Ikut Belakang

Tuesday, August 7, 2012

Selepas Iftar

Di rumah atok untuk sesi berbuka bersama kaum keluarga, selepas berbuka. Kak ell sibuk membasuh pinggan di dapur. Sementara Farah Atikah, 5 (sepupu suami) bersiap-siap nak mandi. Maka, sambil dia mandi sibuk pula menemuramah Kak Ell. Tanya itu ini. Ibu Kak Ell nama apa? Ayah Kak Ell nama apa? Baju Kak Ell cantik, beli kat mane. Kak Ell pun tanya dia soalan yang sama. Sangat petah dan bertih sungguh pot-pet-pot-pet macam peluru. Sementelah bilik mandi bersebelahan dengan sinki dapur.

Farah Atikah :  Kak Ell, Kak Ell tidur dengan Abang Ab (suami) kan?
Kak Ell         :  Errr... errrr........a'ah, kenapa? (dalam keadaan cemas dan menggelabah giler)
Farah Atikah :  Dah agak dah......

Apakah yang dia agak aku takleh nak agak dah. Takleh pikir pun masa tu. Pada masa sesi temuramah berlangsung, MIL masuk ke dapur dan mendengar perbualan kami. Lalu dia ketawa berdekah-dekah. Aku taktau nak sorok muka ni kat mana. Farah Atikah? Mestilah dia tak faham apa-apa, tak tahu macamana nak malu pun. Kalaulah ibu dia ada bersama, maunya pengetip singgah di peha kecik dia tu, atau jeritan amaran yang menggegar seisi rumah. Haha.

Hai adik comel. Sangat peramah. Suka ketawa.

15 comments:

  1. budak-budak ni tak paham soklan yg diorang tny adalah soalan maut hahah

    ReplyDelete
  2. Amboi Farah... kalah wartawan ya? :)

    ReplyDelete
  3. huhu..sedia jelah menjawab kak...

    ReplyDelete
  4. hamboi2.. budak kecik sekarang petah cakap sampai kite pun speechless.. hahahha.. apa la yg dia dah agak tu??

    ReplyDelete
  5. ajar lah dia tentang the brids and the bees....

    ReplyDelete
  6. so kenapa tidur dengan abang ab? ha~~da agak da~~~keh keh~~

    ReplyDelete
  7. bila nak beriftar sesama?
    haha

    hai adik comel.sy iqa :p

    ReplyDelete
  8. cute nya soalan dia, huhu.

    follow kamu balik (:

    ReplyDelete
  9. hahaha..dah agak tak tahan tu..apala yang dia agak kan..kekeke

    ReplyDelete
  10. akak, sori baru menjengah. selamat berbuka pose. adik tu comel mcm aku dak? hihi

    ReplyDelete
  11. sweetnye soalan farah atikah.. hehe

    ReplyDelete
  12. alala.. comelnya dia.. hihihi.. petah bercakap ni.. sekali soalan cepumas yang ditanya :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?