Ikut Belakang

Wednesday, July 18, 2012

Balik Kampung Haritu

Hihi, baru nak tulis, biasalah kan suka sangat backdated. Tak banyak ambil gambar pun sebab sibuk (sibuk manjang konon-konon). Asyik berborak ke hulu ke hilir masa kat kampung jadi tangan dah sibuk takleh pegang kamera dah.

Sampaikan suami perasan dia tanya kebelakangan ni awak dah tak suka ambil gambar nampaknya. Hihi, dulu pantang pergi mana-mana buat apa-apa mesti duk bergambar je kejanya. Jawapan aku? Sebab dulu sebelum kahwin buat apa-apa, pergi mana-mana nak tunjuk gambar tu kat abang la, sekarang kita dah sama-sama lalui, simpan dalam memori sendiri, bersama-sama. Haha. Ahhh, bukan. Sebab jawapan sebenarnya ialah saya dah jadi pemalas.

Syhhh, kalau aku duk busy ke hulu hilir shoot gambar, suami cakap takde lain la tu, mesti nak masuk belog. Ehem, tahu-tahu je. Kalau tak shoot gambar, dia tanya pulak naper slow down... Bagus, anda dalam perhatian maknanya. Haha

 suka hati je kan, bawak bekal koboi macam ni je. yang penting rasa, bukan penampilan.
arkkkk, jangan muntah depan makanan. haha


 bekal pun satu beg.

 Ni dah masuk cerita di kampung. Gambar atas tadi sebelum gerak. macam nilah kalau gaya orang M besar. Hehe. Kitorang bawak ikan keli hidup 30 ekor, tapi ralat sikit la sebab kurang pulak penggemarnya di kampung. Yang bakar ni pun dua-tiga kerat je makan, selebihnya pulak tukang tengok je.

 Fresh dari ladang belakang rumah. Buah manggis ada, tapi tak ambik gambar. Bak kata orang benda yang sedikit buat terliur orang je. Haha.

 Tuan tangan kata jangan shoot muka. OK,

 Shoot buah je ye

  Sori, tershoot tuan tangan tadi. Tapi tak nampak muka kan? Haha. Tengah mengintai buah kat bawah pokok. Kalau nasib malang, timpa kepala, errr

Kau ada MFC? Pengganti KFC uolls. Haha. Ini hari lain pulak tetiba enterframe kan. Kat Gua Musang ni.


Jadinya, itulah sahaja acara balik kampung. Hihi. Selamat menengok gambar dalam entri yang tak seberapa ni, macam entri tak siap je kan....

10 comments:

  1. Byknya durian dr ladang belakang rumah Ell,seronokkan kutip dan terus mkn.

    ReplyDelete
  2. bagi saya ikan keli tu..kompen banyak habis..:)

    ReplyDelete
  3. makan ikan keli lagi besh dari ayam. hari2 ayam muak dah. hehe

    ReplyDelete
  4. kak ell balik kampung kat mana g gua musang?
    sedapnya keli..fevret tu..masak lemak..aiseh..

    ReplyDelete
  5. Kak Nazayiena,

    hehe, kebun durian dan rambutan kak, sendiri kutip sendiri makan...

    ReplyDelete
  6. @anis,

    peminat ikan keli ke. kalau tahu, bawak utk anis banyak2. hehe

    ReplyDelete
  7. @the malay male,

    dah pernah makan ke? saya belum pernah.

    ReplyDelete
  8. @Samad

    betul, betul. kalau makan ikan keli hari-hari pun muak. hehe

    ReplyDelete
  9. @Prettywrite, yana

    kampung akak kat merapoh, kuala lipis dan sempadan di Gua Musang - dalam 30minit je ke Gua Musang. :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?