Ikut Belakang

Wednesday, June 13, 2012

Ronyok-Ronyok

Gara-gara nerves nak masuk kerja di tempat baru, tengah pakai tudung tetiba nampak *keronyok dekat dua-dua lengan baju kurung. Pehal pulak keronyok ni, kataku dalam hati. Puas la mencari jawapan disebalik kekeronyokan lengan baju tersebut.

Rupanya lengan baju tak gosok (iron). Keh keh keh. Apalah yang difikirkan sampai tak gosok dua-dua belah lengan. Otak tersumbat lagi kot. Susah-susah je, memang susah pun. Kena bukak balik tudung, bukak baju (jangan imagine) gosok bahagian keronyok.

Mula-mula nak juga gamble pergi kerja tapi bahagian keronyok kelihatan sangat macam kena mamah dengan lembu pulak. Hai, sejak bila pulak ambil berat hal-hal baju, selama ni pun gosok ala-ala je. Sebelum ni pun *kempro habis. (Takut orang label pemalas sebab bukan zaman anak dara lagi, dah jadi bini orang pun).
 

 Sangat suggest untuk baca novel Doktor Cinta ni. Kelakar. Macam kita dibawa masuk ke watak utama, Mazliana Hj Nordin. Iklan pulak tetiba, jangan marahhh (Nak tunjuk novel tu dah keronyok).

Ada orang cakap gambar ni macam *peraih, dengan gaya dan beg bagai dah ghupe ngambil order. Sakai tak sakai. Baju ni dah beberapa kali keluar blog.

Glosari
Ronyok - Kedut Yang Amat
(Jadi kalau ke-ronyok maksudnya ke-kedut)
Kempro - Bahasa Jawa bermaksud selekeh, sakai.
Peraih - Pemborong/Orang Tengah

24 comments:

  1. kau jawa eh? ajar akak ajar akak!!!! nak belaja ckp jawa neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite Melayu. Suami Banjar. Kawan-kawan ada yg Jawa, so dorang suka cakap ayat-ayat jawa. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. hehe, kita melayu dan suami banjar. belah mentua ada la sikit-sikit jawa

      Delete
  3. Selalu juga kakcik pakai baju keronyok ke pejabat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, selalunya kain cotton saya gosok ala kadar je, biar keronyok nampak klasik. hehe

      Delete
  4. haha boleh plak gtu k.ell nasib baik sempat kembali ke pangkal jalan..hahaha

    keronyok - kedut wuk (kelantan) hehe

    untuk k.ell

    http://prettywrite.blogspot.com/2012/06/pemenang-bloglist-contest-prettywrite.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedut wuk, yes. haha

      nasib baik dapat kembali ke pangkal jalan, yana

      Delete
  5. hahaha.. kalau saya pegi keja banyuk ronyok memang xda masalah.. sebab saya memang pemalas nak iron baju.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nanti anak murid sok-sek-sok-sek

      Delete
  6. Kwn sy pun suh sy bace buku tu. Heee~

    ReplyDelete
  7. huhuhu..
    kalau saya, susah sket nak buat-buat tak nampak..

    sebab ramai sgt murid2 yg skarang ni jadi penilai utama..
    dari buat hati sakit, baik iron jer baju tu elok2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, anak murid ni suka tengok cikgu kemas dan handsome, nanti hari guru dapat hadiah banyak...
      ^_^

      Delete
  8. ooo.. dh kawen.
    ingat ank dara.

    :)

    ReplyDelete
  9. semalam dapat satu perkataan jawa (kapok = padan muka).. kena tak dengan komen kat sini.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha,

      akak, dak Nuha tu asyik ngempeng je kan?

      (menetek dengan main-main dan lama, sekadar letak mulut je)

      Delete
  10. paling xske lau terpakai baju ronyok2 neh...xconfident je jalan..hehe

    ReplyDelete
  11. meh sini, unlce iron kan... kacang je tu

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?