Ikut Belakang

Friday, August 10, 2012

Rojak!

Tak sempat nak buat entri. Seminggu ni kerja banyak pulak. Asyik keluar masuk bilik bos. Yay! Tapi saya sudah shopping raya, semalam balik dari kerja. Dan-dan tu jugak khennn... Tapi belikan baju untuk heroes semua (suami, abah, sulong dan adik). Yang ge-girls semua dah siap dah, awal sikit beli sebab kain ela, dorang nak tempah jahit lagi. Balik kerja pun masih sesak orang kat Jalan TAR.

Nak mencari baju melayu Johor (teluk belanga) punyalah susah nak dapat. Yang ada cuma cekak musang je. Amboi lama la pulak duk survey. Last-last ada kat Kamdar pattern teluk belanga tu. Kat booth lain ada tapi takde color yang diingini. Yang adik lelaki nak sama color ngn awek dia, purple. Baju abah pulak nak sama dengan tudung mak (mak yang suggest color) dan sulong (abang) sama dengan wife dia. Yang encik suamiku, dia taknak baju melayu sebab ada yang lama-lama (sekali pakai) setiap tahun. Jadi, takpelah, beli baju untuk jenjalan raya jelah. Untuk heroes yang lain, baju jenjalan kamu semua, cari sendiri ye, takut kang tak berkenan pulak kalau saya yang memilihnya.

Untuk diri sendiri? Aduh, tak tahulah siap ke belum yang ditempah. Haha. Tudung dah ada, bos bagi hadiah (semua orang dapat - nak mention jugak, tak kira), kasut tak payah belilah, pakai je mana ada. Handbag? Lagilah tak payah. Kalau bawak handbag, ada yang tercicir kat rumah orang kang. Tahun ni beraya dengan suami, harapnya jangan tercicir suami. Haha. Sebab aku ni jenis lupa kalau dah berjumpa geng yang posing-posing tagging-tagging masa raya nanti. Tak, gurau je.

Duit raya belum tukar lagi. Kuih raya? Tak buat dan tak beli lagi. Adoi penyakit beli last minit camnilah. Cuti raya? Paling best, start 15hb lagi. Sampai 24hb. Best tak? Raya kat mana? Mestilah kat kampung ai. Tapi kena balik awal ke Kuala Selangor sebab nak fair and lovely, oklah, bagi can beraya kat sinun jugak.

Tahun lepas, raya kedua.
OK tak beg raya ai? Tak kisah la beg apa, main taram je. Naik motor dengan memakai jubah? Gasak je. Haha. Beg raya ai tahun ni kaler pink, beli kat kedai RM2. Nak bubuh telekong, henset, beg duit, sampul angpow, kamera, kuih raya yang sedap-sedap kat umah orang dan lain-lain yang difikirkan perlu. Sesungguhnya ai seorang yang selekeh je. Pergi kerja bawak beg despatch yang sling tu. Oh man! Tak retilah nak bawak handbag yang feminin tu, takut sebenarnya, takut orang pikir banyak duit dalam tu and kena ragut ke ape ke, ishhhh ada ke pulak pikir camtu? Oh, oh ada lagi. Tahun ni ai nak pakai baju kaler merah - membara semangat waja... Jeng jeng jeng, jangan eksaited, tetiba baju kau tak siap pun. Barulah merah membara hati, perasaan, muka dan mata. Merah mata sebab nangis. Haha. OK, kata banyak baju melayu suami, kalau ai pakai baju melayu di hari raya, OK tak?

eh, eh. Jap. Maafkan saya ye, sebab tak sempat nak buat lawatan ke blog kawan-kawan. Kalo saya buat ucapan raya awal, OK tak? Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap terasa dan sebagainya sepanjang kita-kita kenal dalam belog ni. Oh, untuk pertama kalinya, jemputlah berkenalan di FB - group Kite-Kite Aje. Search saya Ell Suhaiella atau facebook.com/nekimura.

7 comments:

  1. ok nnti KA terjah yek FB tu kalu free

    ReplyDelete
  2. sama lah kita..merah membara tahun ni..:)

    ReplyDelete
  3. Tahun ini kalau kakcik ajak sekalian ahli keluarga pakai baju TEAM MALAYSIA yang kaler oren belang hitam tu di pagi raya ok tak? :)

    ReplyDelete
  4. tu dia, awal2 lagi dah ucap selamat hari raya..haha..baik ati nya dia siap shopping untuk famili lagi..tu dah cukup semua ke belum..akak semua dah settle..takde nak pening kepala dah..

    ReplyDelete
  5. kemain gatal bujal.... keh2.

    mmg comel pun.
    :)


    semalat hari raya beb.
    maaf zahir batin.



    .

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?