Ikut Belakang

Monday, July 30, 2012

Jurnal Puasa 2

Sesungguhnya bulan puasa mengajar aku supaya lebih sabar. Alhamdulillah.

Kisah 1
Tahun ni, seperti tahun-tahun sebelumnya, akan juga singgah di Param Kerinchi. Menu feveret murtabak atau nasi minyak. Tahun ni, hari pertama pergi param, beli murtabak ayam (1), daging (1). Punyalah tamak. Beratur dekat 20 minit. Waktu berbuka, nak menyantap dua-dua tapi secara berasingan. Tapi mensentap sebab rasanya tak sama macam tahun lepas, tahun lepas lepas dan tahun lepas lepas lepas. Tahun ni kenapa banyak bawang? Ada seketul daging ayam dan lembu yang dijumpai. Puas dah belek. Hampas. Hampa.

Kisah 2
Tahun ni, lebih kerap beli ais. Hari pertama beli cendol plastik besar (perut sorang) RM2. Tanya adik tu, nanti tawar tak sebab lagi sejam sebelum buka. Adik tu cakap tak tawar sebab bulan pose dia letak gula lebih. Hampas. Hangpa memang cakap pandai.


Kisah 3
Tak beli dah cendol feveret. Beli air kelapa. Punyala menunggu rasa macam nak bungkus sendiri je. Kakak tu minta maaf sebab lambat. Nak letak bungkusan air dalam plastik je pun, dia dah siap-siap ikat. Kalo ikut rasa gelojoh, maunya terus pegang tali bunjut tapi tak sopan pulak, tunggu juga plastik bungkus tu.

Kisah 4
Tak serik, esoknya beli lagi air kelapa sebab sejuk-sejuk sedap. Tunggu dan capai bungkusan, macam biasa nak tunggu adik tu bungkus ngn plastik tu je. Dah letak depan mata dia, dah cakap kat dia, nak satu. Dia boleh pergi tanya abang sebelah, berapa bang? Abang tu kata dua, dia amik air kelapa aku, tambah satu lagi terus nak bagi abang tu. Aku cakap, dik, itu akak punya. Eh. Buat donno je. Sentap mak. Mulanya nak ngajuk terus blah tapi degil gak tunggu. Dia bagi lain. Aku pun cakaplah, adik, lainkali tolong fokus, saya mintak lain dapat lain. Penat tau beratur. Mak jeling adik tadi. Terus bawa diri sentap. Esoknya tak beli dah.

Sekarang kalo gi param, tak beli dah murtabak atau cendol. Air kelapa tu mungkin beli, tapi lenkali nak sauk plastik sendiri. Muhahahaha.

Kisah 5
Nasi kerabukhamis berjaya. Tapi malas nak pindah gambar. Haha.

selamat berpuasa.
lama dah tak makan McD



8 comments:

  1. mc D le pulak hehe , slam kenal n dah follow u 102

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, lama tak makan McD. salam kenal. follow akak gak

      Delete
  2. ah..tension bila kita tunggu, orang lain dapat dulu..mcd..sedapnya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tension di bulan pose pulak tu

      Delete
  3. memang sakit hati kalo situasinya camtu..akak ada juga teringin nak makan mcD tu..selamat berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, penat tunggu tapi dugaan bulan pose.
      selamat berbuka kak

      Delete
  4. huuu.. tak g lagi bazar.. tak sempat.. ehehe. Yg sal air cendol tawar.. cam lawak lak kau p tnya tawar tak.. tentu yg menjual akan jawab tak sebab diorang nk lariskan perniagaan mereka.. ehehe.

    #jangan marah. Aku pun pernah alami.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kalo tawar, aku nak tanpa ais.

      Delete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?