Ikut Belakang

Monday, August 6, 2012

Onde-Onde Angle Hair

Aktiviti hujung minggu lepas? Hehe, buat kuih. Amboi, kemain ye. Sejak bila rajin buat kuih? Sejak bulan pose ni, nak up sikit kan, nanti dapat nama, kerlass gitu. Nanti orang cakap rajinnya menantu dia, buat kuih bagai. Tapi, tak sedap pun. Eh, itu belakang kira. Yang penting presentation da pistot yariba!

Takdelah, saje je buat. Test market, dalam proses belajar. Yang senang-senang dulu, kuih susah-susah buat kemudian. Lagipun macam senang je kuihnya. Tapi sempat gak tepon mak confirmkan tepungnya. Kang aku bantai tepung beras maunya kejung kuih aku.

Sebenarnya kuih ni nak bawak ke rumah pakcik kat Klang, ada majlis buka pose ramai-ramai dengan sanak saudara. So, takkan nak pergi bogel-bogel (eh,) errr maksudnya pergi gonjeng je tak bawak pape. Hihi. Sampai-sampai je budak-budak kenit cakap. eh cantiknya kaler biru. Haaa, kak ell yang buat, rajin menantu Makteh. Ehem. Dapat saham seposen, tak mandi dua hari.


Memula siapkan tepungnya. Wanginya sebab aku blender daun pandan dan tapis amik airnya, pastu campor dengan pewarna epal hijau. Muhahaha.

 Gentel bulat-bulat camni. Nak lonjong pun boleh.

Eh? Kau ada warna biru. Haha. Suami la mintak kaler biru. Hai, dah nak PRU ni kan, macam-macam kaler. Eh? Haha. Yang ni jangan campor dengan nila pulak, hanya pewarna semata-mata ye.

 Ala stress betul, kelapa pun tunjuk jugak. Gaul ngan garam skit je dik...

 Ni sorang lagi, siapa nak lak tetiba upload gambar gula melaka ni?

  Buah melaka @ onde-onde
Cantik tak? Lenkali kena letak banyak sikit gula melakanya, baru manis macam gula rasa dia...yahooo.

 Buah melaka @ onde-onde
Ni kaler hijau, standard la kan. Kalo warna merah, berani tak? Muhahaha.
 
 Eh, ter-upload pulak lauk berbuka hari Ahad. Alang-alang dah ada gambarnya, mari kita letak caption : angle hair carbonara cendawan with cheese. Haaa... tu dia. Beli shitake tu hiris nipis-nipis. Jangan taktau carbonara biasanya warna putih kan? Beli je prego dalam tin, yang chef Riz duk promote dalam TV tu (sebab dalam balang kaca tu takde cop halal), aku tambah setin prego "cendawan", tu sebab jadi merah.

Nampak tak kasi tunjuk dekat-dekat shitake hiris bersama daging kisar cap Ramly.
Keji ke kejam gambar makanan tetiba x-large.

15 comments:

  1. ode onde biruuu??waahhhh...teruja!

    ReplyDelete
  2. Ingatkan tadi Ell buat onde2 menggunakan angel hair! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tak kakcik. makanan tu yang bersama-sama

      Delete
  3. Cantiknya onde2 kaler biru,suka yg inti byk sikit.

    ReplyDelete
  4. he he he cantik ler pulak bila wat color biru tu ~

    ReplyDelete
  5. emm dapnye dapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  6. bila bertukar ke warna biru menarik la pulak

    ReplyDelete
  7. onde2 kaler biru?? hahaha . tergelak pulak . kreatif !

    ReplyDelete
  8. sedapnya buah melaka tu..ell macam akak juga buat onde2 tapi color macam2..suka tengok color macam2..selamat berbuka puasa..

    ReplyDelete
  9. asyik color hijau je.. sesekali tukar color pulak kan.. ;)

    ReplyDelete
  10. kalau sini panggil buah melaka
    alahhhh cute jer warna onde2 tuu biruu ekke
    warna kegemaran kuuu ;)

    wahhh cabonara cheese !
    leh cuba
    selama nie akk buat x pernah letak cheese takut anak2 muak
    hurmmmmmmmm ;))

    ReplyDelete
  11. cantik la pulak kaler biru..:)

    ReplyDelete
  12. cantik!
    nak try warna purple pulak la..

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?