal. Suami pujuk tengok je dekat 1 Plaza di Kuala Selangor. Mulanya bimbang takut takde tiket dah tapi rupanya tak ramai orang. Memang best dan terbaik (okey over, tahu).

Suami memang gelak paling kuat. Sampai ada time dia kesat air mata dengan tangan aku. Ai, itu air mata ke hingus? Gelak sampai terkeluar air mata, memang naya la kan. Apa pun, enjoy. Tak tahulah still ada ke tak tayangan untuk Madagascar 3 nih. Berita ni pulak memang suka backdated. Nasib, nasib.

Afro, afro, polka dot, polka dot - lagu Marty nanyi dalam Madagascar 3
I live to move it, move it - lagu tema biasa Madagascar

Tweet  :Yahoo, nak tengok citer Brave dan Ice Age 4. Yahoo. Paling tak sabar Ice Age 4 yang keluar 12 Julai nih (kalau tak silap)

10 comments:

  1. one plaza tak pernah menghampakan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat. terbaik bak kata budak-budak sekarang.

      Delete
  2. As salam ell,

    Eh, suke tgk kartun rupanye hubby & wifey ni patutlah mcm kanak2 ribena! Ceria jerk..hehee ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam kak marya

      hehe. ceria selalu kan kak

      Delete
  3. haha lawak lah kesat airmata dekat tangan K.ell..memang lucu habis la tu sampai kua air mata kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucu habis la yana, sakit organ dalaman kitorang

      Delete
  4. haha.,..ni mesti lawak sangat ni sampai keluar air mata..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis,
      lawak sangat. tak sabar nak download citer nih

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?