Ikut Belakang

Monday, August 13, 2012

Misi

Misi berjaya setakat ni, 50% jerrrr. Misi paling ditakuti - baju raya sendiri, tadi call tailor tanya dah siap ke belum dia kata malam ni dia check. Huhu.

Misi membeli kuih raya, selesai. Tak ganas langsung kuih raya beli je. Itu pun membajet habis time beli, kedekut giler rasanya. Harap-harap rakyat jelata tak makan kuih raya banyak tahun ni, biarlah dorang makan nasi impit ke, soto ke, laksa ke.

Misi baju raya famili dah selesai. Terfikir-fikir pulak nak basuh ke tak, ke nak tunggu kat kampung nanti baru basuh. Baik giler tolong basuhkan sekali. Haha.

Misi seterusnya tukar duit raya, baru nak tukar? Aish biasalah hamba ni kan last minute semuanya. Tetiba duit RM1 dah habis. Kwang-kwang-kwang. Nak kena tukar plan B, mintak suami tukar kat sinun

Misi membeli bahan mentah di Kuala Lipis nanti, nak kena buat checklist. Huih, memang mencabar.

Misi cuti pada 15hb berjaya. Yahooo.

Bos : Awak balik mana tahun ni?
Aku : Lipis, dato'.
Bos : Ala, Lipis tu kejap je tak sampai 4 jam. I yelah, balik Kedah tapi Sabtu baru I gerak.
Aku : Eh, jauh dato', lagipun orang nak balik ke Kelantan semua lalu jalan saya, mesti jem tu.
(perghhh, takleh nak wat pape dah, borang cuti dah lulus. Kalo cancel nanti buruk siku. Sape suruh dato' tak balik awal? Wakakakakak)

 Esok last! Byeeeeee.
Sebenarnya aku dah pindah ke sayap kiri sinun.
(rasanya tak salah post gambar ni sebab kalo nengok dalam FB, lagilah open dan complete serta details maklumat badan kehakiman. Mari kita depangkan tangan dan mengamalkan sistem buka pintu, aloha)

Selamat memandu dengan cermat dan patuhi had laju baru balik raya yang dikeluarkan sempena aidilfitri ini.
Apakah ayat yang berbelit tu? Faham-faham sajalah~
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Ell Emo dan keluarga.

12 comments:

  1. salam ell, belum settle lagi ker barang2..akak pun baru jer tukar duit..nasib baik masih ada lagi duit baru..akak pun risau juga baju raya dijahit di kampung..baju baru semua dah basuh dah tinggal nak iron jer lagi..hihi..selamat hari raya juga..

    ReplyDelete
  2. Kakcik pun akan bercuti pada 15/8. Bukan untuk balik kampung tapi nak hantar adik ipar ke lapangan terbang.

    ReplyDelete
  3. Sib baik cuti da lulus..cuba cek kat siku Dato' tu..itam tak siku die..hehehee

    ReplyDelete
  4. hihi..yang penting cuti lulus kan kak..:)

    ReplyDelete
  5. nak raya ni, yang dekat pun jadi jauh sebab jalan 'jem' kan?..

    ReplyDelete
  6. wah rabu dah cuti yerr..akak 'paksa' somi akak amik cuti khamis jumaat sbb nk suh dia tolong ngemas rumah hehe

    ReplyDelete
  7. saya senang lenang menganggur kat umah..x payah sebuk mintak cuti awal..hehe..selamat hari raya

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Kak Ell !!!!! :D

    ReplyDelete
  9. As salam Ell,

    Tak sangka rupanya selama ni kita dekat je... Boleh jln kaki je ke Mahkamah tu... alahai... akak kat LHDNM Jln Duta dik...hehehe... tp xpelah nnt akak balik kerja dah pindah ke Cyber..kalau tak mesti kita boleh gi minum2 kan :))
    Selamat Hari Raya! Baik2 jln raya ye! :))

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?