Ikut Belakang

Thursday, June 28, 2012

Selamat Hari Bapa, Heroes

Sempena Hari Abah Sedunia. Entri ini tribute untuk Abah-abahku yang disayangi. Aku ada abah. Seorang makhluk yang memang best. Jarang nak marah-marah. Selalu belikan cekedis. Sehingga sampai tingkatan 5, abah selalu tidak pernah gagal belikan kami cekedis. Hebat kan?

Abah selalu pesan jangan jadi lembik, kalau ada orang buli mesti fight balik. Tendang je bontot dia, terutama kalau lelaki yang buli. Abah juga selalu pesan selalu bawa sapu tangan, mana tahu tetiba hingus terkeluar masa tengah makan? Muntoh pulak.

Abah kadang-kadang membebel suruh sapu rumah atau laman supaya nanti aku tak jadi orang yang pemalas terhadap landskap rumah tangga. Abah biasanya pendiam tetapi sekali dia cerita, aku mendengar dengan ceria sebab mahal tau harganya nak mintak abah buka mulut.

Kami selalu gelak ketawa dan mengusik abah sebab abah biasanya akan buat memek muka yang lucu. Selalu senyum dan ketawa (tapi ketawa takde bunyi. Kau ada?) Abah setia mengambil dan menghantar kami ke sekolah dengan motorsikal Honda Bulat yang sekarang ni dah uzur benar. Terasa perjalanan yang biasanya hanya 20 minit ke sekolah, dengan Honda Bulat lebih kurang 30 minit lebih.

Abah juga menemankan aku berjalan kaki ke umah nenek untuk belajar ngaji. Abah memang tak kisah. Kalau bagi abah hadiah (terutama baju), mak kata abah akan pakai baju tu sampai lebam. Kalau basuh pun, abah tunggu kering dan terus pakai lagi. Dalam seminggu, hari-hari pakai pun takpe. Abah rindu saya ke?

Menginjak dewasa, aku menyuarakan untuk meminta izin abah nak bawak pakwe datang ke rumah. Abah izin dan kata 'bawaklah'. Abah senyum. Abah tanya apa nama dia? 'Amir,' aku jawab. Aku hulur gambar pakwe (suami sekarang) dalam persalinan baju konvo, abah senyum. 'Orang mana,' abah tanya lagi. 'Orang Selangor, abah,' ah hatiku gundah sebab Kelantan bukan bergaduh dengan Selangor ke? Thehehe.

Kalau aku balik kampung, abah akan tanya mana pakwe? Hehe, abah ni bikin malu pulak. Sekarang abah dah boleh tersenyum dan bangga sebab anak-anak dah besar dan bahagia. Abah rawk sebab suka ajak aku pergi berburu sambil dia bawak senapang patah.

Selamat Hari Abah buat abahku sayang. Sayang abah ketat-ketat sampai syurga. Tak boleh cakap banyak sebab air mata sama banyak nak keluar. Lagi banyak nak taip, lagi banyak bendalir nak keluar.

 Gambar gelap
Gambar cerah - Abah selalu buat muka lucu kalau dia dah bosan, macam ni.

Selepas kahwin, aku dapat lagi sorang abah. Abah mentua yang sangat baik hati. Sepanjang mengenali beliau, abah sangat tenang dan soft spoken. Untungnya jadi menantu dia. Haha. Sangat particular dalam bab-bab mengingati tarikh hinggakan abah wish 'selamat ulangtahun pertunangan pada 26.03.2011' yang aku pun memang tak pernah ingat (sebab gigih ingat tarikh ijab qabul).

Abah juga menjadi yang pertama akan wish pada tarikh-tarikh keramat seperti contoh bestday atau anniversary. Terharunya. Sangat tidak kedekut membagi pinjam broadband dan suka berkongsi pendapat sebab kata abah, tak kira pendapat kita relevan atau tidak yang penting kita menyuarakan pendapat melalui suara kita yang dianugerahkan Allah SWT. Yang penting suara. Tapi kena agaklah jangan bercakap 24jam pulak.

Abah ni kelakar juga tau. Abah umpama arkib bergerak sebab kalau tanya abah pasal pekeliling atau apa-apa berkaitan kerja, abahlah master. Jadi, kalau nak mintak abah betulkan surat pindah, no hal je. Haha.

Disebabkan hidup aku sekarang attach dengan family in laws maka masa dan tumpuan lebih terarah kepada FMIL. Jadi, dapat ubati rindu aku dengan family aku yang jauh nun di Lipis, Pahang. Huhu. Aku bangga dan bahagia sebab ada dua abah yang mendamping dan insya Allah akan terus mempastikan anak dia ni bahagia dunia dan akhirat. Amin.

 
Ini la abah mentua. Selamat Hari Abah buat abah mentuaku sayang. Sayang abah ketat-ketat sampai syurga jugak. Plus, happy birthday abah 26/6. Minggu ni selebret!

Tweet : Mintak maaf sebab takde masa lagi nak jalan-jalan/jogging/lari ke blog kawan-kawan. Busy benor. SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA KEPADA SEMUA BAPA DAN BAKAL BAPA, KECUALI BAPA AYAM. 

ADDITIONAL : ABANG, NANTI BILA KITA DAH JADI IBU-BAPA BARULAH KITA BOLEH WISH SATU SAMA LAIN, MASING-MASING YE. INSYA ALLAH. SOON TO BE

12 comments:

  1. selamat hari bapa.
    sayangi mereka

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, nanti turn Ell dengan en. suami pulak wish antara satu sama lain.. ;)

    ReplyDelete
  3. saya pun sayang ayah saya ketak-ketat..:)

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan :)

    Saya pun sayang jugak ayah saya :)
    banyak jasa beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ros.

      ayah adalah makhluk kesayangan semua orang kan

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?