Ikut Belakang

Monday, October 29, 2012

Berkorban

Salam aidil adha semua. Backdated pulak dah. Takpekan, raya kan sebulan. Raya aidil adha kali ini merupakan raya haji kedua kami berdua. Tahun lepas pergi bercuti pada hari raya, sungguh kelas betul sebab tak ramai orang, kalau tidak memang tak dapek nak nolong. Tahun ini memang suami kerja di hari raya. Indahnya dapat sama-sama ikut suami ke tempat kerja, solat sunat hari raya di Masjid Negeri Shah Alam. Pas solat dan khutbah dapat pula makan-makan. Lepas tu terus balik rumah terbongkang kepenatan. Esoknya baru beraya di rumah FMIL dan rumah atok.

Tapi dapat makan daging sikitttttt sangattttt. Tak puas. Wowowwowo. Kalau kat kampung sendiri, kemain hebat dan lebat daging korban yang kami dapat. Buat sup, goreng, makan dengan nasi dan sebagainya. Sebab kat pantai timur memang best sambutannya. Kalau pergi beraya kat rumah orang, memang akan dihidangkan dengan nasi + daging. Atau bihun/mee sup daging. Sedapnya. Air liur meleleh ni. Kat pasar daging sold out. Kesiannya. Itu namanya pengorbanan. Aci tak?

 Belum dibolehkan untuk disembelih. Kalau tidak, memang kenduri arnab la kan. Tapi si Jeri ni yang terlepas dari kandangnya hari tu. Dorang ni semua takde keja lain selain daripada ingin melepaskan diri dari kandang. Memang 24 jam asyik duk tarik-tarik dawai tu je. Lagaknya macam nak attention daripada tuannya je. Takkanlah tuannya nak 24 jam kat depan dia kot.

 Si Putih
Amboi. Ini gedik santai musim panas. Kadang-kadang kalau dia menguap, macam badak sumbu mulutnya luas kemain lagi. 

Putih Kecik
Tengah nenen pun stil boleh posing tengok kamera tau. Jangan jeles. Haha.
Yang si Putih dengan Putih Kecik tu bunny yang berbeza tau.

Salam aidil adha,
^_^

9 comments:

  1. jgn la sembelih rerenab tu... comey sgt...

    ReplyDelete
  2. ahahaha..nanti Krismas boleh la sembelih si Jeri.....

    buat sate arnab pun besttttt :P

    ReplyDelete
  3. simpan sikit untuk ai tau kalau time nak masak arnab tu.. ;)
    nanti ai angkut askar2 kat rumah ni..

    ReplyDelete
  4. kemain posing lg cik nab tu ye :P

    ReplyDelete
  5. aduhh meremang bulu roma bila memikirkan nak sembelih dikk
    jangannnnnnnn ;)

    ReplyDelete
  6. aku tak tahu nape aku gerun dengan arnab./. heee.. Apatah lagi aku dengar ada daging arnab.. wuuhuuu. =)

    #salam aidiladha. =D

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?