Ikut Belakang

Monday, July 2, 2012

Bunnies

Hujung minggu yang suam-suam kuku. Campur gaul macam salad emosinya. Ada gembira, ada duka, ada senang dan susah seperti biasa. Minggu yang mencabar juga sifatnya.

Alkisahnya nak menternak lemak sambil meraikan besday FIL. Cadangnya di pizza. Makan free memang on. Lebih-lebih lagi birthday boy yang nak belanja jadi on manjang. So, kitorang dari rumah ke rumah FMIL. Tapi tengahari FMIL pergi kenduri jadi kami fikir makan malam best sikit, lagi-lagi ada dingin-dingin aircond.

Akhirnya setuju malam Sabtu. Kebetulan SIL pun ada sebab interview Selasa ni. SIL belanja kek indulgence memang on sangatlah. Hadiah kitorang dah bagi awal dah. Lagi on. Haha. Tiba di masa kejadian, FMIL masih on the way dari Sabak ke rumah jadi macam tak jadi je makan di piza. Kitorang sempat jengah atok nenek yang mana nenek baru sembuh dari demam, minggu lepas nenek jatuh. Alahai...

Bila dah nak balik, nenek pesan nanti nak datang lagi pakai baju lain pulak yang cantik-cantik. (Okay aku dah naik lif pergi ke langit). Atok cakap lain masa pakai tudung lain, baju lain, kain lain tau. Ehehehe. kalau dah baju ni cantik takleh pakai lagi ke lain kali? Hahaha. Okay langsung tak lawak la! Nyampah. Hahaha. Takpe biar aku gelak sendiri.


Sambung cerita lain plak. Sebelum pergi umah atok tadi, kitorang pergi beli bunnies. Tiga ekor. Sebab nak bawak balik kampung minggu depan. Sekor jantan dua betina. Arnab daging sebab kitorang suka daging arnab (makan sekali je terus suka?) Amboi sakanlah melayan masing-masing. Pulak sentap masing-masing layan bunnies lebih dari pasangan masing-masing, kedua-duanya. Ala, sentap-sentap manja. Aku cakap, "ni baru bunnies, kalau anak nanti tak tahulah macamana kecelaruannya, mesti lagi protektif kan?"

Aku tak sure samada dalam kereta nak kena ada aircond ke tak masa bawak bunnies. Kalau tak bukak aircond mesti bunnies panas kan? adoi. Bila dah sampai di rumah, maunya ditimang-timang. aktif betul dorang ni. Tapi menjelang petang, ada sekor jantan warna black tu dah cirit birit. Tuan kedai cakap dia berubah tempat jadi dia mabuk. Dia suruh tukar yang lain tapi (hari ini suami pergi tukar dan bunny tu dah mati semalam. Sebelum aku gerak ke KL pukul 11 malam semalam, dia hidup lagi) T_T

Tapi, suami dah beli lagi 2 ekor. Jadinya ada empat bunnies. Yahooo. Tak sabar nak main dengan bunnies lagi. Tapi takleh bawa ke hulu hilir nanti dorang mabuk lagi...

Sebenarnya kandungan cerita dan gambar tiada kena-mengena langsung (sekali lagi). Cuma disebabkan tak snap hadiah yang bagi FIL, jadi kongsi jelah gambar lain. Ini kad bestday Keksha (ofismet), tarikh bestday dia sama dengan tarikh FIL. Jadi, hehe lebih kurang la tu.

Bunga tu aku lukis tahun 2009. Tengah beku otak best jugak cairkan sikit. Lagipun sekarang langsung takde masa nak melukis. Cuma, gambar awek tengah kiss ni aku tambah 27hb lepas sebab nak pass kat tuannya esok (28hb). Dah backdated sebab Keksha cuti.

