Ikut Belakang

Friday, July 27, 2012

Cerita Macam-Macam

Alahai, takde idea nak cerita. Terus senyap dua tiga hari. Baju raya pun baru hantar dekat tailor semalam. Punyalah suka buat kerja last minute. Tahun lepas punya kes langsung tak menginsafkan. Tahun lepas bersesak-sesak dengan sekalian umat, merata-rata pergi jelajah sebab tak beli lagi baju raya. Tapi taknak insaf lagi tu. Punyalah berazam awal tahun nak sediakan baju raya, tapi herm hanya janji manismu, Aishah.

Dah tau pesen payah nak cari baju yang sesuai dengan jiwa raga, tetap jugak tak nak tempah awal. Hai, tak paham dengan diri sendiri. Harap-harap kakak tailor dapat siapkan, haha. Takpe, kalau tak siap pun beli jelah yang mana-mana patut. Amboi banyaknya duit. Huhu.

Hari ni 7 Ramadhan, dah seminggu. Dah kering idea nak berbuka dengan apa. Sahur satu hal lagi. Kalau hari-hari biasa, takpelah sebab duduk bujang. Yang penting hari minggu, mati kutu dibuatnya.

Ini gambar Koko yang semakin hari semakin sombong, taknak melayan tuannya. Amboi, buat hal eh. Orang panggil pun buat tak tahu je. Tapi kalau hidangkan ayam golek, tak menolak pulak tu. Haha.

Kepada semua kawan-kawan, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa (bila sudah tiba waktunya), selamat bersahur (bila sudah tiba waktunya juga).

20 comments:

  1. Sekejapan sahaja dah seminggu Ramdhan berlalu, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya dah dekat ngn raya kan?
      :P
      hehehe

      Delete
  2. eheheh. Selamat menyambut ramadhan juga..

    #penat kerja bulan puasa ni.. =)

    ReplyDelete
  3. isshh...suspen kalau baju raya baru hantar
    nak pakai raya haji ke..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha.....

      harap2 siaplah. suka tangguh macam tu lah jadinya...

      Delete
  4. huhu..nasib baik tailor nak terima lagi...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap tailor tu tak tangguh jahit. kalo tak, pakai ry aji terus

      Delete
  5. harap harap baju raya siap sebelum raya :-)

    ReplyDelete
  6. ape jadi kak jikalau buka time belum tiba waktunya? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi 1/2 jelah,
      esok pose lagi 1/2
      dapat 2 hari

      Delete
  7. selamat berpuasa k.ell~

    hehe lambatnya anta baju kat tailor..nsb baik dia nak amik lagi ek :)

    masak apa tuuuuuu?;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat puasa ira

      hihi, akibatnya suka menangguh kerja.

      masak biasa2 je...

      Delete
  8. masih ada tailor yang nak ambik baju last minit..ok la tu..haha..selamat bersahur juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, nasib baik menyebelahi saya.

      selamat sahur jugak kak
      :)

      Delete
  9. pocket pun dah tak tahu nak makan apo berbuka,
    nakkata dah pulun sumanya, banyak lagi tak merasa.
    macam tak der selera pung ada..

    ahaaiii..

    taylor tu amat la baik atinya.. sila bagi wit lebih:D

    ReplyDelete
  10. baju raya tu boleh siap pada waktunya?

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?