Ikut Belakang

Tuesday, July 3, 2012

Cerita Bos Besar

gambar rambutan : bos besar bagi. geram dengan blogger nih, wat pasal plak, takleh nak taip kat bawah. hampeh betul

Sekarang dah pertengahan Sya'aban. Bahang pose dah terasa dah. Lagi-lagi kat opis ni. Selain daripada insan-insan sibuk dan giat mengerjakan pose wajib (ganti) dan sunat, dah ada borang tempahan kuih raya. Di kalangan kaum hawa, potpet-potpet tentang tema raya tahun ni, kaler apeee? Haha.

Nak cerita sikit pasal kat tempat baru. Yelah, sebelum datang tempat baru kan cuak yang amat. Risau sangat sebab dikatakan bos besar itu ini begitu begini. Kaedah CPR (mulut ke mulut) memang satu taboo yang perghhh boleh menjahanamkan ketenteraman minda insan. Aku ni pulak cepat percayakan orang. Tapi yelah, nak mendabik dada masa ini belum lagi. Kan dabik-dabik bengkak dada tak pasal-pasal tukar saiz, ayok tatau bukan SX lah.

Semalam selepas lunch, bunyi keletang-keletung daripada pantri. Biasanya alat-alat makan bos kami diselenggarakan oleh Z, tapi kalau ada sape-sape yang sempat buat, buat jelah. Tapi biasanya, ramai yang tak sempat (read: ngelat), jadi kakak cleaner offer. Alkisahnya sebiji gelas sumbing hampir terbelah dua (belum sempat terbelah, hanya sopak). Aku buat tak dengar, sebab kalau aku jengah nanti dia menangis pulak. Lagipun itu cawan bos besar. Ayok, ayok.

Tak keruan kakak tu jadinya. Dia bisik dekat Z perihal cawan sumbing sikit. Takpelah kakak, selagi bos besar tak komplen OKlah tu. Pucat lesi kakak tu. Aku nak tergelak tapi menahan je. Z pulak pastu bebel dah banyak cawan dan piring sumbing, ada sekali je bos besar komplen semuanya sumbing. Takpe, banyak duit beli baru. Haha

22 comments:

  1. Lupa pulak kakcik nak ambil gambar pulasan yang dah selamat kakcik agih2kan hasil pemeberian kawan. Kakcik dilarang makan oleh suami sebab batuk yang masih belum berhenti. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap pulasan tu kakcik. seplastik saya dapat rambutan nasib baik tak batuk...

      Delete
  2. dlm byk2 berkenan kat cik rambutan jer... dah lama tak mkn...

    ReplyDelete
  3. akak pun nanti masuk kerja akan bekerja dengan bos baru..

    psstt: tak pernah try kat brader tu, nanti nak try ler.. ;)

    psstt lagi: kedai cik dollah tu jual roti canai.. akak suka roti canai dia.. kedai dia dalam Jalan Iskandar kalau dari pekan Meru..

    ReplyDelete
  4. oh.. aku masih tak dapat kaitkan rambutan tu.. huuu

    ReplyDelete
  5. Sian kakak cleaner tu. Die kena tabahkan hati die. Huuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kitorang senyap2 je tak bagitau sape2
      :P

      Delete
  6. alahai kalo yana dok tempat kakak tu pun yna pun nebes kak oih..sian dia..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sebenarnya tu bukan kerja dia tp dia nak tolong...

      Delete
  7. Baik juga bos besar siap kasi rambutan lg.

    ReplyDelete
  8. hee ganti puasa nanti masa buka gua belanja kat tat nasik ayam...

    ReplyDelete
  9. macam2 kisah kan nak dekat2 pose nie
    kat opis akk pun duk sebuk nak pose esok .. nisfu syaaban ;)
    insyaallahh

    hurmm tgk rambutan macam nakk aje .. tapi skrg kat tmpt akk bukan musim dia huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa kak.

      sesetengah kampung memang ada musim buah sekarang kan...

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?