Sebab guna krayon, jadinya comot. Alkisah krayon ni dapat hadiah no.1 dalam kelas tingkatan 5. Aku pelik nape cikgu tak bagi buku ke, set alatulis ke apanya. Dah tua umur 17 tahun dapat hadiah krayon untuk tempat pertama dalam kelas? Member siap cakap "cikgu bagi kau krayon sebab kau suka melukis". Ada ke patut?

Krayon dah berkulat dah. Umur aku sekarang 27, kiranya 10 tahun dah krayon ni bersama dengan aku. Aku sayang dia. Hahaha. Dia berbakti time akak aku nak hantar surat cinta pada pakwe(s). Akulah tukang melukis muka 'akak' aku. Perghhh tak menahan kalau korek cerita lama...

Nanti-nantilah aku tepek gambar bunnies.



28 comments:

  1. x sabar nak tgk gambar bunnies tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya pun tak sabar nak tepek gambar dia...

      Delete
  2. 1.huuuu.. mana bunnies??/ heee..

    2.errr. makan daging arnab?? erk. biar betul..

    3.laaa.. kau 27 ke?? aku ingat kita sebaya.. adoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. nanti next entrilah
      2. sedapppp
      3. aku dah tua dah. haha

      Delete
  3. Panjang umur krayon tu ya? :)

    ReplyDelete
  4. K.lynn pun ade bunnies tau..hik hik...nanti k.lynn share k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la mintak tips dr kak lynn. hehe

      Delete
  5. ada jugak kenangan.. ;)
    dulu.. akak ada simpan buku2 sekolah tapi habis kena makan dek anai2.. huhuhu.. nasib baik gambar sekolah tak kena..

    psstt: tak sabar nak tunggu entry bunnies tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar sekolah tak banyak sebab segan dan pemalu

      Delete
  6. mana bunnies nye? kaki conteng jugak ELL ni.. dh lama tak conteng2 kad utk org.. (last conteng2 kad utk BF 15 tahun lepas.. dah pencen.. tak tau la kot anak mintak conteng kad utk teacher dia pulak dua tiga tahun lagik!!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar bunnies nanti la kak. hehe
      bolehlah, conteng2 je.
      (tetiba bayangkan anak-anak mintak tolong contengkan)
      haha

      Delete
  7. siannya bunnies..mabuk smpi mati :(


    bunnies tu ell nak bela lps tu nak dimakan ke? huhu cam zalim jer tp ayam ngn lembu xpa hihi


    hati2 main bunnies ya sbb boleh kena jangkitan kencing tikus melalui bunnies

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia berubah tempat tu kak.

      a'ah. memang nak bela dibuat makan sebab dia baka daging kak.

      aish, takutnya... nak kena hygiene betul2 nih...

      Delete
  8. Bunnies tu cpt membiak tu. Bt kandang bsr2. Heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada dua tiga bijik kandang. haha

      Delete
  9. apasal dulu tak nak jadi kartunis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah bercita-cita sehingga ke darjah 6... tapi bakat tak semenggah

      Delete
  10. sukanya tgk crayon tu masih elok,, huk huk anak akak beli hari ni esok dah patah.. huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak biasalah kak.
      saya ni ha, sayangkan krayon tu sebab tu jimat-jimat

      Delete
  11. amboi bunnies pun pandai mabuk2 eyh..hehe..
    hahaha dapat no.1 dapat hadiah crayon ms form 5?memang cikgu taw kot k.ell pandai lukis..keh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gejala bertukar tempat memang macamtu. yang tak tahannya dia cirit birit dan akhirnya mati.

      haha, entahlah yana, yekot. kotye pun bagilah buku ke pen ke? haha

      Delete
  12. k.ell yna tak jumpa la cr emel akak..spam pun takder..emel lg sekali eyh..sorry..lama dah br nak pos..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, akak emel google. nanti kalo tak dapat bagitahu ye.
      :P

      Delete
  13. awak, cer lukiskan gambor kucing oren gemok guna krayon kulat awak tu! ;)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?