Ikut Belakang

Monday, June 4, 2012

Perjalanan Semalam

Entah kenapa bila teringat pasal blog zaman remaja dulu, aku tersenyum sendiri. Tahun 2009 kot. Haha. Dengan ayat, alignment, bahasa, main taram je takde perenggan, maunya sakit otak nak baca. Aku tak tahu apa aku tulis daaa. Kadang, itulah tulisan paling kudus dan terus terang dari aku. Kalau nak baca bahan bacaan lawak ala-ala, suam-suam tu boleh la khatam blog lama aku tu. http://neki.blogdrive.com Bukan aku buat lawak tapi blog tu yang akan melawakkan diri sendiri. Haha. Ada lagi satu blog, srianggerik.blogspot tapi dah tak wujud dah. Aku lupa aku delete atau terdelete sendiri. Hiks. Tapi dalam tu ada cintan-cintun sikit la.

Yang password blogdrive ni pun aku lupa, tapi puas perah keringat nak ingat balik. Bukan apa, sejarah silam memang manis untuk dikenang. Bila review semula, tak ingat dah semua tu.

Maaf ye tak dapat BW/BR/BJ dengan jayanya hari ini, biasalah hari Monday kan. Nak siapkan banyak kerja. dalam otak ni fikir nak bercuti je tapi tak sempat nak arrange cuti. Nangis kang. Entri ini dari pagi aku taip sangkut-sangkut sampai la ni dah dekat lunch.

Hujung minggu aku cuma lepak tonton movie je, pergi Mini MAHA Tg. Karang tapi takde yang best pun, setakat luang masa petang Sabtu, tukar betri jam dan odw ke rumah in laws, tumpang Asar. Pastu gerak ke rumah nenek in laws, lama tak jenguk dorang dekat 3 minggu. Atok lak takde, kitorang nak balik dekat 7malam baru atok balik dari ngayuh (beli lauk), dia tak nampak aku lagi memula. Dah turun basikal baru dia sengih.

Dia tepuk-tepuk bahu dan cakap 'lama atok tunggu, tak datang-datang'. Alahai atok, jangan buat saya sedih tau. Aku cium pipi atuk bertalu-talu tandanya aku bukan sengaja tak datang. Last aku datang sebelum suami operet buang besi minggu lepas. Baru sekarang dah boleh drive, then terus menuju ke rumah atok. Kadang suami tak datang sendiri sebab bila dia pergi sorang ke rumah atok, atok dan nenek (especially atok) akan tanya-tanya-tanya-tanya lagi mana 'ella'.

Pernah suami cerita masa dia pergi hantar anak ikan keli untuk dilepaskan dalam bendang, atok dan nenek tak puas hati dengan jawapan 'ella takde, tak datang, dia kerja' (lebih kurang la ayat), atok siap pergi ke kereta dan jenguk-jenguk kot-kot la aku sengaja ngusik atok dengan menyembunyikan diri. Haha, nenek hanya tinjau dari jauh je. Bila aku takde dalam kereta atok cakap, 'ella mana'. Hehe, atok comel.

Rindu tau, mungkin aku lebih sensitif bab-bab atok nenek sebab atok dan nenek aku dah lama dijemput Ilahi. Jadinya, sebaik mungkin aku jaga atok nenek in laws supaya rindu aku dengan arwah atok nenek aku terubat. Kadang, rindu sangat sampai termimpi-mimpi dibuatnya. aku hanya mampu mengirim do'a dan ayat-ayat Quran bekalan untuk mereka.

Atok ni tetap cergas ngayuh basikal pergi beli lauk dan ngeteh. Walaupun kitorang dah banyak kali tegah tapi atok tetap berpuas hati sekiranya dia sendiri yang pergi beli. Jauh tu dia ngayuh.


Apa yang nenek tengok? Nenek tengok dulu atau aku yang tengok dulu? Apesal atok jadi gelap neh?

 Nenek melatah tau. Entah apa nenek cakap aku pun tak tahu. Haha


Tweet : Ada link daripada Kak Aza pasal majlis kahwin kitorang tahun lepas. Hehe, lama benor punya cerita. BTW, seram dan ngeri aku tengok Final Destination 5. Asyik tunjuk badan terputus je, tension plak. Nasib baik tengok berdua, kalau tak mau termuntah aku sorang-sorang. Tengah dok google nama suami (sebab dia pun ada blog dulu-dulu), tak jumpa blog dia. Baru nak jadi stalker. Tapi ada link nama dia dekat blog Affnan Aquaponics (masa dia design DWC (cerita sistem aquaponic - aku tak reti nak describe).

Tweet 2 : Say hi to suami. Sebab dia dah rajin selongkar blog aku ni. Dia cakap riben dekat gambar header tu tak comel. Haha, comel apa. Comel la. Riben la comel. Ada ke dia suruh buang. Ermm, kena buang ke? Kena ke? Kan comel tu. Haha. He said that ribbon shows me not matured at all. 'Blog emo tapi ada riben' -dia yang cakap. Haha, i knew ramai yang dalam hati cakap camtu kan. Haha. For the whatsoever sake, no more personal stories to be told. No more, no more no more (ayat Adlin Aman Ramli dalam MLM) Ala, yang terlalu personal kot. Contoh? Entah, rasanya tak personal sangat. Ermmm, apa ye?

14 comments:

  1. seyes teringat pada arwah atok dan nenek.. :(

    psstt: Kalau dari NKVE, lepas tol setia dia sebelah kanan.. Tesco Setia Alam depan lagi dekat Giant. Carrefour kat Subangler dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, lupa lak. Tesco setia alam. Erm... kena carik nih. tempat cuci mata. haha

      Delete
  2. alaaa dikk
    teringat kat arwah atuk akk
    nenek masih ada , tapi dia dah uzur benar huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara masih ada, bestnya kak. hehe

      Delete
  3. uishh cayangnyaaa atok in laws dgn ell ya :)

    akak pon perasan gak riben tu haritu..comel apaaa...emo pon boleh comel apaaa hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sebab suami cucu kesayangan, maka otomatik atok sayang saya juga...

      Delete
  4. hai ella...caroline bleh menang tak mentor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bismillah caroline, bismillah. haha.
      ne tau. gua tak layan Mentor. Layan mentol je

      Delete
  5. Ade g atok nenek? Sy tgl atok je. Nenek seme dah arwah. Al-Fatihah.

    =D

    Tp kan....riben tu kan...comel la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, atok nenek in laws. hehe.

      comel kan? kalau comel boleh stay. haha

      Delete
  6. haha betul tu k.ell..kalo belek2 blog lama memang bulih sengih la sorang2..yana ada 2blogspot yg terabai..pastuh wordpress tk ingat dah yang tu link apa..blog mula2 dulu..ekeke..

    bestnya atuk mertua sayang..nak gak dapat atuk nenek macam ni..tok nek sendiri dua2 belah dah tak ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknye blog yana. haha

      kebetulan akak dapat suami yang merupakan cucu kesayangan kedua atok dan nenek, jadi otomatik la jadi kesayangan juga.

      Delete
  7. besnyer ade atok n nenek...ct xsmpt knl dorg :')
    atok n nenek in law pon xder...hohoho


    ct lak bru trjah post lme ct...mmg nk tergelak, ayt bajet macam ader org nk bce je...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. CTK, takpe nanti ada la atok nenek in laws bila CTK dah kahwin nanti. akak tak sempat dengan nenek atok belah abah.

      blog lama bajet artis kan? haha

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?