Ikut Belakang

Wednesday, October 3, 2012

Big Bunny

Sejak kebelakangan dan kedepangan ni, jarang nak bukak blog. Blogger server macam tak ikhlas je nak bagi guna. Asyik error je. Nak sign in punyalah lama, bila dah nak buat entri, fail nak publish pulak. Atau aku sorang je yang perasan benda ni, agaknya internet tak ok kot, boleh jadi kan.

Minggu lepas aku buat surprise balik kampung dengan jayanya. Last minute punya kerja. Suami dah suruh apply cuti hari Jumaat sebab dia nak tukar tarikh appointment physio, tapi nak menunggu bos luluskan cuti lambat benor. Jadi, last minute dapat cuti terus decide nak balik kampung. Sebenarnya sorang sepupu nak buat kenduri. Memula ingatkan kenduri arwah, tapi sebenarnya sepupu beli kereta baru. Haha. Kebetulan. Hari Jumaat balik, Sabtu dah datang KL semula. Kalo gerak hari Ahad, jem tak tau sampai pukul berapa.

Bunnies kami dah besar-besar dan gemok. Yang betina kelabu dah dikahwinkan dah. Minggu depan insya allah dia beranak pinak. Kalaulah boleh dipeluk cium, lama dah ditimang-timang kan. Baka pedaging macam ni tak jinak macam baka pet, dorang kasar sikit. Kalau angkat pun kaki tu nak mencakar je kerjanya. Kami berdua ni dah calar balar dah kulit memasing dek kena cakaran arnab tu. Sabor jelah.

Baru habis demam sebenarnya ni. Cuma ada batuk je sikit-sikit ditambah dengan suara rock. Minggu ni kena pergi kursus teambuilding di Port Dickson pulak. Ikutkan hati tak nak pergi sebab hujung minggu je boleh jumpa suami tapi memandangkan leceh nak ganti-ganti orang, takut siri lain nanti tak ada nama pulak, maka pergi jugaklah. Lagi leceh kalau kena buat alasan bertulis. Redha jelah, kang tarik balik bonus tu, tak ke putih mata. Opps. Haha.

 Inilah ibu yang nak beranak tu. Pandai tengok kamera ye.

 Bapaknya

 Ini yang lagi 3 ekor, masih belum cukup umur lagi. Hari tu kan ada bunny hitam putih 2 ekor yang dibeli selepas ganti bunny hitam yang mati. Suami tukar hitam putih 2 ekor tu sebab asyik cirit birit je dan gantikan dengan tiga ekor ni. Dua betina dan sekor jantan. Yang jantan mestilah putih sebab nak sama dengan bapak (gambar atas).

Semoga ibu bunny akan beranak banyak dan cepat besar semua anaknya~
Tak sabar nak tunggu minggu depan. Minggu ni tak balik, terus balik minggu depan boleh timang baby bunnies pulak. Yahooo

 

9 comments:

  1. Arnab memang cepat mebiak, kan? :)

    ReplyDelete
  2. As salam Ell,

    Aik, kejapnye dah membiak bunnies tu semua... rajin ell bela... Akak geli nak pegang w/pun dia comel sgt :)

    ReplyDelete
  3. Hiihi..comel2nya anrnab tu :)
    Tapi, Ros ni memang tak berani lah nak pegang2 ni.. kat umah mak mertua memang banyak arnab :)

    ReplyDelete
  4. oh ni arnab baka daging ya..mmg ell bela utk dimakan kah?

    ReplyDelete
  5. best !! saya dah lama teringin nak bela rabbit

    ReplyDelete
  6. waaa..tak sabar nak tengok baby bunnies..:)

    ReplyDelete
  7. arnab kat umah dah selesai..hehehe

    ReplyDelete
  8. comel si bunny tu tp akak geli nak pegangnya..

    ReplyDelete

Sharing is Caring,
Comment is Romance,
EH?