Ikut Belakang

Monday, June 25, 2012

Master Chef & Selebriti

Arghhh, takde cerita la hujung minggu. Hanya masak spageti bolognaise dan makan sampai tak cukup satu plastik? Ye, makan berdua macam setahun tak jumpa. Itu maknanya (a) masakan aku sedap *Pengsan (b) tengah ada selera (c) memang feveret (d) buang tebiat (e) pelahap dan gelojoh.

Aku masak pun ala-ala camping, lebur semua bahan dalam rice cooker. Kau ada? Hahahaha, sebab rice cooker je ada. Malas nak beli gas. Mak aih perangai malas memang takleh blah.

Selepas habis menshopping di Carrefour yang nyata lebih murah daripada Tesco(?) perut lapar, singgah makan di Tat Nasi Ayam di area Carrefour tu. Pergh ramai orang area situ ye. Siap ada yang selebret bestday bawa kek lagi. First time makan kat situ, biasa je makanannya. Kesedapan ni berbeza-beza kan.

Pas makan, barulah memandu ke rumah. Haha, ntah kenapa pecah rekod tak tidur dalam kereta plak malam tu. Teruja nak masak spageti kot? Sesampai di rumah terus acara memasak. Suami kata dia nak rasa je, masa tu dah pukul 12 malam. Rasa punya rasa, herm dua tiga kali tambah. Sambil borak sambil suap tak sedar berapa kali suap sampai perut masing-masing sebu dah.

Esoknya sambung lagi makan spageti. Amboi, western habis. Pulaktu hujan merenyai-renyai tidur memang best. Azam senaman memang tinggal azam. Haha. Malam Sabtu tu pulak pergi beli lauk nak masak nasi beriyani. Suami paling teruja. Dia paling suka tayang muka kat tepi periuk, godek-godek, sambil mulut muncung-muncung mintak pass kan itu ini. Sebab tangan dah pegang sudip maka, mulut je la main peranan, hebat betul.

Kami makan nasi beriyani perisa kari (rempah beriyani Maggi) sebab tak jumpa yang lain-lain. Haha, akhirnya, hanya kutip ayam jela. Esoknya Ahad, untuk makan malam kami menyerang kedai Ayamas bersama kupon Ayamas 25%. Kami beli ayam sekor. Nasi masak sendiri ala-ala ayamas jugak *pengsan. Hahaha.

Dulu masa kecik-kecik, aku main masak-masak siap kutip benda ni buat keropok atau kuih. Kutip sekeping-sekeping. Masa kecik, pemikiran tanpa sempadan kan? Minggu lepas ter-jumpa Siti Sarah & Shuib serta anaknya yang comel lote sangat tembam Uwais kat Tesco Kuala Selangor. Tapi tak tegur sebab segan. T_T

26 comments:

  1. Gambo apa yang terakhir tu? Lumpur kering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kakcik. lumpur kering tu saya buat main masak-masak masa saya kecik.

      Delete
    2. Yes.. akak main lumpur tu campur ngan air umpama jd kuah kacang atau gulai.. he he.. atau jadikan kuih/ biskut bakar atas penutup tin.. pengotor sungguh la time tuh!!

      Delete
    3. saya masak tanah buat macam nasik. gentel2 lumpur buat biskut. haha.

      Delete
  2. Hahahahaha! Tibe2 sy gelak dgn komen Kakcik. Ha`ah, ape kaitan dgn gamba lumpur kering tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaitannya masa dulu-dulu kan saya main masak-masak dengan lumpur kering tu.
      :D

      Delete
  3. tanah laterit kering ni akak pon wat main masa kecik dulu.


    kemahen ko wat acara makan spagetthi di waktu tgh malam kan hihi..habisla perut buncit x tahu aiyokk hihi


    apesal x tegur..ambek gamba sekali tepek kat sini kasik akak jeles hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yg penting perut kenyang hati senang tidur nyenyak. haha.

      segan la nak tegur kak, saya ni pemalu

      Delete
  4. tekak western sekejap.. ;)

    kat Meru ni langsung tak hujan2 lagi.. panas kering rasanya..

    nak makan nasi berani akak tak payah g kedai.. en. suami buatkan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kuala selangor sabtu ahad hujan alhamdulillah. sekarang ni kitorang lebih suka try and error je kak

      Delete
  5. Singgah n follow..

    emm betul tu ell dulu tecik2 kutip tanah buat biskut lah apalah siap bakar atas api lagi.. wah kemain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bestnya dulu-dulu konon nak masak. bila dah besar malas masak pulak. adusss

      Delete
  6. ringkas betul cara masak k.ell tanpa gas?teringat zaman belajar dulu..masak pakai rice cooker..yana jong makan jer tapinya..keh3..

    ReplyDelete
  7. As salam Ell,

    Asal akak masuk blog kamu pasti nak ketawa! hak3... Cerita spaghetti, nasi ayam, ayamas tp gambar akhir sekali gambar lumpur kering! alamak potong stim! hehehe...

    Ell,

    Melalui tulisan seseorg kite boleh agak bagaimana org tu... Akak rs kamu mmg kelakar & bahagia orgnya... Kata2 kamu ttg definisi bahagia itu sgt benar! Kita yg mencorak, membentuk, mencipta dunia serta kebahagiaan kite sendiri... perfecto! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak marya

      haha, thanks. happy sebab ada jugak yg terhibur, itulah matlamatnya. hehe

      ye kak, melalui tulisan pun kita dapat tahu personaliliti seseorang. contoh kalau dalam blog ayat mencarut mesti kita bayangkan tuannya macamana kan?

      Delete
  8. yeke...care4 lagi murah dari tesco?

    tapi kak ati dah jd regular customer kat tesco
    bye2 care4 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahula kak, kadang2 time ada sales je kot.

      :D

      Delete
  9. tesco ke, care4 ke, giant ke semua mahal, kecuali time offer gila, sebabnya, lain yg nak dibeli benda tambahan plak yg disambar...

    seronoknya baca kisah husb & wife yg simple cam ni, kalau suami akak,... lepas masak, lauk dah sejuk br bangun tidur sebab tidur lagi best,.. aduhhsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kalau lapar masak, malas masak beli. bila kenyang tidur. haha

      setuju pasaraya semua murah time sale je.

      Delete
  10. suami akak macam ayah saya la..bila masak kat dapur, kitorang adik beradik memang jadi pembantunya untuk hulur itu ini..huhu..

    wahh..kenapalah minggu lepas saya tak pergi tesco kuala selangor..boleh tengok shuib and siti sarah jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menurut perintah kan anis? haha

      ala, kita tak ambil gambar pun sebab segan

      Delete
  11. K.Ell..sayam disayam..akak tak emel lg kam address kat yana?nt emel eyh..yna nak pos adiah tak pos2 lg..hehe
    anadelights@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana, try cek kat spam kot-kot masuk situ. akak dah emel terus berdesup masa keluar entri yana dulu...

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?