Ikut Belakang

Tuesday, September 25, 2012

Raya Lagi?

Salam. Hihihi. Raya lagi ke sekarang? Maklumlah lama tak jenguk blog bersawang ni. Entah-entah ada spiderman yang jaga kot? Boleh la dia update blog saya ni.

Saya demam. Semalam mc, dapat satu hari je? Bolehlah daripada tak dapat. Dibaginya ubat tapi nak je aku cakap bagi ubat tapi suh telan setiap hari macamana nak buat kerja, maunya tiong kat opis, sape yang susah. Cer bagi mc sekali ikut bilangan ubat, mesti best kan. Haha.

 Eh? Sambutan raya lagi. Macam nilah kalau lambat update. Ini jamuan raya di Tanjung Karang. Kenal tak brader baju purple tu?

 Kambing bakar, 1st time makan. Best giler la kot. Nasib baik tak tiong.

Ini pulak sesi jamuan raya kat opis, yang ada kambing bakar jugak tapi ambil gambar pun tak sempat, makan pun rasa nak tercekik sebab dah nak pukul 5 time tu. Start pukul 4 lebih kot menunggu VVIP yang datang lewat. Dengan perangai masing-masing macam zomba tak cukup makan pergi berebut, barisan tak gerak-gerak. Pendek kata, tak best la. Jamuan makan opis untuk staf macam dicatu. Menunya satay (ada kupon takut termakan lebih), nasi impit rendang daging (tak nampak batang idung), rendang ayam, ayam goreng rempah (liat), roti jala, lemang, roasted lamb (ada kupon gak)dapat la seketul dua gitu je. Ada ke patut dah nak balik baru tahu ada ABC, sabor jelah. Sakit hati betul dah la tak disediakan meja dan kerusi dengan cukup, nasib baik tak batak sangat kitorang bersila kat koridor. Haha.

Itulah kisahnya. Harap-harap tahun depan nasib tidaklah seperti ini lagi.




8 comments:

  1. sekarang mana-mana jamuan raya, ada kambing bakar kan..:)

    ReplyDelete
  2. aah ofice akk pun sama
    kenapa x der ayam bakar erkkk
    akk x makan kambing huhuhu

    ReplyDelete
  3. assalamualakum ell..rasa mcm suasana raya lagi kan..akak suka giler mkn daging kambing..best tau..semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  4. masih ad lagi citer2 raya ye hehehehe

    ReplyDelete
  5. la siannya..nk makan jamuan siap ada kupon..mcm x ikhlas nak jamu je?

    ReplyDelete
  6. Part kambing tu yang paling menarik..

    ReplyDelete
  7. pergh.. lambat gila kau update tntg ni.. hehe.

    AKu tak boleh makan kambing. Alergic.. heee..

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?