Ikut Belakang

Tuesday, June 19, 2012

Flora dan Fauna

Hari ini mari kita buat lawatan sambil belajar. Belajar mengenali flora dan fauna serta tumbuhan hijau. Lokasi kali ini ialah di perkarangan rumah FMIL. Nampak benor menantunya ini takde kerja lain selain merayap cek kawasan.

Ini anak pokok rambutan. Entah kenapa dimakan ulat pulak. Kes ini dinamakan ulat naik daun. Kesian ulat sebab dituduh menggatal sebab takde kena mengena dengan naik daun dan gatal. Kebetulan ulat merembes kegatalan kalau terkena pada kulit manusia.


Ini pokok cili menantu (ehem) yang tanam. Alahai sebiji je. Lihat daunnya, sungguh berpenyakit kan. Ini kes suami yang menyiram beliau dengan air keli. Aku dah merayu jangan siram dengan air keli lagi. Kalau nak siram jugak siram terus di pangkal pokoknya. Kalau tak, jadi macam ni lah. Berkulapuk.

 Pokok bendi suami yang tanam. Nak tunggu beliau berbuah (lama lagi)

 Anak pokok jagung. Ada lima pokok yang baru ditunaskan. Suami jugak yang tanam.

 Lihat embun di hujun daun. Bukan embun sebenarnya tapi air siraman.

Pokok letup-letup. Tahukah anda aku mengelentong adik lelaki aku dengan mengatakan pokok ini pokok maple sebab dia pun tak tahu nama. Kebetulan masa itu aku terpengaruh dengan novel "Di Bawah Pohon Maple". Errr, bukan nama sebenar tapi ada la perkataan "maple" tu. Itu kes masa aku sekolah rendah.

 Ini tak tahu pokok pe. Pokok liar kot.

Belimbing. Belimbing buluh? Belimbing batu? Hiks. Tak tahu. Tapi ini kan kat belakang rumah Cikgu Ali. Cikgu dah berpindah. Lebatnya bergayut-gayutan. Kalau buat sambal hitam sedap nih

 Bunga belimbing. Cantik pulak.

 Pokok mengkudu

 Pokok pelam. Masa ni kerengga dah mengetip kaki aku. Buah punyala banyak sampai dah buat jeruk, kerabu, cicah. Subur betul dia kan.

 Anak pokok betik. Mintak-mintakla berbuah lebat. Suami tanam.

 Ha, nampak tak? Biar-la-awak

 Kenal? Buah saga. Merah betul. Aku tak tahu apa kegunaan buah saga. Adakah boleh dimakan? Sebab banyak betul kat sini

 Ini anak-anak pokok saga.

Ini baru pertama kali aku kenal. (Kat umah nenek). Pokok pucuk meranti. Boleh dibuat ulam pucuknya. Buahnya tidak dimakan. Buah yang masak warna purple. Kalau sekali imbas macam buah terung pipit kan.

20 comments:

  1. banyaknya belimbing buluh tu kak...makan sodap tu...

    ReplyDelete
  2. Belimbing buluh tu dibuat masak lemak cili api dengan ikan sungai (ikan laut pun boleh) = sedappppp. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kakcik? saya tak pernah letak. nanti kite cuba

      Delete
  3. mana faunanya k.ell?biar la awak ek?hahaha..
    pakai camera apa ni lawa jer shoot gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fauna tu adelah...ni mst nak tgk gambo bebetul ni. Hahahahah! Tu biawak tu! Tuuuuuuuuuuuuuu!

      Eh, sape punye blog nie?

      Delete
    2. Yana, biar la awak tu la faunanya.
      haha,
      sesuai dengan maksudnya memang kami biarkan je dia melilau cari makan

      Delete
    3. kak fara, salah masuk belog ke? haha

      Delete
  4. Bestnya....nilah yg dinamakan lawatan smbl belaja. Yehaaa! Sbnrnya geram dgn belimbing buluh tu. Bt masak lomak cili apo daging slaai tu....peh!!!!!!!!!!!! Mak mentuo lalu blkg pun, den takkan pasan laie da!

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, tak pernah masak lemak letak belimbing. kalau benar bagai dikata, boleh try nih. haha

      Delete
  5. menariknya.. zaman kecil2 dulu penah nampak buah saga ni.. sekarang memang tak de lagi

    ReplyDelete
  6. zaman skrg payah nak cari org yg rajin tanam2 ulam2 macam nie .. umah akk tuu , harapkan mak
    tangan akk panas .. sokmoo x menjadi .. even serai yg mudah nak idup .. x lama lepas tuu dia layuu aje huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, ada jgk yg tangan panas. saya ni pulak ada penyakit malas. haha

      Delete
  7. saya suka makan belimbing tu,, masin masin masam.. suka makan campur dengan nasi.. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dimakan macam tu ye cikgu? kalau saya, cicah dengan kicap dan garam je. hehe

      Delete
  8. cantik jadi daun pokok rambutan tu yek
    jadi berseni pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takutnya terbantut dan mati pulak kak...

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?