Ikut Belakang

Thursday, June 7, 2012

Sekitar Laman Atok Nenek

Kita tengok gambar je ye, sebab nak tulis panjang-panjang tak sempat. Bos dah tanya, takde kerja nak disemak ke? Ye bos, ada dua fail ni ha, nanti saya bawa masuk. Hehe, jangan risau, saya rajin buat kerja.

 Sawah padi menguning. Musim 'mengerat'. Kayo, kayo

 Nenas Mahkota Pajeri.
(Cikgu selalu bagi teka-teki buah apa ada Mahkota)
yang nenek selalu buat Pajeri

 Daun Salom. Selalu buat ulam. Cicah budu.
Tapi selalunya tak makan, skip. Haha

Lemon-ade.
Beribu-ribu Lemon. Menipu, ada sebiji je.
Yang lagi 2 bijik hijau lagi, takleh panggil Lemonade
Haha.
Dah bertuan dah.

 Pisang tomey, kecik je pokok macam tuan punya.

 Misai Kucing. Rebus air buat ubat kencing manis (kan?) Ke darah tinggi?

 Kedondong Sayang Si Amrah

 Buah Durian Netherland (Belanda)


 Limau Calamansi Si Kasturi

 Limau Ole-Ole Bali, Indonesia

 Buah cermai errr nama scientific tak tahu.
Dah google tapi tak jumpa. Hehe

 Itik. Tinggal sekor je sebab semuanya kena makan dengan anjing liar.
Ye, anjing. anjing liar kurap yang dilempar oleh tuannya.
Kalau anak itik, selalu kena makan dengan Gagak Hitam.

 Padi selepas dikerat oleh mesin pengerat

Buah Sukun. Breadfruit. 
Jakun tak jakun, aku kenal masa tingkatan 5. 
Ada skulmet kenalkan sebab ditanam di rumah dia. 
Jadi, jakun ke tak?

 Kami bawa ikan keli 12 ekor (siap kira) untuk nenek, atok dan paklang sekeluarga.
Ini sahajalah buah tangan untuk dorang, senang sebab keli ini kami yang bela.
Nak bawa ikan tilapia tak besar-besar pulak ikan tilapia tu.

 Haha, paklang bagi suami ikan haruan,
memang pucuk dicicah ulam diratah (peribahasa tak berapa nak kena)
Besar bapak kan ikan ni.


Ada lagi 3 ekor bersemayam dalam kolah ni.
Nyum nyum nampaknya suami jela boleh rasa sebab dia paling priority

Tweet : Cakap tadi gambar je, tak tulis panjang. Sekarang apa sudah jadi? Pantang dapat kebod, mulalah lupa daratan.
^_^


32 comments:

  1. Pemandangan indah yang membuatkan hati meronta rasa ingin turut serta. :)

    ReplyDelete
  2. terasa pemandangan yang indah di lama umah atok nenek ni... nice shoot... nampak serba kekuningan je buah2 dia kan... maesti masa randum

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah masak ranum cikgu. hehe

      Delete
  3. rasanya orang suku jakun tu lahir² je dah kenal buah sukun, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ke ada orang suku jakun kan?
      errrrr....

      Delete
  4. Wahhhhhhhhhhhhhhhh! Ni betul kmpg. Seme pun ade. Nak jugak kmpg mcm tu. Hahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sini buat lawatan sambil belajar.

      Delete
  5. bestnya laman nenek lu ell...perhhh tak yah p pasar dah... i like

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gak pergi pasar, beli ayam. ayam takde

      Delete
  6. Ya Allah, bestnye keindahan kampung... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best... ni kampung suami akak. hehe

      Delete
  7. eh lame tak makan durian belanda tu..kalau letak buah tu dalam peti..makan sejuk2..wah..sedap....

    ReplyDelete
  8. wahhh nie yg dikatakan sebagai .. macam2 adaaaaaaaaaaa ;)

    ReplyDelete
  9. macam2 ada k.ell..buah durian belanda best betul buah tu..kat kampung yana takder..sama macam lemon tu..ada eyh tanam?jakun jugak ni..tak biasa jumpa kat pokok..haha..elok buat minum hari2 dengan air masak tu..ubat kanser..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma buah durian rambutan manggis langsat takde la kat sini. hehe

      Delete
  10. semuaaaaaa akak suka kecuali ikan haruan tapi suka tak suka tetap kena makan masa dalam pantang.. hikhikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya tak suka gak ikan haruan sebabkan kepala dia tu. hehe

      Delete
  11. buah2an segar bugar tuuu.. ehhhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemon tu dah tak segar. kudup je

      Delete
  12. Salam Ell,
    akak amek gambar yang no 1 buat wall paper...buleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amek la akak, sila, sila. hehe

      Delete
  13. banyaknyer gambar...pelik2 nama buah ye :D

    ReplyDelete
  14. keybord warrior la katakan...mmg pantang jumpa kerboard

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. 3G kuat kat signal dia kat sana? Sebab uncle tak boleh pergi tempat yg takde 3G... nanti tak boleh update belog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua ada 3G, 4G sampai 10G. jangan risau, tiang lampu banyak kat sana. :P

      Delete
  17. salam ell, akak suka tgk pokok nenas tu..arwah nenek kita pun suka tanam pokok nenas tu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?