Ikut Belakang

Friday, June 22, 2012

Gaya Hidup Sihat

Penatnya pergi kursus kecergasan dan kesihatan gaya hidup sihat mak aih panjangnya tajuk kursus. Erm, patutlah menghilang dua hari ye dak. Ada orang kisah kau nak hilang banyak hari pun? Haha. Balik dah penat, malam memang mintak maaf banyak-banyak memang tak kan online punya. Takleh campur gaul urusan keluargawi dengan blogawi, nanti tak cukup time tidur mulalah nak emo-rasuk orang lain. Takdelah gurau je.

Apa impak kursus pada aku? Haha, banyak. Mulanya memang sebab dah lama tak bersenam. Sebelum kahwin setiap minggu pergi joging amboi yeke? Ye. Pusing tasik UM dua kali dah terjelir. Balik joging terus macam nak muntah (serius, aku tercongok depan longkang). Hoi, mungkin angin kot. Tapi, yang salahnya ialah kita mencari alasan dan menyalahkan perkahwinan. Contoh macam tadilah, sebelum kahwin fit, boleh jog, senam bla bla bla. Jangan sesekali macam tu ye adik-adik.

Impaknya juga baru ku tahu kandungan lemak dalam badan terlebih. Haha. 31% lemak pergh kemain boleh buat stok cheesdale. Pastu, pastu berat badan meningkat 10kgs. Sebelum ni 56kg kan. Tetiba 3 bulan cuti duk rumah, amekau naik 7kgs. Lepas cuti, tambah lagi 3kgs. Senangnya hati. Pastu encik tu cakap kena turun berat badan sebab dah tak padan dengan ketinggian yang cuma 162cm. BMI pun highest normal, 25.7.

Nasib baiklah paras gula dalam darah 5.2 je. Yang sadisnya kena cucuk 2x sebab kali pertama jarum kecik, darah segan nak keluar, adik nurse tu siap perah-perah dan tonggeng-tonggeng jari aku lagi. Pastu dia cakap, kena tukar jarum tebal ye kak. Huhu. Yela dik.

Kalau ikutkan blood pressure adalah normal, alhamdulillah sebab takut jugak penyakit keturunan darah tinggi ni kan. Bacaan tekanan darah 127/72 (87). Cuak jugak sebab kebelakangan ni kan stress, takut je darah naik. Bila cek heart beat pun ok lagi, alhamdulillah.

Pastu buat aktiviti pulak. Yang ini tak tahan. Bangun tubi bervariasi, tekan tubi tanpa henti, duduk lunjur jangkau, lompat jauh berdiri, lari ulang alik 10 meter dan lari 2.4 km. Alamak sakit segala sendi. Resultnya? Sangatlah sederhana. Hanya acara lari je boleh dibanggakan. 10km ulang alik tu 12saat. Lari 2.4km tu 18minit 20 saat. Itu je, yang lain-lain hampeh. Sentap tau.

Sedapnya kalau boleh cuti dan tidur puas-puas melegakan sakit urat dan otot ni kan. Tanamlah azam lepas ni nak kawal makan sebaik mungkin demi kesihatan tubuh yang optimum. Sayangi tubuh badan sendiri, jangan badan lebih tua dari usia. Muhahahaha. Sekian. Majulah sukan untuk negara. Jangan tanam tebu di pinggir bibir je.
 
senaman macam ni boleh tak?
Tweet : Sebenarnya, nak kawal makan bukan semata-mata nak cergas dan yakin diri tapi demi elakkan penyakit. Jangan diet-diet yang boleh membahayakan diri, jangan berlapar. Kawan-kawan sekeliling jangan sinis kalau member sebelah amik nasi sesenduk. Biarlah dia, asalkan dia sihat bahagia

16 comments:

  1. senaman ni penting kan..saya ni dah cuba kawal makan..tapi tak excercise..tak turun jugak beratnya..-__-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, saya exercise turun naik tangga kejar lrt dan ktm je. haha

      Delete
  2. Tak kose sy nak diet berlapo. Sy mkn nasi mmg sesenduk tp bukan ala2. Sesenduk sy mcm gunung kinabalu. Wahahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, saya memang amek sesenduk tapi 5x makan. boleh kurus tak agak2? haha

      Delete
  3. la ni macam tak terkawal lak.. kerap lapar.. penangan dak Nuha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, akak kena berpantang semula ni...

      Delete
  4. untungnya jadi lelaki, xyah nak berdiet2 segala... orang lelaki sentiasa aktif dengan kerja2 fizikal yang berat.. apa pun sentiasa amalkan senaman at least dua kali seminggudemi jantung tercinta.. ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya, lemak tidak terselit di mana-mana kan. setakat senaman kardio 2minit dan buat secara banyak set dah kira OK kan.

      Delete
  5. alahhh x nak arr beli cheesedale kalau buat dari lelemak ell


    eh awak tinggi jugak rupanyaa yaa..ingtakan bantut cam ahkak HAHAH

    tul tu ell bior usia tua jgn bdn tua HAHAH sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, mari-mari kikis cheesedale ni ha.
      takdela tinggi kak, bila dicampur dengan gemuk, jadi bantut gak. hehe

      Delete
  6. nak makan byk boleh je asalkan exercise pun rajin buat...

    ReplyDelete
  7. ct konon nak diet, tp jumpe nasi, tetap gak nk bersenduk2 ..hehehe

    ReplyDelete
  8. wah boleh cek eyh banyak mana lemak dalam badan kita?huhu..tinggi jugak k.ell ni..162cm tu ketinggian model dah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bukan model yana oi, gabak dah. leher pun tenggelam dah

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?